omniture

Mike Hobday sertai AntWorks sebagai Naib Presiden Kanan untuk UKI dan rantau Eropah

AntWorks
2019-09-02 15:00 311

SINGAPURA, 2 September 2019 /PRNewswire/ -- AntWorks, peneraju global bagi kecerdasan buatan dan pengutomatan pintar, hari ini mengumumkan bahawa pemimpin pemikiran global yang terkenal, Mike Hobday, telah menyetai syarikat sebagai Naib Presiden Kanan untuk rantau Eropah. Mike akan memimpin strategi jualan untuk penyelesaian Platform Pengautomatan Bersepadu (IAP) AntWorks, mengurus pemerolehan dan hubungan pelanggan dalam seluruh pasaran yang mencakupi UK, Ireland dan Eropah untuk semua tawaran produk AntWorks.

"Saya berasa teruja untuk menyertai pasukan AntWorks. Platform Pengautomatan Bersepadu mereka akan mempercepatkan perjalanan ke One Office, mengurangkan perkhidmatan pejabat pertengahan dan bahagian pentadbiran di bank, insurans dan sektor awam yang mana kos yang besar ditanggung untuk membaca dan memproses data serta dokumen yang sebahagian besarnya tidak tersusun. Saya berharap dapat menangani cabaran-cabaran ini bersama pelanggan kami, melalui teknologi AI dan RPA AntWorks yang menarik," kata Mike Hobday.

Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AntWorks, menambah, "Mike mempunyai pemahaman semula jadi berhubung gambaran lebih besar dalam bidang pengautomatan pintar, yang diperlihatkan oleh hanya segelintir individu lain. Pendekatan jujur beliau, kebolehan mengatasi masalah yang remeh dan kesungguhan untuk menumpu pada aspek paling penting dan menyelesaikan cabaran sebenar pelanggan, menjadikan beliau serasi dengan budaya AntWorks. Saya amat yakin bahawa beliau akan membantu kami memacu fasa pertumbuhan yang seterusnya di Eropah dengan pemahaman mendalam beliau tentang pasaran, pengetahuan industri dan reputasi yang tiada tandingan untuk integriti dan penyerahan, antara syarikat-syarikat yang terkemuka di Eropah."

Sebelum menyertai AntWorks, Mike merupakan Pengurus Besar IBM Automation Europe, memimpin jualan, reka bentuk penyelesaian dan perikatan bagi penglibatan pengautomatan AI dan RPA. Beliau telah memberi khidmat nasihat kepada banyak perusahaan terkemuka Eropah berhubung reka bentuk Pusat Kecemerlangan AI dan RPA bagi menyokong penskalaan mantap Pengautomatan Pintar dalam sel-sel penyerahan di pantai dan pesisir. Beliau juga merupakan seorang penyampai ucaptama tersohor di persidangan-persidangan utama Reka Bentuk untuk (4.0) Kerja dan Pengutomatan.

Latar Belakang AntWorks:

AntWorks™ ialah syarikat kecerdasan buatan dan pengautomatan pintar bertaraf global, mewujudkan kemungkinan baharu dengan data melalui pendigitan, pengautomatan dan kecerdasan perusahaan. Sebagai Platform Pengautomatan Bersepadu (IAP) yang pertama dan satu-satunya di dunia yang dikuasakan oleh prinsip sains fraktal dan pengecaman pola yang memahami setiap jenis data, ANTstein™ SQUARE mendigitalkan setiap maklumat untuk pelbagai jenis industri. Kunjungi www.ant.works untuk memperkasa perusahaan anda dengan mengautomasikan proses perniagaan kompleks hujung-ke-hujung.

Mike Hobday sertai AntWorks sebagai Naib Presiden Kanan untuk UKI dan rantau Eropah
Mike Hobday sertai AntWorks sebagai Naib Presiden Kanan untuk UKI dan rantau Eropah

 

 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190826/2561167-1?lang=0  
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551620-1LOGO?lang=0

Source: AntWorks
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Personnel announcements Data Analytics