GENEVA, 6 September 2019 /PRNewswire/ --
Pertubuhan-pertubuhan bukan untung kesihatan mulut Persekutuan Pergigian Dunia FDI (FDI) dan Smile Train berganding bahu dengan sokongan GSK Consumer Healthcare untuk melancarkan projek selama dua tahun bagi meningkatkan panduan kesihatan mulut dan penjagaan berterusan untuk kanak-kanak yang mengalami sumbing.
FDI dan Smile Train bersama-sama akan membangunkan sumber-sumber pendidikan kesihatan mulut untuk doktor-doktor gigi dan ahli-ahli lain dalam pasukan penjagaan sumbing. Mereka juga akan menghasilkan bahan untuk mendidik pesakit sumbing dan keluarga mereka tentang kepentingan kesihatan mulut, meningkatkan kesedaran tentang cabaran penjagaan kesihatan mulut selepas pembedahan sumbing dan memberi arahan kesihatan mulut yang penting.
"Sumbing memberi kesan kepada 1 dalam 700 kanak-kanak di seluruh dunia," kata Presiden FDI Dr Kathryn Kell. "Di India sahaja, kami menganggarkan bahawa 100 orang bayi dengan sumbing dilahirkan setiap hari dan kebanyakan kanak-kanak ini tidak dapat hidup lama. Di Amerika Syarikat, seorang bayi dengan sumbing dilahirkan setiap 75 minit. FDI komited untuk menyokong kumpulan pesakit yang rentan ini."
Rehabilitasi dan penjagaan kanak-kanak yang mengalami sumbing sering melibatkan kepakaran teras kejururawatan, pembedahan plastik, pergigian pediatrik, terapi pertuturan dan ortodontik. Kebanyakan perkhidmatan ini tidak terdapat dalam negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, yang bermaksud ramai pesakit yang mengalami sumbing tidak akan berpeluang untuk mendapat rawatan dan penjagaan komprehensif yang diperlukan oleh mereka. Dengan memperkasa pasukan sumbing tempatan dengan latihan dan sumber untuk menyediakan penjagaan sumbing yang berkualiti, Smile Train berusaha sepanjang masa untuk mengubah keadaan ini.
"Kami menyasarkan untuk menekankan peranan penting doktor gigi dalam pasukan penjagaan sumbing," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Smile Train Susannah Schaefer. "Penjagaan gigi yang kerap untuk kanak-kanak yang mengalami sumbing adalah penting untuk membantu mengurus peningkatan risiko mereka terhadap penyakit mulut. Penting untuk ahli-ahli profesional kesihatan mulut membimbing pesakit sumbing dan keluarga mereka berhubung kebersihan mulut mereka dan membantu mereka mengekalkan mulut yang sihat serta kualiti hidup yang tertinggi."
"Di GSK, kami memahami kepentingan mulut yang sihat serta kesihatan dan kebersihan mulut yang baik untuk semua, termasuk mereka yang mengalami keadaan yang memerlukan kepakaran seperti sumbing," kata Ketua Kategori Kesihatan Mulut Global GSK Jayant Singh. "Penjagaan sumbing yang komprehensif merupakan bidang tumpuan utama untuk perkongsian kami dengan Smile Train dan peranan pengamal pergigian am penting dalam hal ini. Atas sebab inilah kami berasa gembira kerana FDI telah memilih untuk bekerjasama dengan Smile Train dalam projek selama dua tahun yang penting ini, yang boleh menjadi projek yang mengubah kehidupan untuk penerima-penerimanya dan GSK mampu membiayai usaha ini."
Latar Belakang Persekutuan Pergigian Dunia FDI
FDI ialah badan perwakilan utama untuk lebih satu juta doktor gigi seluruh dunia, dengan visi untuk memimpin dunia ke arah kesihatan oral yang optimum. Keahliannya terdiri daripada kira-kira 200 persatuan ahli kebangsaan dan kumpulan-kumpulan pakar di lebih 130 negara. FDI berpangkalan di Geneva, Switzerland.
Latar Belakang Smile Train
Smile Train memperkasa golongan profesional perubatan tempatan dengan latihan, pembiayaan dan sumber untuk memberi perkhidmatan pembedahan sumbing percuma dan penjagaan sumbing yang komprehensif kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Kami memajukan penyelesaian mampan dan model kesihatan global yang boleh diskala untuk rawatan sumbing, memberikan peningkatan drastik kehidupan kanak-kanak termasuk keupayaan mereka untuk makan, bernafas, bercakap dan akhirnya berkembang maju.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Smile Train, FDI dan pelancaran projek GSK, kunjungi: smiletrain.org/fdi.
Latar Belakang GSK
GSK ialah sebuah syarikat penjagaan kesihatan global diterajui sains dengan tujuan khas: untuk membantu orang ramai melakukan lebih lagi, mempunyai perasaan yang lebih baik, hidup lebih lama. Pada tahun 2018, GSK Consumer Healthcare mengumumkan perkongsian selama lima tahun dengan Smile Train untuk menyokong tugas pembedahan mereka, latihan perubatan, bantuan dan program penjagaan sumbing yang komprehensif.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.gsk.com/smiletrain
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/966945/FDI_Smile_Train.jpg
Perhubungan Media:
Charanjit Jagait, Pengarah Komunikasi dan Advokasi FDI
Tel: +41-79-796-76-13