![]() |
ARLINGTON, Virginia, 20 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. dengan bangganya mengumumkan penutupan pembiayaan projek untuk kemudahan Calcasieu Pass LNG syarikat dan saluran paip TransCameron yang berkaitan di Cameron Parish, Louisiana. Hasil kutipan daripada hutang dan pembiayaan ekuiti membiayai baki pembinaan dan penempahan Calcasieu Pass sepenuhnya. Pembinaan tapak penuh telahpun dijalankan sejak Februari 2019 dan projek ini dijangka mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) pada tahun 2022.
Stonepeak Infrastructure Partners menyediakan pelaburan ekuiti sebanyak $1.3 bilion untuk projek tersebut. Kumpulan pemberi pinjaman untuk pembiayaan pembinaan bernilai $5.8 bilion syarikat termasuk bank-bank kewangan projek Asia, Eropah dan Amerika Utara yang terkemuka di dunia. Pemberi pinjaman yang menyediakan pembiayaan pada penutupan pembiayaan tersebut ialah Banco Santander, S.A, Bank of America, N.A., Goldman Sachs Bank USA, Industrial & Commercial Bank of China Limited, ING Capital LLC, JPMorgan Chase Bank, N.A., Mizuho Bank, Ltd., Morgan Stanley Senior Funding, Inc., Natixis, Nomura Securities International, Inc., Royal Bank of Canada, Sumitomo Mitsui Banking Corporation dan The Bank of Nova Scotia.
Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Bersama Venture Global LNG Mike Sabel dan Bob Pender bersama-sama menyatakan, "Matlamat kami adalah sentiasa untuk mengurangkan kos kuasa elektrik dengan menyediakan LNG yang bersih dan berkos rendah kepada dunia. Penutupan pembiayaan kami merupakan kemuncak kerja keras kami selama bertahun-tahun dan kami ingin mengucapkan terima kasih dengan tulus ikhlas kepada pasukan Venture Global kami, rakan pembinaan kami, pelanggan asas kami, pemberi pinjaman dan penasihat kami, Cameron Parish serta rakan kongsi tempatan kami di Louisiana."
Calcasieu Pass telah menerima kesemua permit yang diperlukan termasuk kebenaran FERC dan kebenaran eksport Bukan-FTA daripada Jabatan Tenaga A.S. Projek ini memeterai perjanjian jual beli LNG selama 20 tahun dengan Shell, BP, Edison S.p.A., Galp, Repsol dan PGNiG. Venture Global LNG turut membangunkan projek Plaquemines LNG 20 MTPA dan projek Delta LNG 20 MTPA, kedua-duanya di Plaquemines Parish, Louisiana.
Morgan Stanley berperanan sebagai penasihat kewangan kepada Venture Global untuk urus niaga ini. Latham & Watkins LLP berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada Venture Global manakala Skadden, Arps, Slate, Meagher & Flom LLP berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada pemberi pinjaman.
Latar Belakang Venture Global LNG
Venture Global LNG ialah penyedia LNG berkos rendah untuk jangka panjang yang akan dibekalkan daripada lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Kemudahan Venture Global Calcasieu Pass 10 MTPA sedang dibina di persimpangan Laluan Kapal Calcasieu dan Teluk Mexico. Venture Global LNG turut membangunkan kemudahan Venture Global Plaquemines LNG 20 MTPA dan kemudahan Venture Global Delta LNG 20 MTPA yang terletak di Sungai Mississippi bahagian selatan New Orleans. Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/825434/VENTURE_GLOBAL_LNG_INC___Logo.jpg