Projek Albany mampan alam sekitar dan bersedia untuk fasa pembangunan seterusnya
SASKATOON, Saskatchewan, 6 September 2019 /PRNewswire/ -- Projek Albany CanPacific, yang melibatkan pembangunan hartanah KL262 dan cadangan operasi perlombongan potasy larutan 3.25 juta tan setahun, telahpun diluluskan untuk fasa pembangunan seterusnya mengikut Penilaian Alam Sekitar yang ketat oleh Kementerian Alam Sekitar Saskatchewan.
CanPacific menghantar Kenyataan Kesan Alam Sekitar akhir kepada Kementerian Alam Sekitar Saskatchewan pada Julai 2018. CanPacific menjalankan tinjauan terhadap hidupan liar, tanah lembap dan tumbuhan yang jarang ditemui secara bebas dan meluas untuk projek ini, komited terhadap perlindungan yang digariskan dalam Garis Panduan Sekatan Aktiviti untuk Spesies Sensitif Saskatchewan.
Syarikat mengekalkan SNC-Lavalin (Saskatoon) untuk membangunkan kajian kesan alam sekitar komprehensif projek tersebut dan menyediakan kepakaran melalui proses kelulusan yang dibenarkan.
"Kami amat komited untuk membangunkan sebuah projek yang mampan dari segi alam sekitar dan menghormati organisma hidup di sekeliling kami," kata David Waugh, Ketua Pegawai Eksekutif CanPacific. "Kami berasa gembira kerana projek ini dapat diteruskan dengan kelulusan pihak Kementerian, pengesahan daripada majlis perbandaran tempatan dan sokongan padu daripada pemegang kepentingan di seluruh wilayah ini."
Pihak Kementerian telah meluluskan projek tersebut untuk diteruskan tertakluk kepada syarat-syarat dan komitmen yang dibuat oleh CanPacific untuk meminimumkan impak projek tersebut terhadap tumbuh-tumbuhan, tanah lembap dan hidupan liar, termasuk:
Bagi mengesahkan kemampanan projek berkenaan, CanPacific memulakan rundingan pemegang kepentingan yang komprehensif sepanjang tempoh tujuh tahun, melibatkan pihak berkuasa tempatan dan serantau, kerajaan Peribumi, pemilik tanah dan kumpulan komuniti.
"Kami komited terhadap perbincangan bermakna yang berterusan berkisarkan keperluan, jangkaan dan kebimbangan pemegang kepentingan, memanfaatkan banyak hubungan kerja kukuh yang kami bina melalui usaha-usaha penglibatan kami," kata Kent Carter, Pengarah HSEC CanPacific. "Mengekalkan sokongan pemegang kepentingan kukuh yang kami terima setakat ini merupakan satu keutamaan."
CanPacific Potash
Beribu pejabat di Saskatoon, Saskatchewan, Kanada, CanPacific Potash Inc. ialah satu Usaha Sama antara North Atlantic Potash Inc. pada 68% (subsidiari PJSC Acron) dan Rio Tinto Potash Management Inc. pada 32% (subsidiari Rio Tinto plc). PJSC Acron ialah salah satu pengeluar baja berbilang mineral yang terbesar di dunia manakala Rio Tinto merupakan antara perbadanan logam dan perlombongan yang terbesar di dunia. Ketahui lebih lanjut di canpacificpotash.com.
Projek Potasy Albany
Projek Albany ialah cadangan lombong potasy larutan 3.25 juta tan setahun di Saskatchewan selatan. Ketahui lebih lanjut di projectalbany.ca.
Untuk maklumat lanjut: David Waugh, Ketua Pegawai Eksekutif, +1 306 975 0210