omniture

The Redwood Group, LLC Selesaikan Pemerolehan Ceres Commodities, LLC

The Redwood Group, LLC
2019-09-05 21:53 133

MISSION, Kansas, 5 September 2019 /PRNewswire/ -- The Redwood Group, LLC hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan pemerolehan Ceres Commodities, LLC di Newport, Kentucky.  Kakitangan Ceres Commodities mempunyai pengalaman 20 tahun dalam membekalkan kacang soya bukan GMO dan organik gred makanan premium dan komoditi lain secara domestik serta secara langsung ke pasaran makanan Asia Timur dan Asia Tenggara. Pengetahuan mendalam pasukan Ceres Commodities tentang pasaran eksport soya makanan melengkapi kebolehan Redwood untuk terus membekalkan produk berkualiti unggul kepada pasaran-pasaran berkenaan melalui jaringan kemudahan pembersihan kacang soya bukan GMO miliknya.

"Kami telah membina hubungan yang menarik bersama Redwood sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini dan kami berharap dapat menggabungkan hubungan pelanggan mendalam kami dan kepakaran logistik dengan perniagaan sedia ada Redwood. Pelanggan kami dapat terus mengharapkan perkhidmatan yang cemerlang serta nilai tambahan yang dapat kami berikan kepada pembeli dan pembekal kami dengan memanfaatkan model perniagaan Redwood yang cekap dan bertumpu pelanggan serta sistem dan juga kunci kira-kira mantap mereka," ujar Chris Bradley, pemilik terdahulu Ceres Commodities, LLC.

"Perniagaan Ceres Commodities ialah lanjutan yang sangat baik untuk operasi Lathrop FSG kami. Lathrop FSG menawarkan penyelesaian rantaian bekalan gelung tertutup, menjual benih kepada petani kacang soya bukan GMO, membeli semula komoditi daripada petani berkenaan dan kemudian membersihkan dan mempakejkan produk untuk spesifikasi pelanggan. Pemerolehan Ceres Commodities selanjutnya membolehkan kami mengurus rantaian bekalan bagi memastikan pelanggan kami menerima produk berkualiti terbaik apabila mereka memerlukannya," kata Mike Kincaid, Presiden The Redwood Group, LLC.

The Redwood Group, LLC ialah sebuah syarikat rantaian bekalan, pembarangan dan berasaskan penyelesaian yang dimiliki pekerja, yang memberi tumpuan pada bahan makanan, ramuan makanan ternakan dan produk tenaga. Ia beribu pejabat di Mission, Kansas, dengan lokasi-lokasi pejabat tambahan di Omaha, Nebraska dan Newport, Kentucky, serta dengan kemudahan-kemudahan pembersihan khusus yang terletak di Chester, Montana, Venango, Nebraska, Lathrop, Missouri dan Pleasant Hill, Missouri. Redwood ditubuhkan pada tahun 2010 dengan tumpuan untuk menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi dan khidmat pelanggan yang unggul. Redwood membeli dan membekalkan produk di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada serta mengimport dan mengeksport produk kepada dan daripada pelanggan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut:  Adam Buckentine, Pengarah Makanan Soya dan Organik
(402) 922-8767, adam.buckentine@theredwoodgroup.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/970093/The_Redwood_Group_LLC_Ceres_Logo.jpg

Source: The Redwood Group, LLC
Keywords: Agriculture Food/Beverages Organic Food Acquisitions, mergers, takeovers