omniture

CleverTap dan Phiture Lancar Rangka Kerja untuk Tingkatkan Penglibatan & Pengekalan Pelanggan

CleverTap
2019-09-02 14:18 157

- Rangka Kerja Pengiktirafan, Minat dan Penukaran (AIC) menyediakan jenama-jenama pengguna dengan pandangan audiens yang luas untuk meningkatkan nilai sepanjang hayat pelanggan 

MOUNTAIN VIEW, California, 2 September 2019  /PRNewswire/ -- CleverTap, platform pengekalan pelanggan tindanan penuh, mengumumkan pelancaran Rangka Kerja AIC mereka untuk penglibatan pelanggan, dicipta bersama Phiture, pakar runding mudah alih yang berpangkalan di Berlin.

CleverTap dan Phiture bersama-sama mereka bentuk rangka kerja AIC untuk membolehkan syarikat-syarikat aplikasi pengguna yang pantas berkembang memahami kedalaman dan hebatnya interaksi pengguna dengan lebih baik. Rangka kerja ini mengkategorikan aktiviti pengguna ke dalam salah satu daripada tiga jenis lapisan penglibatan: Pengiktirafan, Minat dan Penukaran — dengan Penukaran menjadi tindakan bernilai tertinggi yang boleh diambil oleh pengguna dalam suatu aplikasi. Ini membolehkan pemasar jenama untuk mengenali aktiviti-aktiviti dalam aplikasi yang menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan, dan oleh yang demikian dapat menambah baik strategi pengekalan pengguna keseluruhan.

Rangka kerja AIC boleh diaplikasikan dalam pelbagai industri — bermula dengan panggilan tunggangan bandar, media dan hiburan kepada perjalanan dan tiket. Memantau dengan kerap saiz bagi setiap lapisan A-I-C dan menganalisis bagaimana lapisan ini berubah-ubah dari semasa ke semasa, dapat memberi pandangan tentang kesihatan dan prestasi aplikasi. Rangka kerja ini merupakan metrik papan pemuka yang bermanfaat, mengetengahkan risiko-risiko berpotensi yang mungkin timbul pada masa depan.

"Metrik seperti pengguna aktif harian (DAU) dan pengguna aktif bulanan (MAU) memberi pandangan yang amat tinggi tentang penglibatan pengguna. Metrik yang luas ini tidak boleh diambil tindakan. Rangka kerja AIC dapat membantu jenama-jenama pengguna membahagikan pengguna mereka kepada kohort yang boleh diambil tindakan dan mendorong aktiviti yang lebih relevan untuk menggerakkan pengguna ini ke hadapan dalam kitaran hayat mereka. Menggerakkan pengguna ke hadapan daripada lapisan Pengiktirafan kepada lapisan Minat dan daripada lapisan Minat kepada lapisan Penukaran meningkatkan nilai sepanjang hayat mereka dengan ketara. Melihatkan pengguna menurun daripada lapisan Penukaran kepada Minat akan membawa kepada kempen pengaktifan semula yang berkesan dan banyak lagi," kata Sunil Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama CleverTap.

"Pengekalan pelanggan dan memahami penglibatan dalam aplikasi mereka adalah penting untuk pertumbuhan dalam perniagaan OTT. Meskipun metrik sedia ada menawarkan pandangan yang relevan namun makro terhadap penglibatan pengguna, rangka kerja yang lebih tertumpu dan berorientasi penyelesaian seperti AIC akan membolehkan pengusaha OTT mengatur strategi pengguna yang dipertingkat dan membentuk model pendapatan yang hebat. Pengekalan pengguna sedia ada yang lebih baik akan turut menjurus kepada nilai sepanjang hayat pelanggan yang lebih baik," kata Uday Sodhi, Ketua Perniagaan – Digital, Sony Pictures Networks India.

"Rangka kerja AIC memberi sudut pandang yang baharu dan amat relevan untuk KPI papan pemuka dengan menggabungkan nilai tindakan relatif yang mungkin diambil oleh pengguna dan menyusunlapiskan pengguna aktif kepada 3 lapisan peningkatan penglibatan. Dalam kajian kami, kami mendapati bahawa pengaplikasian model ini dapat memberikan banyak maklumat kepada strategi penglibatan pengguna dan membawa kepada keutamaan inisiatif lebih berkesan yang dijamin dapat mendorong pertumbuhan. Kami akan terus mengembangkan rangka kerja AIC dengan berganding bahu bersama jenama-jenama pengguna dengan pertumbuhan tinggi dan menghasilkan pembelajaran tambahan yang akan menjadikan rangka kerja ini lebih bernilai," kata Andy Carvell, Rakan Kongsi di Phiture.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rangka Kerja AIC, kunjungi blog CleverTap.

Latar Belakang CleverTap 

CleverTap ialah platform pengekalan pelanggan yang membantu jenama-jenama pengguna memaksimumkan nilai sepanjang hayat pengguna. Lebih 8,000 jenama pengguna di seluruh dunia, termasuk Vodafone, Star, Sony, Discovery, Fandango LATAM, Carousell dan Gojek mempercayai CleverTap untuk membantu mereka meningkatkan penglibatan dan pengekalan pengguna, yang meningkatkan pendapatan jangka panjang. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel, dan Recruit Holdings, serta beroperasi dari San Francisco, Seattle, London, Singapura dan Mumbai. Untuk maklumat lanjut, kunjungi CleverTap.com atau ikuti di LinkedIn danTwitter.

Latar Belakang Phiture   

Phiture ialah pakar runding pertumbuhan mudah alih yang berpangkalan di Berlin, bekerjasama dengan pasukan di sebalik aplikasi-aplikasi terkenal. Menggunakan Mobile Growth Stack syarikat yang diiktiraf dalam industri sebagai rangka kerja strategik, Phiture menawarkan 4 perkhidmatan utama: Pengoptimuman Kedai Aplikasi, Iklan Carian Apple, perkhidmatan Pengekalan Pengguna dan Perundingan Pertumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi https://phiture.com/

Perhubungan Akhbar: 
Ketan Pandit
Perhubungan Awam untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg 

 

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Contracts New products/services Data Analytics