![]() |
REUS, Sepanyol, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Satu kajian yang dibiayai oleh INC baru-baru ini, diterbitkan dalam jurnal Communications Biology1, menunjukkan bahawa beberapa jenis kacang seperti kacang walnut dan kacang hazel boleh membantu meningkatkan profil metabolik sel-sel lemak. Kajian ini turut mendedahkan fungsi-fungsi antiradang baharu daripada kekacang ini.
Obesiti ialah keadaan pembesaran tisu adipos untuk menyimpan pengambilan tenaga yang berlebihan. Pengambilan kalori yang berlebihan boleh membawa kepada pembentukan sel-sel lemak, yang menggalakkan kemerosotannya (penuaan) menerusi peningkatan penghasilan molekul-molekul prokeradangan. Keradangan gred rendah ialah faktor penting dalam perkembangan rintangan insulin dan diabetes jenis 2 dalam obesiti.
Kajian ini mencirikan miRNA (asid nukleik kecil yang terlibat dalam pengaturan ekspresi gen) yang dibawa oleh nanovesikel (penggiat baru muncul dalam komunikasi sel-ke-sel) diasingkan daripada kacang walnut dan kacang hazel serta menguji tahap keberkesanannya ke atas profil keradangan dan metabolik dalam sel-sel lemak.
Penyelidik-penyelidik mendapati bahawa dua miR tumbuhan terpelihara (miR156c dan miR159a) dapat mengehadkan respons keradangan dan memulihkan kepekaan insulin dalam tikus obes (diberi makan dengan diet tinggi lemak). Keputusan mencadangkan bahawa miR kekacang dapat meningkatkan profil metabolik pada sel-sel lemak dan mendedahkan fungsi antiradang baharu dalam makanan tumbuhan (termasuk kekacang) sebagai terapeutik yang menggalakkan untuk merawat keradangan gred rendah.
"Kajian ini telah mengenal pasti asid nukleik kekacang bahawa, hasil daripada ketersediaan bio yang tinggi dan tindakan antiradangnya, berupaya untuk mengehadkan perkembangan penyakit metabolik yang dikaitkan dengan obesiti," ujar Dr. Lettieri Barbato, penyelidik di University of Rome "Tor Vergata" dan penyelidik utama kajian ini.
Kajian ini disokong oleh INC.
Latar Belakang Majlis Kekacang & Buah-buahan Kering Antarabangsa
INC ialah pertubuhan naungan antarabangsa untuk industri kekacang dan buah-buahan kering. Ahli-ahlinya melibatkan lebih 800 syarikat dalam sektor kekacang dan buah-buahan kering dari lebih 80 negara. Keahlian INC mewakili lebih 85% daripada nilai "pagar ladang" komersial dunia bagi perdagangan dalam kekacang dan buah-buahan kering. Misi INC adalah untuk merangsang dan memudahkan pertumbuhan mampan dalam industri kekacang dan buah-buahan kering global. Ia merupakan pertubuhan antarabangsa yang terkemuka bagi kesihatan, pemakanan, statistik, keselamatan makanan serta piawaian dan peraturan antarabangsa berkaitan kekacang dan buah-buahan kering.
E-mel perhubungan akhbar press@nutfruit.org, communications@nutfruit.org dan hubungi +34-977-331-416.
Rujukan:
1 Aquilano K., Ceci V., Gismondi A., De Stefano S., Iacovelli F., Faraonio R., …& Lettieri-Barbato D. (2019). Adipocyte metabolism is improved by TNF receptor-targeting small RNAs identified from dried nuts. Communications Biology, 2:317.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/966071/INC_Press_Release_Nuts_and_Inflammation.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/841367/INC_Logo.jpg