omniture

Hublot Komited Bantu Lindungi Badak Sumbu dan Kini Jalin Kerjasama Dengan SORAI - Save Our Rhinos Africa and India

HUBLOT
2019-08-27 18:44 191

NYON, Switzerland, 27 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Hublot telah menyertai perkongsian bersama Kevin Pietersen dan SORAI untuk melindungi badak sumbu, yang berhadapan dengan ancaman kepupusan. Bekas bintang kriket antarabangsa dan duta Jenama, kini berpeluang untuk mendedikasikan diri sepenuhnya kepada satu usaha kebajikan yang begitu dekat di hatinya: menyelamatkan haiwan mamalia herbivor yang amat besar ini, yang terdapat di Afrika dan Asia, kini menjadi situasi yang mendesak untuk planet dan generasi masa depan kita. Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, kini berada di Afrika Selatan untuk melancarkan perkongsian bersama Kevin Pietersen ini. Bagi memeterai kolaborasi ini, jam tangan Manufacture telah menghasilkan jam tangan yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

 

Hublot has joined in partnership with Kevin Pietersen and SORAI (Save Our Rhinos Africa and India) to protect the rhinoceros, which is facing extinction.
Hublot has joined in partnership with Kevin Pietersen and SORAI (Save Our Rhinos Africa and India) to protect the rhinoceros, which is facing extinction.

 

ikuti: @Hublot #HublotSorai #Hublot #Sorai 

Diburu untuk mendapatkan tanduknya yang amat bernilai, dua pertiga daripada spesiesnya mungkin pupus semasa hayat kita. Bagi membantu mencegah berlakunya hal ini, anak badak sumbu yang ditinggalkan, cedera atau yatim piatu dikesan dan dijaga oleh pasukan pakar yang aktif disokong oleh Kevin Pietersen, sebelum dilepaskan semula ke dalam hutan sebaik sahaja ia bersedia. Afrika Selatan menempatkan lebih daripada 80% daripada badak sumbu dunia dan kebanyakan kegiatan pemburuan haram berlaku di taman negara Kruger. 

"Terdapat kira-kira 28,000 ekor badak sumbu yang masih tinggal di seluruh dunia, dengan jumlah yang kurang 23 kali ganda berbanding bilangan gajah Afrika! Pemburuan haram ialah salah satu ancaman utama yang dihadapi oleh badak sumbu. Langkah-langkah utama telahpun diambil oleh pihak kerajaan untuk memperkenalkan peraturan, namun demikian memaklumkan pengguna dan mengubah tingkah laku mereka kekal menjadi cabaran utama dalam usaha membanteras kegiatan pemburuan haram. Saya sangat berbesar hati sekiranya Hublot dapat memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran." - Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot

"Planet kita merupakan habitat kepada lima spesies badak sumbu: badak sumbu Hitam dan badak sumbu Putih, yang terdapat di Afrika, serta badak sumbu Sumatera, Jawa dan India, yang mendiami hutan tropika dan kawasan paya di Asia. Menurut International Union for Conservation of Nature, daripada kelima-lima spesies ini, badak sumbu Hitam, Jawa dan Sumatera kini dianggap sebagai 'sangat terancam', badak sumbu Putih 'hampir terancam' manakala badak sumbu India 'berisiko terancam'. Saya terkejut dengan kekejaman yang dihadapi oleh badak sumbu tersebut. Terdapatnya keperluan segera untuk bertindak dan sokongan Hublot terhadap usaha ini adalah amat penting. Dengan mengurangkan masa yang diambil untuk bertindak, kita dapat melindungi sebanyak mungkin badak sumbu." - Kevin Pietersen, Pengasas SORAI

Tindakan Kevin Pietersen – SORAI  

Susulan kerjaya dalam sukan kriket beliau yang berprestij, kerja-kerja dalam pemuliharaan badak sumbu merupakan langkah yang jelas untuk diambil oleh Kevin Pietersen memandangkan beliau bersemangat menumpukan perhatian terhadap usaha kebajikan yang penting ini. Beliau menubuhkan SORAI pada tahun 2018 untuk menyokong pelbagai pertubuhan - terdiri daripada renjer-renjer, pakar-pakar pemakanan, ahli-ahli ekologi dan pakar-pakar lain - yang berusaha saban hari untuk menyelamatkan, menjaga dan menjamin rehabilitasi lengkap untuk setiap haiwan mamalia yang ditemui di Afrika dan juga Asia. Inisiatif global ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran awam, bagi memaklumkan serta mendidik untuk memulakan perubahan tingkah laku serta mengumpul dana bagi membina sumber dan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti pemuliharaan, pemantauan dan penjagaan badak sumbu ini bagi tujuan meneruskan kerja-kerja penting mereka.

Hublot.com 
Twitter 
Facebook 
Instagram 
Pinterest 
Snapchat 
YouTube 
Weibo 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/964824/HUBLOT_SORAI.jpg

Source: HUBLOT
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Animal Welfare Animals/Pets Conservation/Recycling Environmental Issues Joint ventures Licensing/marketing agreements New products/services