omniture

Pendekatan 'Jualan Runcit Senario-Penuh' Galakkan Festival Beli Belah 818 Suning.com

Suning Holdings Group
2019-08-21 02:08 208

NANJING, China, 21 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Suning.com, sebuah syarikat jualan runcit Fortune Global 500 dan penjual pintar dalam-talian-ke-luar-talian (O2O) yang terbesar China yang dimiliki oleh Suning Holdings Group, melabuhkan tirai festival membeli belah 818 tahunannya semalam. Festival tersebut, yang menggabungkan strategi-strategi dalam talian ke luar talian menerusi konsep-konsep jualan runcit pintar baharu, mempunyai lebih 12,000 kedai internet yang dimiliki oleh syarikat yang mengambil bahagian, lalu menjadikan festival 818 sebagai salah satu karnival yang paling komprehensif dalam kalangan festival-festival membeli belah e-dagang utama. 

"Bermula dengan aktiviti membeli belah dalam talian sepenuhnya, kepada penyepaduan dalam talian dan luar talian, hingga pengalaman jualan runcit senario-penuh masa kini, festival membeli belah 818 merupakan contoh penting usaha berterusan oleh Suning untuk menginovasi dalam jualan runcit dan memimpin pembangunan dalam industri," kata Zhang Jindong, pengerusi Suning Holdings.

Sorotan utama bagi Festival Beli Belah 818 Suning.com termasuk:

  • Pada 18 Ogos, jumlah jualan keseluruhan bagi perkakas rumah dan 3C melebihi RMB 1 bilion dalam masa 1 minit 28 saat.
  • Semasa berlangsungnya festival 818, bilangan kedai awan jualan runcit Suning dalam pasaran perbandaran yang berkembang pantas mencecah 3,726, manakala jumlah jualannya melebihi 1 juta unit. Pada 18 Ogos, jumlah jualan dalam talian daripada kedai awan jualan runcit meningkat 9 kali ganda.
  • Pada 16 Ogos, kedai visual semua-digital pertama tanpa pekedai dibuka secara rasminya di ibu pejabat Suning Nanjing. Dinamakan sebagai "Grab as you go", kedai ini menghidupkan pengalaman penggunaan tanpa pekedai yang sebenar dan purata masa membeli belah yang dijimatkan adalah selama 45 saat. Hanya 1 saat diambil untuk membeli sebotol air mineral.
  • Semasa berlangsungnya festival 818, Suning Xiaodian 3.0 pertama (kedai serbaneka kejiranan) dibuka secara rasminya, dengan aliran pengguna seramai hampir 40,000 orang dicatatkan dalam 17 hari dan jumlah pesanan keseluruhan daripada pasaran Suning melebihi 800 pesanan.
  • Semasa festival 818, aplikasi jualan runcit rasmi Suning.com mengambil tempat muat turun No.1 antara kategori-kategori beli belah di App Store manakala jumlah kunjungan dan perkongsian program mini Suning.com meningkat 5 kali ganda.
  • Suning.com SUPER VIP telah memperkenalkan ahli-ahli bersama dengan Tencent, PP Sports dan rakan-rakan kongsi industri yang lain bagi mempromosikan ekosistem jualan runcit. Pada 18 Ogos, jumlah keseluruhan ahli bersama SUPER+ meningkat sebanyak 1 juta orang.
  • Kenderaan tanpa pemandu Suning Logistics "5G Wolong" melepasi ujian jalan raya sebenar dan menyerahkan pesanan pertama dalam masa 5 minit. Purata masa penyerahan bagi logistik Suning dalam lingkaran perkhidmatan 1-jam negara ialah 34 minit.
  • Semasa festival 818, jumlah jualan Suning Pingou (pembelian pasukan) meningkat sebanyak 561.07% berbanding tahun lalu.
  • Telefon bimbit 5G pertama telah dijual melalui Suning.com semasa festival 818 dan lebih 2,000,000 orang merasai pengalaman 5G pada pelbagai platform perniagaan luar talian Suning.com.

Strategi jualan runcit pintar Suning memberi tumpuan pada masa depan peruncitan yang memanfaatkan kemajuan dalam teknologi baharu dan menggabungkan senario pembelian berbeza bagi tujuan mencipta pengalaman dalam-talian-ke-luar-talian yang inovatif untuk pengguna, lantas mewujudkan ekosistem jualan runcit 'senario-penuh' untuk pelanggan membeli belah dengan lebih mudah di mana-mana juga dan pada bila-bila masa.

Dengan dorongan pendekatan jualan runcit 'senario-penuh' di sebaliknya, festival 818 tahun ini telah menunjukkan semangat dan tenaga yang lebih hebat berbanding sebelum ini. Dengan senario-penuh, dalam semua-kategori, liputan pelanggan penuh, hubungan seluruh-industri dan usaha berterusan berkisarkan sosial, kandungan + e-dagang, Suning.com telah memperlihatkan inovasi yang membawa perubahan ke hadapan menerusi jualan runcit dalam talian dan luar talian.

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan bukan milik negara terbaik di China dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMD). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Hidup Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan. Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2019. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.suningholdings.com

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail