omniture

Kolaborasi Antarabangsa Tingkatkan Penjagaan Kanser di Afrika Sub-Sahara Umum Pengurusan Kebanyakan Kanser Dewasa Diliputi oleh NCCN Harmonized Guidelines

National Comprehensive Cancer Network
2019-08-29 09:00 89

National Comprehensive Cancer Network, African Cancer Coalition dan American Cancer Society melancarkan fasa baharu yang memberi tumpuan untuk mengemas kini garis panduan kanser dewasa dan menambah garis panduan baharu untuk merawat kanak-kanak yang menghidap kanser.

NCCN Harmonized Guidelines™ untuk Afrika Sub-Sahara disahkan di enam negara yang mewakili hampir separuh daripada penduduk kawasan tersebut

ADDIS ABABA, Etiopia dan PLYMOUTH MEETING, Pennsylvania, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Satu projek kolaboratif daripada National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®), African Cancer Coalition (ACC), American Cancer Society (ACS) dan lain-lain untuk meningkatkan hasil kanser di Afrika Sub-Sahara memasuki fasa baharu di Addis Ababa, Etiopia, hari ini. Pakar-pakar onkologi dari 11 negara Afrika—berserta Ketua Pegawai Eksekutif ACS dan NCCN—menghadiri mesyuarat yang dihoskan oleh Menteri Kesihatan Etiopia. Para hadirin akan membantu memuktamadkan NCCN Harmonized Guidelines™ tambahan untuk Afrika Sub-Sahara, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 42 garis panduan yang memberi cadangan rawatan kanser amalan terbaik untuk lebih 86% daripada semua kejadian kanser dewasa di kawasan tersebut menurut ACS.

"Kanser boleh menjadi dua kali ganda membawa maut di Afrika Sub-Sahara sebagaimana di Amerika Syarikat," kata Robert W. Carlson, MD, Ketua Pegawai Eksekutif, NCCN. "Dengan menyediakan akses dalam talian percuma kepada kajian dan analisis terkini, kami dapat membantu penyedia perubatan tempatan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa. Lebih 7,000 salinan NCCN Harmonized Guidelines untuk Afrika Sub-Sahara telahpun dimuat turun daripada laman sesawang NCCN dan banyak lagi melalui aplikasi mudah alih kami."

"American Cancer Society berbangga dapat menjadi sebahagian daripada langkah kritikal ini ke arah menyeragamkan penjagaan kanser di Afrika," kata Gary Reedy, Ketua Pegawai Eksekutif, American Cancer Society. "Pengharmonian 42 NCCN Guidelines merupakan satu pencapaian amat besar yang tidak mungkin dapat dicapai tanpa kolaborasi daripada individu-individu dan institusi-institusi yang komited untuk memajukan penjagaan kanser di Afrika."

NCCN Harmonized Guidelines™ pertama untuk Afrika Sub-Sahara julung kali diperkenalkan pada November 2017, semasa persidangan Organisasi Afrika untuk Penyelidikan dan Latihan dalam Kanser (AORTIC) dwitahunan di Kigali, Rwanda. Di samping meliputi pelbagai jenis kanser, ia turut memberi cadangan rawatan untuk pengurusan kesakitan, kelangsungan kehidupan, pemberhentian tabiat merokok dan aspek-aspek lain dalam penjagaan sokongan. Senarai penuh garis panduan semasa dan akan datang boleh didapati di NCCN.org/harmonized.

Cadangan perubatan telah disahkan secara rasminya di Etiopia, Malawi, Nigeria, Tanzania, Uganda dan Zambia. Negara-negara berkenaan bersama-sama menjadi tempat menetap kepada 43% penduduk Afrika Sub-Sahara.

"Apabila kerajaan-kerajaan Afrika dan pakar-pakar melancarkan respons kepada wabak kanser yang semakin berkembang, mereka mengenal pasti terdapatnya keperluan untuk garis panduan rawatan kanser yang mencerminkan pengetahuan klinikal yang paling terkini dan memberi kefleksibelan untuk digunakan dalam seluruh peringkat sumber, bermula dengan pusat kanser termaju kepada hospital komuniti asas," kata Prof. Isaac F. Adewole, FAS, FRCOG, FSPSP, DSc, Yang Berhormat Menteri terdahulu yang terdekat untuk Kesihatan, Nigeria. "Tanpa garis panduan ini, ia akan menjadi sukar untuk meluaskan akses kepada rawatan bagi memenuhi keperluan indidivu yang menghidap kanser." 

NCCN Harmonized Guidelines™ menggunakan pengekodan warna bagi mewakili penjagaan optimum yang ingin disediakan oleh negara-negara rendah-sumber dan sederhana-sumber serta pendekatan pragmatik yang memberi pilihan rawatan yang berkesan untuk persekitaran dengan kekangan sumber. Ia berdasarkan kepada NCCN Clinical Practice Guidelines in Oncology (NCCN Guidelines®), mengandungi cadangan daripada panel-panel pakar antara bidang daripada 28 pusat kanser akademik terkemuka yang mencakupi NCCN. NCCN Guidelines® ialah piawaian yang diiktiraf untuk dasar klinikal dalam penjagaan kanser dan merupakan garis panduan amalan klinikal yang paling teliti dan kerap dikemas kini yang disediakan dalam sebarang bidang perubatan. Ia meliputi kebanyakan jenis kanser, berserta penjagaan sokongan, pencegahan dan pemeriksaan genetik. NCCN mula memasukkan cadangan untuk kanser pediatrik pada Mei 2019.

Ketahui lebih lanjut di NCCN.org/global dan sertai perbualan secara dalam talian dengan tagar #NCCNGlobal.

Perhubungan Media:
Rachel Darwin
+1-267-622-6624
darwin@nccn.org 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/441768/NCCN_Logo.jpg

Source: National Comprehensive Cancer Network
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Licensing/marketing agreements Not for profit Public Interest