omniture

TVT.media: IFA 2019 - Pameran Perdagangan Barangan Elektronik Pengguna Global Terkemuka Akan Bermula di Berlin

TVT.media GmbH
2019-09-05 20:00 110

Rakaman video IFA untuk wartawan disediakan di Pusat Siaran Global IFA

BERLIN, 5 September 2019 /PRNewswire/ -- IFA di Berlin ialah pameran perdagangan yang terkemuka di seluruh dunia untuk barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah. Pada tahun 2019, pameran ini akan berlangsung mulai 6 September hingga 11 September di tapak pameran Messe Berlin.Jenama-jenama yang terkemuka di seluruh dunia akan mempamerkan produk elektronik pengguna dan perkakas rumah terkini mereka serta pelbagai inovasi.

IFA Entrance
IFA Entrance

Salah satu trend bagi tahun 2019: kecerdasan buatan. Banyak jenis peranti dikendalikan oleh sistem pembelajaran kendiri digital. Selain itu, skrin berkemungkinan besar akan menjadi penarik perhatian sebenar sekali lagi. Paparan atau tablet OLED fleksibel yang boleh dilipat kepada separuh saiz menyambut era baharu. Tahun ini, robot turut menggamit perhatian. Dari satu segi, ia dapat berperanan sebagai penghibur. Dari satu segi yang lain, kegunaannya untuk menyokong penjagaan kesihatan benar-benar menarik perhatian.

Sejak dua tahun lalu, IFA NEXT telah berkembang menjadi platform inovasi yang berjaya untuk syarikat-syarikat baharu. Syarikat-syarikat inovatif dan institut-institut penyelidikan akan bertemu di sini untuk mempersembahkan idea-idea mereka demi pasaran masa depan. Sesuatu yang baharu tahun ini: akan adanya Rakan Kongsi Inovasi Global rasmi. Jepun akan menjadi negara rakan kongsi pertama untuk mempamerkan inovasi dari negara berteknologi tinggi ini.

Shift Automotive kini kembali! Konvensyen Mobiliti Masa Depan baharu akan berlangsung sebagai sebahagian daripada IFA 2019 pada 10 dan 11 September. Tumpuan akan diberikan kepada teknologi baharu yang akan mengubah mobiliti.

Rakan media TVT.media akan membekalkan para wartawan dengan bahan imej-bergerak komprehensif yang membuat liputan dalam IFA 2019. Bahan berhubung impresi pameran perdagangan dan temu bual bersama pempamer dan pakar industri akan diperolehi di Pusat Siaran Global.

http://www.ifa-gbc.com

Video disediakan di: https://www.presseportal.de/nr/74271/video

Hubungi:

Michael Mueller-Jaeger 
TVT.media GmbH
Tel.: +49-(0)-173-25-15-900
Emel: mmj@tvtmedia.de

IFA Visitor
IFA Visitor

 

 

Source: TVT.media GmbH
Related Links:
Keywords: Advertising Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Design Automation Entertainment Film & Motion Picture Household Products Household/Consumer/Cosmetics Magazines Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Retail Television Transportation New products/services Trade show news