omniture

Jalan Sutera Xinhua: Alxa League China Utara bakal adakan festival autocross pada Oktober

Xinhua Silk Road Information Service
2019-08-20 18:27 412

BEIJING, 20 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Alxa League di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China Utara dijadualkan bakal mengadakan Festival Alxa kali ke-14 pada 1-5 Oktober ini, menurut satu sidang akhbar pada Jumaat lalu di Beijing.

Sebagai perhimpunan kenderaan luar jalan raya yang terbesar negara, acara ini, dianjurkan bersama Fblife.com dan kerajaan tempatan tahun ini, akan melancarkan pertandingan siri T3, CERC-kejohanan kereta lumba elektrik, ekspo auto, persidangan industri pelancongan kebudayaan Mongolia Dalam, acara bunga api dan sebagainya semasa berlangsungnya karnival.

Pertandingan siri T3 telah berkembang menjadi kemuncak acara sejak pelancarannya 13 tahun lalu. Tahun lalu, pertandingan ini menyaksikan 200 pasukan, 600 kenderaan dan 1,200 peserta terlibat, menunjukkan pengiktirafan tingginya dalam kalangan peserta.

Fblife.com ialah platform kelab besar dengan lebih 10 juta ahli. Festival yang dianjurkan bersama Fblife.com merupakan acara kebudayaan padang pasir bertema kenderaan luar jalan raya berskala besar tahunan.

Sebagai salah satu langkah yang diambil oleh Alxa League untuk membina destinasi pelancongan antarabangsa, acara ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan imej serantaunya, yang mana dalam masa yang sama bertujuan untuk membantu merangsang pasaran kenderaan luar jalan raya China yang semakin berkembang.

Statistik menunjukkan bahawa Alxa Left Banner, tempat berlangsungnya festival ini menyaksikan lebih tujuh juta pelancong tahun lalu, merealisasikan pendapatan pelancongan kira-kira 6.4 bilion, satu peningkatan sebanyak 46.91 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pendapatan komprehensif Festival Alxa 2017 adalah sebanyak 14.681 juta yuan, meningkat 191.23 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/307732.html?from=singlemessage

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Transportation Future Events