NANJING, China, 21 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Suning.com, sebuah syarikat jualan runcit Fortune Global 500 dan penjual pintar dalam-talian-ke-luar-talian (O2O) yang terbesar China yang dimiliki oleh Suning Holdings Group, melabuhkan tirai festival membeli belah 818 tahunannya semalam. Festival tersebut, yang menggabungkan strategi-strategi dalam talian ke luar talian menerusi konsep-konsep jualan runcit pintar baharu, mempunyai lebih 12,000 kedai internet yang dimiliki oleh syarikat yang mengambil bahagian, lalu menjadikan festival 818 sebagai salah satu karnival yang paling komprehensif dalam kalangan festival-festival membeli belah e-dagang utama.
"Bermula dengan aktiviti membeli belah dalam talian sepenuhnya, kepada penyepaduan dalam talian dan luar talian, hingga pengalaman jualan runcit senario-penuh masa kini, festival membeli belah 818 merupakan contoh penting usaha berterusan oleh Suning untuk menginovasi dalam jualan runcit dan memimpin pembangunan dalam industri," kata Zhang Jindong, pengerusi Suning Holdings.
Sorotan utama bagi Festival Beli Belah 818 Suning.com termasuk:
Strategi jualan runcit pintar Suning memberi tumpuan pada masa depan peruncitan yang memanfaatkan kemajuan dalam teknologi baharu dan menggabungkan senario pembelian berbeza bagi tujuan mencipta pengalaman dalam-talian-ke-luar-talian yang inovatif untuk pengguna, lantas mewujudkan ekosistem jualan runcit 'senario-penuh' untuk pelanggan membeli belah dengan lebih mudah di mana-mana juga dan pada bila-bila masa.
Dengan dorongan pendekatan jualan runcit 'senario-penuh' di sebaliknya, festival 818 tahun ini telah menunjukkan semangat dan tenaga yang lebih hebat berbanding sebelum ini. Dengan senario-penuh, dalam semua-kategori, liputan pelanggan penuh, hubungan seluruh-industri dan usaha berterusan berkisarkan sosial, kandungan + e-dagang, Suning.com telah memperlihatkan inovasi yang membawa perubahan ke hadapan menerusi jualan runcit dalam talian dan luar talian.
Latar Belakang Suning
Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan bukan milik negara terbaik di China dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMD). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Hidup Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan. Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2019. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.suningholdings.com