omniture

Tanla Solutions bakal Peroleh Platform Data Raya Automasi Pemasaran Berasaskan AI Terkemuka Gamooga

Tanla Solutions Ltd
2019-09-02 13:41 112

Dengan Gamooga, Tanla Solutions pantas memasuki industri Automasi Pemasaran yang berkembang pesat

HYDERABAD, India, 2 September 2019 /PRNewswire/ --

Sorotan Utama

  • Tanla Solutions Limited hari ini menandatangani perjanjian pembelian saham muktamad untuk memperoleh 100% Gamooga pada nilai perusahaan Rs.48.5 Kror.
  • Gamooga akan menerima bayaran tunai Rs 31.5 Kror. Ini akan dibiayai daripada akruan dalaman Tanla. Gamooga akan diberikan tambahan Rs. 17 Kror nilai saham Tanla pada harga Rs. 80 setiap saham Ekuiti
  • Pengambilalihan ini dijangka ditutup menjelang Oktober 2019 dan tertakluk kepada kelulusan daripada Pemegang Saham dan pengawal selia Tanla, jika ada.

Tanla Solutions Limited (NSE: TANLA) (BSE: 532790), salah satu penyedia komunikasi awan terbesar di dunia, hari ini mengumumkan perjanjian muktamad untuk memperoleh Platform Data Pelanggan dan Automasi Pemasaran dipacu Data raya dan AI - Gamooga. Ini merupakan pengambilalihan kedua Tanla yang telah dibuat dalam tempoh empat bulan yang lalu. Pengambilalihan Karix Mobile dan Gamooga kini akan meletakkan Tanla sebagai penyedia penyelesaian hujung-ke-hujung untuk perniagaan global termasuk pelanggan 1500+ perusahaan sedia ada, untuk menyelesaikan setiap kes penggunaan yang dibayangkan dan masalah pengalaman pelanggan.

Tanla_Gamooga
Tanla_Gamooga

Uday Reddy, Pengerusi dan Pengarah Urusan Tanla Solution, berkata, "Gamooga merupakan tambahan hebat kepada pelan pertumbuhan keseluruhan kami. Tumpuan teknologi pemasarannya yang dikuasai oleh data raya dan kecerdasan buatan akan membolehkan kami menawarkan suit pengalaman pelanggan hujung-ke-hujung kepada kumpulan pelanggan perusahaan kami yang semakin meningkat dan akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemimpin pasaran."

Pengasas Gamooga, Kishore A mengulas, "Gamooga teruja untuk menjadi sebahagian daripada Tanla kerana kami berkongsi wawasan yang sama dalam berusaha meningkatkan pengalaman pelanggan. Perusahaan hari ini menuntut pengalaman pelanggan yang diperibadikan dalam masa nyata dan Platform Automasi dipacu Data Besar dan AI Gamooga menyampaikan pengalaman pelanggan yang tepat dan relevan."

Latar Belakang Tanla Solutions

Tanla ialah sebuah syarikat yang terletak di Hyderabad, India, yang ditubuhkan pada tahun 1999. Ia adalah peneraju global dalam domainnya sebagai salah satu penyedia Komunikasi Awan terbesar, mengendalikan lebih 200 juta komunikasi perniagaan setiap tahun. Tanla menginovasi cara dunia berkomunikasi, terus meningkatkan standard melalui peningkatan kelajuan, kemudahan, dan kesederhanaan penyelesaian Komunikasi Awan, mengguna pakai teknologi canggih untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai, bermula dengan perusahaan hinggalah kepada pembawa merentasi kawasan.

Latar Belakang Gamooga

Gamooga ialah platform automasi pemasaran omni-saluran dipacu data raya dan AI yang membolehkan perniagaan terlibat secara peribadi dengan pengguna mereka merentasi saluran-saluran termasuk emel, SMS, suara, laman sesawang, aplikasi dan saluran utama yang lain. Lawati gamooga.com

Pendedahan Kenyataan Pandang Ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi 'kenyataan pandang ke hadapan' yang berdasarkan kepada jangkaan, anggapan, anggaran dan ramalan semasa kami mengenai Tanla Solutions Limited ("Syarikat"), industri kami, keadaan ekonomi dalam pasaran operasi kami, dan beberapa perkara lain. Semua kenyataan pandang ke hadapan adalah berdasarkan kepada maklumat yang ada pada kami pada tarikh ini, dan kami tidak mengambil tindakan untuk mengemaskini kenyataan-kenyataan pandang ke hadapan ini untuk mencerminkan peristiwa atau keadaan masa depan melainkan jika diperlukan untuk berbuat demikian oleh undang-undang.

Hubungi: Perhubungan media: marketing@tanla.com 

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/627459/Tanla_Solutions_Logo.jpg
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/968024/Tanla_Gamooga.jpg  

Source: Tanla Solutions Ltd
Related Stocks:
Bombay:532790 India:EQTANLA India:TANLA
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics