omniture

VeChain Hadiri 1st Important Product Tracing Expo (Shanghai) Dan Pamer Pelbagai Penyelesaian Berasaskan VeChain ToolChain

VeChain
2019-08-23 23:53 208

SHANGHAI, 22 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Keselamatan dan ketelusan produk merupakan beberapa kebimbangan utama buat pengguna Cina sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu, semakin banyak perdagangan Cina berusaha menyusun semula strategi-strategi rantaian bekalan mereka bagi memenuhi trend penggunaan yang semakin berkembang di China. Disokong oleh Jabatan Penyeliaan Pasaran, Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China dan Shanghai Municipal Commission of Commerce, 1st Important Product Tracing Expo (Shanghai) (IPTE), bermula hari ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) dan melabuhkan tirai pada 23 Ogos 2019.

Dianjurkan bersama Shanghai Commerce Association, Shanghai Food Association dan Shanghai Internet of Things Industry Association, lebih 70 perusahaan terkemuka mempamerkan penyelesaian kebolehkesanan mereka di IPTE. Pemimpin-pemimpin industri seperti Shanghai Vegetable Group, Hema Fresh Market (dimiliki oleh Alibaba Group) dan Shanghai Pharmaceutical Co., Ltd. mendemonstrasikan dengan cemerlang konsep jualan runcit mereka berserta teknologi kebolehkesanan canggih di ekspo ini.

Sebagai peneraju industri dan pasaran dalam menyepadukan teknologi rantaian blok ke dalam senario perniagaan dunia sebenar untuk kebolehkesanan yang dipertingkat, VeChain diundang untuk menghadiri IPTE, bersama-sama rakan-rakan kongsi seperti DNV GL, D.I.G. dan Norway in a Box. Di pameran ini, VeChain mempersembahkan pelbagai penyelesaian, produk berasaskan VeChain ToolChain serta My Story™, penyelesaian jaminan digital yang bersama-sama dibangunkan oleh VeChain dan DNV GL.

VeChain ToolChain ialah platform BaaS sehenti yang revolusioner dibina selain daripada VeChainThor Blockchain. Ia didatangkan dalam tiga versi, Versi Standard, Pembangun dan Rakan Kongsi, termasuk set lengkap perkakasan, perisian dan protokol yang diperlukan untuk menyepadukan mana-mana perniagaan kepada VeChainThor Blockchain.

Dengan VeChain ToolChain, PKS dan individu yang tidak mempunyai latar belakang teknikal kini berupaya menyepadukan teknologi rantaian blok yang canggih ke dalam perniagaan mereka serta merta. Tambahan pula, VeChain ToolChain menyokong penggunaan bebas dan penyesuaian berbilang dimensi bagi memastikan padanan yang diperibadikan untuk pelbagai senario perniagaan dan juga senarai tindakan. Rakan-rakan Kongsi Saluran mempunyai kefleksibelan dan kebebasan untuk membangunkan penyelesaian berkuasa rantaian blok tersuai mereka menggunakan Versi Rakan Kongsi ToolChain untuk menyelesaikan masalah perniagaan dengan lebih baik dan meningkatkan kecekapan.

Aplikasi VeChain ToolChain telah mencipta nilai sebenar untuk perniagaan dan juga perusahaan. D.I.G. memperkenalkan Platform Kebolehkesanan Wain (WTP) yang bersama-sama dibangunkan oleh VeChain dan D.I.G. di pameran tersebut sebagai contoh. Menurut D.I.G., produk-produk pada WTP telah mencapai penambahbaikan yang ketara dalam pengurusan rantaian bekalan. Peningkatan jualan sebanyak 10% yang mencatat rekod bagi kumpulan pertama produk berkuasa WTP telah dikenal pasti.

My Story™, yang telah dilaksanakan oleh tiga kilang wain Itali, Ricci Curbastro, Ruffino dan Torrevento, merupakan satu lagi contoh VeChain ToolChain memperkasa ekonomi sebenar. Ia menggabungkan rantaian blok, IoT dan penentusahan pihak ketiga serta membantu perusahaan dengan pengumpulan data, pengeluaran ID produk, perkongsian cerita produk, penentusahan data dan penyimpanan data. Dengan My Story™, perusahaan kini berupaya mengurus rantaian bekalan mereka dengan cara yang lebih mampan dan telus.

Di samping itu, My Story™ turut membantu jenama-jenama membina dan mengukuhkan kepercayaan serta kesetiaan pengguna melalui produk individu. Syarikat-syarikat boleh berkongsi ciri-ciri dan maklumat produk menggunakan My Story™, termasuk tetapi tidak terhad kepada: ciri-ciri kualiti, sosial, alam sekitar dan integriti etika. Dengan mengimbas produk menggunakan tag NFC dan kod QR, pengguna dapat mengakses kisah jenama dan maklumat tentang produk serta merta yang dapat meningkatkan keyakinan pengguna secara drastik.   

Penyelesaian dan produk yang dipamerkan oleh VeChain dan rakan-rakan kongsinya di pameran tersebut diterima baik oleh para hadirin. Selama bertahun-tahun, VeChain merintis dalam membangunkan senarai tindakan rantaian blok dunia sebenar dan menambah nilai kepada ekonomi sebenar. Menuju masa depan, VeChain akan tetap berdedikasi untuk membina ekosistem berasaskan rantaian blok untuk semua pemegang kepentingan dan mempercepatkan penggunaan besar-besaran teknologi rantaian blok.

Latar Belakang VeChain

Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain bermatlamat untuk menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus komprehensif, model ekonomi yang mantap serta penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis bagi aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa terletak di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco.

Bersama-sama rakan kongsi strategik kami PwC dan DNV GL, kami menjalin hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri-industri berbeza termasuk Walmart China, BMW, BYD Auto, Haier, Bright Food, D.I.G., DB Schenker dan PICC.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/738233/Vechain_Logo.jpg

Source: VeChain
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Trade show news Blockchain Future Events