omniture

Bekas Ketua Strategi dan Inovasi Serantau di Willis Towers Watson, Rajesh Sabhlok, Sertai Vymo sebagai Ketua Pegawai Pelanggan

Vymo
2019-08-21 19:31 175

Rajesh bawakan lebih 20 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan di APAC dan akan bantu Bank dan Syarikat Insurans serlahkan nilai kecerdasan kontekstual untuk jualan dan pengedaran mereka

SINGAPURA, 21 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Vymo (https://www.getvymo.com), sebuah syarikat CRM generasi seterusnya yang berpangkalan di New York, mengumumkan Rajesh Sabhlok, seorang veteran dalam industri perkhidmatan kewangan di APAC, akan menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Pelanggan. Beliau akan ditempatkan di pejabat Singapura Vymo, dengan tumpuan awal beliau terhadap pasaran Jepun dan APAC, dan melapor terus kepada Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Yamini Bhat

Rajesh_Sabhlok
Rajesh_Sabhlok

Sebelum menyertai Vymo, Rajesh berkhidmat sebagai Ketua Strategi dan Inovasi APAC untuk Willis Towers Watson (NASDAQ: WLTW), sebuah syarikat pengurusan risiko, brokeraj insurans dan penasihat multinasional bertaraf global, yang mana selama lebih 12 tahun, beliau membantu organisasi-organisasi perkhidmatan kewangan terkemuka dalam penembusan pasaran, strategi perniagaan, strategi produk, strategi pengedaran, penggabungan & pemerolehan, pengoptimuman bancassurance, tawaran bancassurance, reka bentuk model operasi sasaran dan keperluan perundingan tempahan khas yang lain.

Bercakap tentang perkara ini, Yamini berkata, "Rajesh mempunyai semangat yang memikat untuk kejayaan pelanggan, satu dorongan untuk membawakan hasil perniagaan yang sebenar kepada pelanggan beliau dan keyakinan kukuh dari segi bagaimana Vymo dapat membantu pelanggan menyerlahkan nilai luar biasanya. Tidak hairanlah apabila kami merasakan kami memerlukan seorang yang bertanggungjawab menjaga keutamaan mandat pelanggan kami, Rajesh pilihan utama kami."

Rajesh berkata, "Saya berasa amat gembira untuk menyertai Vymo pada peringkat yang menarik ini dalam kitaran hayat Syarikat, tatkala Vymo mengukuhkan kedudukannya di Jepun dan APAC dengan menandatangani perjanjian perniagaan dengan beberapa perusahaan besar termasuk AIA, AXA, Allianz, Generali, Sumitomo Life, VP Bank dan FE Credit, serta bersedia untuk melaksanakan pengembangan global yang mana baru-baru ini ia telah menutup pusingan pembiayaan Siri B dengan Emergence Capital dan Sequoia India."

Beliau menambah, "Saya berharap dapat membina Bahagian Kejayaan Pelanggan di Vymo, yang akan benar-benar menumpu untuk membantu pelanggan kami mencipta nilai pemegang kepentingan mampan jangka panjang dengan memanfaatkan pandangan dipacu data yang dijana oleh Vymo berkisarkan pemacu-pemacu utama prestasi perniagaan dengan berkesan."

Pertumbuhan Vymo dalam pasaran APAC 

Vymo telah berkembang dengan pesat dalam pasaran APAC sepanjang 18 bulan lalu, bekerjasama dengan bank-bank dan syarikat-syarikat insurans terkemuka di rantau ini.

"Kami memilih Vymo disebabkan oleh aplikasi unik teknologi pengautomatan dan AI yang membolehkan pengumpulan data yang lancar serta cadangan yang lebih baik," kata Kalidas Ghose, Naib Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT, syarikat kewangan pengguna yang terkemuka di Vietnam.

Pembantu Jualan Peribadi mengutamakan mudah alih Vymo membantu organisasi-organisasi,

  • mengesan dan melaporkan aktiviti secara automatik seperti panggilan, mesyuarat, emel dan pesanan
  • mencipta penglibatan berstruktur untuk customer 360 dan peta berdasarkan potensi pelanggan
  • mendorong tingkah laku terbaik melalui 'tindakan terbaik seterusnya' untuk ejen-ejen meningkatkan produktiviti

Lihat Vymo beraksi: http://bit.ly/2HbE54x 

Webinar akan datang: 'Bagaimana Syarikat Insurans memanfaatkan tindanan teknologi yang lebih baharu dan lebih pintar untuk mengubah jualan dan pengedaran mereka' bersama Yamini Bhat, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif serta Kevin Rall (Naib Presiden-Penyelidikan, Novarica)

Daftar di sini: https://getvymo.com/webinar/intelligent-technology-stack-for-insurance-sales

Hubungi

Gunjan Saha
Pemasar Pertumbuhan - Vymo
gunjan@getvymo.com 

Foto- https://mma.prnewswire.com/media/959958/Rajesh_Sabhlok.jpg 

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements Financial Technology