omniture

Health Canada Luluskan Dynamis Fotona untuk Inkontinens Urinari Tekanan (SUI) dan Atrofi Vulvovagina (VVA) / Sindrom Genitourinari Menopaus (GSM)

Fotona
2019-08-29 00:50 135

Sistem Laser Dynamis Canggih Fotona Peroleh Kelulusan Pertama Industri

LJUBLJANA, Slovenia, 28 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Dalam satu pencapaian pertama industri, Sistem Laser Dynamis Fotona mendapat kelulusan oleh Health Canada, Agensi Akta dan Peraturan Makanan dan Ubat-ubatan Kanada, bagi merawat inkontinens urinari tekanan (SUI) dan atrofi vulvovagina (VVA) / sindrom genitourinari menopaus (GSM). Rawatan untuk keadaan ini boleh dicapai dengan menggunakan modaliti Fotona SMOOTH® Er:YAG proprietari serta alatan pegang dan spekulum G-Runner dan G-set robotik yang direka khas bagi tujuan kemudahan penggunaan dan ketepatan semasa rawatan intravagina. Selepas kajian semula yang menyeluruh melibatkan dokumentasi yang terperinci dan kajian diterbitkan yang dijalankan dengan sistem laser Dynamis Fotona, kelulusan diberikan oleh Health Canada, seraya mengesahkan lagi komitmen Fotona terhadap perubatan berasaskan bukti.

Teknologi Fotona SMOOTH® berpaten mempunyai kedudukan yang amat unik dalam pasaran, lalu menjadikannya sebagai penyelesaian utama kepada penyedia dan pesakit. Berbeza dengan teknologi laser yang bersaing, Fotona SMOOTH® berciri bukan ablatif sepenuhnya dan menggabungkan mekanisme kejutan-haba superfisial tambahan bagi penjanaan tisu dengan ciri keselamatan pengawalan kendiri yang unik. Ciri-ciri penjanaan semula dwi-tisu pada Fotona SMOOTH® ini dipercayai bertanggungjawab untuk keselamatan dan keberkesanan luar biasa yang dilaporkan daripada laser Er:YAG Fotona apabila digunakan untuk termoterapi pada dinding vagina bagi meredakan simptom-simptom inkontinens urinari tekanan dan sindrom genitourinari menopaus.

Menggabungkan dua panjang gelombang pelengkap, 1064nm dan 2940nm, dengan ciri-ciri denyutan proprietari Fotona, Dynamis PRO ialah sistem pelbagai guna yang berupaya melaksanakan pelbagai aplikasi, bukan sahaja dalam ginekologi, tetapi juga dalam pembedahan dan estetik. G-Runner robotik membolehkan rawatan intravagina revolusioner dijalankan dengan mudah dan tepat. Teknologi inovatif ini merupakan faktor yang menyebabkan penyedia memilih Fotona untuk mencapai hasil optimum untuk pesakit mereka dan memantapkan lagi amalan mereka sebagai yang terbaik dalam kelasnya.

Kelulusan ini merupakan satu lagi pencapaian buat Fotona, menandakan yang pertama seumpamanya dalam industri laser. Dikenali seluruh dunia dengan dedikasi berterusannya dalam membangunkan teknologi yang utama dalam industri, Fotona telah memperoleh kedudukan sebagai standard emas dalam teknologi laser untuk penyedia perkhidmatan kesihatan dan pesakit di seluruh dunia.

LATAR BELAKANG FOTONA

Fotona (www.fotona.com) telah menjual lebih 30,000 laser di serata dunia, dengan jualan langsung di A.S. dan pengedaran di lebih 60 negara. Fotono menghasilkan laser yang memenangi anugerah dalam bidang pergigian, estetik, dermatologi, ginekologi & bidang perubatan lain. Fotona mempunyai salah satu tenaga kerja yang paling berpendidikan tinggi dalam industri, dengan bilangan yang amat tinggi bagi kelulusan PhD yang mengkhusus dalam teknologi laser dan perubatan. Keupayaan penyelidikan & pembangunan (R&D) yang mantap sentiasa menjadi kelebihan kompetitif yang utama dalam syarikat, menghasilkan banyak penyelesaian berpaten, termasuk lengan bersendi Optoflex®, teknologi Denyutan Persegi Kuantum dan Denyutan Persegi Berubah, mod Fotona SMOOTH®, teknologi Sel Vakum dan banyak lagi.

Syarikat ini mengeluarkan semua sistem lasernya sendiri, memastikan agar setiap sistem mempunyai kualiti, keandalan, kemudahan penggunaan dan ketahanan tertinggi, mematuhi semua piawaian antarabangsa yang terpakai. Apabila anda memilih Fotona, anda memilih sebuah syarikat yang menyasarkan untuk terus Memilih Kesempurnaan bagi memenuhi keperluan pasaran yang amat mencabar.

HUBUNGI:
Ladislav Grad 
info@fotona.com 
(+386)-1-5009-100

Source: Fotona
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Canadian Federal Government