STOCKHOLM, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Kesan alam sekitar daripada penggunaan data berkembang dengan pantas. Emisi gas karbon dioksida daripada pusat data kini bersamaan dengan emisi oleh perjalanan udara global. Bagi membantu menangani masalah ini, pensijilan kelestarian TCO Certified akan diperluas untuk merangkumkan peralatan rangkaian, produk simpanan data dan pelayan.
Memandangkan sebahagian besar daripada kita menggunakan peranti mudah alih, perkhidmatan penstriman dan penyelesaian berasaskan awan, bilangan pusat data yang banyak menggunakan tenaga meningkat dengan pesat. Sekiranya trend ini tidak diubah, pusat data mungkin menggunakan sebanyak 13% daripada tenaga elektrik global pada tahun 2030, berbanding 1% pada tahun 2010. Seperti produk-produk IT yang lain, produk pusat data juga memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia dalam seluruh rantaian bekalan, bermula dengan masalah kesihatan dan keselamatan kepada pelanggaran hak asasi manusia.
Bagi menggalakkan amalan yang lebih lestari, TCO Development kini membangunkan kriteria baharu untuk produk-produk pusat data. Ini akan ditambah kepada generasi paling terkini bagi pensijilan kelestarian global untuk produk-produk IT, TCO Certified, menjelang akhir tahun 2019.
"Dengan memasukkan produk-produk pusat data dalam TCO Certified, kami dapat membantu mendorong penyelesaian yang lebih lestari dan mendayakan pembeli untuk membuat pilihan yang bertanggungjawab," kata Sören Enholm, Ketua Pegawai Eksekutif TCO Development, organisasi di sebalik TCO Certified.
TCO Certified telah mendorong pembangunan lestari produk-produk IT selama lebih suku abad lamanya. Generasi baharu dilancarkan setiap tiga tahun dan keluaran terkini merupakan yang paling bercita-cita tinggi setakat ini. Kriteria mendorong tanggungjawab dan ketelusan dalam rantaian bekalan serta mendayakan penyelesaian pusingan.
Organisasi-organisasi semakin menuntut produk dan penyelesaian IT yang lebih lestari. Cabaran untuk kebanyakan pembeli adalah untuk mengesahkan dakwaan kelestarian yang dibuat oleh jenama-jenama IT sebenarnya betul. Di sinilah pensijilan pihak ketiga yang bebas dapat membantu.
"Pada bulan Disember, jenama-jenama IT boleh mula memohon untuk pensijilan bagi kriteria baharu ini. Organisasi-organisasi yang membeli kemudian mendapat akses kepada produk-produk pusat data yang disahkan lebih lestari dari segi alam sekitar dan sosial," simpul Enholm.
Ikuti perkembangan di tcocertified.com/datacenter.
Ke arah produk-produk IT lestari
Dengan lebih 25 tahun pengalaman, TCO Certified ialah pensijilan kelestarian untuk produk-produk IT yang terkemuka di dunia. Kriteria komprehensif kami diwujudkan untuk mendorong tanggungjawab sosial dan alam sekitar dalam seluruh kitaran hayat produk. Kategori-kategori produk termasuk paparan, komputer serta peranti mudah alih dan pematuhan ditentusahkan secara bebas, sebelum dan selepas pensijilan.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/963725/TCO_Certified.jpg
Hubungi:
Cassandra Julin
+46-702-866-861
press@tcodevelopment.com
Press room