omniture

SweeGen Lancar BESTEVIA® TASTE SOLUTIONS

SweeGen
2019-08-29 11:46 127

Portfolio Dipertingkat Jimatkan Masa dan Kos dalam Kitaran Pembangunan Produk 

RANCHO SANTA MARGARITA, California, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- SweeGen, sebuah syarikat pemanis berasaskan bahan semula jadi, mengumumkan pelancaran platform pengurangan gula berasaskan stevia termajunya, BESTEVIA® TASTE SOLUTIONS. Pengeluar-pengeluar produk akan mendapati portfolio yang dipertingkat itu amat berguna dalam menjimatkan masa dan kos semasa kitaran pembangunan produk. Platform ini mesra label, berasaskan bahan semula jadi, bukan-GMO dan kompetitif kos.

SweeGen dahulunya membangunkan platform stevia bukan-GMO tersendiri dan kini memasuki perniagaan pembangunan produk baharu untuk – antara lain – produk tenusu, minuman, pemakanan dan konfeksi dengan BESTEVIA® TASTE SOLUTIONS. 

Portfolio syarikat dan perkhidmatan yang diperluas memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk membawakan pengalaman penuh rasa untuk makanan dan minuman kurang gula dengan profil kemanisan dan sensasi rasa bagi produk yang diperbuat daripada gula.

"Pelanggan kami berdepan dengan cabaran untuk merumuskan produk-produk kurang gula tanpa menjejaskan rasa. SweeGen mempunyai kepakaran pembangunan produk dan blok binaan kreatif untuk menyediakan penyelesaian. Kami teruja untuk memperkenalkan BESTEVIA® TASTE SOLUTIONS kami yang menawarkan pengalaman rasa manis yang menjadi pilihan pengguna," kata Shari Mahon, naib presiden kanan pembangunan produk.

Mahon menjelaskan, "Platform ini membolehkan pasukan saya dan pelanggan kami bekerjasama dengan lebih erat. Ia dibangunkan melalui asas stevia yang kukuh dan dipertingkat dengan blok binaan kreatif kami bagi menyediakan penyelesaian bercampur tersuai yang memberikan produk-produk dengan rasa terbaik."

Untuk maklumat lanjut tentang BESTEVIA® TASTE SOLUTIONS, sila kunjungi www.sweegen.com.

Latar Belakang SweeGen 
SweeGen, sebuah syarikat pemanis berasaskan bahan semula jadi, membangunkan, menghasilkan dan mengedarkan pemanis bukan-GMO kepada industri makanan, perasa, minuman, pemakanan dan juga farmaseutikal. Rancangan produk SweeGen yang mantap, portfolio harta intelek dan keupayaan pembuatan khusus serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) menyediakan asas untuk inovasi dan penyediaan pemanis yang berkualiti tinggi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi info@sweegen.com dan kunjungi laman sesawang SweeGen, www.sweegen.com.

Kenyataan Peringatan Berhubung Kenyataan Pandang ke Hadapan 
Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan, termasuk, antara kenyataan-kenyataan lain, kenyataan berhubung prospek masa hadapan untuk Bestevia® Taste Solutions. Kenyataan-kenyataan ini adalah berasaskan jangkaan semasa, namun tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan tertentu, yang kebanyakannya sukar diramal dan di luar kawalan Sweegen, Inc.

Risiko dan ketidaktentuan yang berkaitan termasuk yang dirujuk dalam pemfailan terdahulu oleh Sweegen, Inc. dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Risiko dan ketidaktentuan ini boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam kenyataan pandang ke hadapan, dan oleh yang demikian perlu dipertimbangkan dengan teliti. Sweegen, Inc. tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan hasil daripada maklumat baharu mahupun peristiwa atau perkembangan masa depan.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/469549/Sweegen_Final_OT_Logo.pdf

Source: SweeGen
Related Links:
Keywords: Chemical Food/Beverages New products/services