omniture

Minggu Air Sedunia SIWI, Gerakan Paling Berpengaruh Dunia Tumpu kepada Transformasi Cabaran Air Global, Berakhir Selepas Minggu Menakjubkan Inovasi, Inspirasi dan Kolaborasi

Stockholm International Water Institute (SIWI)
2019-09-04 00:41 159

STOCKHOLM, 3 September 2019 /PRNewswire/ -- Berjuta-juta nyawa mungkin berdepan dengan risiko sekiranya kita tidak memikirkan krisis air dan pemanasan global dengan lebih serius. Minggu Air Sedunia melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu sambil menyuarakan gesaan kepada pihak kerajaan, institusi dan syarikat agar mula mengaplikasikan penyelesaian berasaskan air yang sedia ada – dan melibatkan setiap orang dalam prosesnya.

Acara air tahunan yang terkemuka di dunia, Minggu Air Sedunia, berakhir pada Jumaat lalu di Stockholm dengan amaran tentang bahaya yang semakin jelas dan juga sinar harapan dalam isu ini. Antara 4,000 peserta dari 138 negara, satu pertiga daripadanya berusia kurang daripada 35 tahun dan kehadiran mereka amat ketara dalam seluruh persidangan. "Ia sangat menginspirasikan sejauh mana kami, golongan profesional muda, dapat berkongsi pengetahuan kami dan semakin didengari," kata Sara Löwgren daripada Water Youth Network semasa upacara penutup pada hari Jumaat lalu. 

Pada hari Khamis, Profesor Johan Rockström memandang tepat kepada peserta-peserta muda, dan berkata: "Andalah yang benar-benar boleh bersuara bagi pihak masa depan." Beliau memberi jaminan kepada khalayak bahawa sains memaklumkan kepada kita bahawa masih terdapat peluang untuk menyelamatkan planet ini sekiranya kita berupaya mengurangkan emisi karbon sebanyak separuh dalam dekad akan datang, namun kita perlu memanfaatkan jendela peluang ini.

Kebanyakan daripada lebih 250 sesi dalam Minggu Air Sedunia itu memberi tumpuan kepada air sebagai penyelesaian terhadap cabaran seperti perubahan iklim dan kekurangan makanan. Dengan tema acara ini ialah Air untuk Masyarakat: Melibatkan Semua, kajian telah dibentangkan tentang kepentingan penyepaduan perspektif melibatkan semua peringkat umur, jantina dan kumpulan sosial. Torgny Holmgren, Pengarah Eksekutif bagi penganjur SIWI, menjelaskan hal ini sebagai intipati tadbir urus air yang baik, menambah: "Dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, saya dapat melihat fokus baharu terhadap peranan kerajaan, bandar dan masyarakat setempat, dengan banyak contoh yang menginspirasikan."

Dalam upacara penutup, Parameswaran Iyer daripada kerajaan India menjelaskan usaha besar-besaran mereka untuk memastikan agar semua penduduk India mendapat akses kepada air bersih dan sanitasi yang selamat sebelum tahun 2024. "Dalam satu kempen yang bermula pada 1 Julai lalu, kami telah menghantar seramai 1200 pegawai kerajaan ke lapangan untuk menyampaikan kepada orang ramai tentang pemuliharaan air. Dengan cara inilah kami mengubah tingkah laku," kata beliau.

Maklumat lanjut:

Video: SIWI on Vimeo
Imej: https://www.flickr.com/photos/siwi_water
www.worldwaterweek.org
www.siwi.org

 

Perhubungan akhbar:
Hawra Daoud
Pegawai Komunikasi
SIWI, press@siwi.org,
+46 (0) 720 506008
Keith Begg
Tel +46-0707-444-005   

 

Source: Stockholm International Water Institute (SIWI)
Keywords: Education Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities Environmental Issues Environmental Policy