omniture

Pengalaman Ujian TOEFL® Bertambah Baik: Sesi Ujian Petang Kini Dibuka Seluruh Dunia

Educational Testing Service
2019-09-05 00:13 143

PRINCETON, New Jersey, 5 September 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pengalaman menduduki ujian TOEFL iBT® kepada pelajar-pelajar dan nilainya kepada institusi-institusi seluruh dunia, pelajar-pelajar kini dapat mengambil peluang daripada pilihan ujian yang lebih fleksibel, termasuk peningkatan bilangan tawaran sesi ujian dan masa pusing balik yang lebih singkat untuk menduduki ujian ulangan, jika perlu.

Bermula serta merta, pelajar-pelajar boleh mendaftar untuk sesi ujian petang pada tarikh pilihan, satu peralihan yang menggandakan kapasiti ujian untuk pusat-pusat ujian yang mengambil bahagian pada tarikh-tarikh berkenaan dengan berkesan. Selain itu, pelajar-pelajar boleh menduduki ujian pada hujung minggu berturut-turut mengikut ketersediaan tarikh yang dibenarkan – satu penambahbaikan ketara kepada tempoh menunggu ujian ulangan selama 12 hari sebelum ini.

Kemas kini ini, yang menyusuli waktu ujian yang disingkatkan dan peningkatan skor MyBest™ yang dilancarkan bulan lalu, akan turut memberi manfaat kepada institusi-institusi — lebih awal pelajar dapat menduduki ujian atau ujian ulangan, lebih awal institusi-institusi dapat menerima laporan skor sertaan pelajar-pelajar, membolehkan mereka membuat keputusan kemasukan yang bermaklumat berdasarkan himpunan pemohon berkelayakan yang lebih luas dalam kalangan pelajar yang lulus pada masa yang tepat.

"Penambahbaikan terkini kepada ujian TOEFL berkisarkan kepada pengalaman menduduki ujian pelajar dan mewujudkan kecekapan yang membolehkan mereka untuk menjimatkan masa agar mereka dapat bertindak dengan pantas," kata Srikant Gopal, Pengarah Eksekutif, Program TOEFL, ETS. "Kami memahami bahawa pelajar-pelajar memerlukan dan menghargai kefleksibelan dan perubahan baharu ini memberi kemudahan kepada mereka tatkala mereka merancang tarikh akhir dan jadual yang sibuk bagi mempersiapkan diri demi masa depan akademik mereka."

Untuk maklumat umum tentang ujian TOEFL, sila kunjungi www.ets.org/toefl. Untuk mempersiapkan diri bagi menduduki ujian, pastikan untuk menyemak bahan-bahan persediaan baharu kami yang menunjukkan perubahan ujian terkini termasuk ujian latihan penuh yang percuma di www.ets.org/s/toefl/free-practice.

Latar Belakang Ujian TOEFL®

Ujian akademik bahasa Inggeris TOEFL diterima oleh lebih 10,000 institusi di lebih 150 negara seluruh dunia dan diterima secara sejagat di destinasi-destinasi popular seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand serta oleh lebih 98 peratus universiti di U.K. termasuk 100 peratus daripada institusi-institusi Russell Group®. Ujian ini lebih diutamakan berbanding ujian-ujian bahasa Inggeris yang lain di Amerika Syarikat dan destinasi-destinasi Eropah utama seperti Perancis dan Jerman. Di Kanada, ujian TOEFL menjadi pilihan pegawai-pegawai kemasukan siswazah. Dengan pemarkahan tumpuan ujian oleh pelbagai penilai manusia tanpa nama, ujian TOEFL menawarkan 100 peratus alternatif yang adil dan tidak berat sebelah. Maklumat lanjut berhubung ujian TOEFL termasuk pendaftaran, panduan belajar dan soalan-soalan contoh, disediakan di laman sesawang TOEFL Go Anywhere di www.toeflgoanywhere.org.

Latar Belakang ETS

Di ETS, kami meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang ramai di serata dunia dengan menghasilkan penilaian berasaskan penyelidikan yang teliti. ETS menyediakan perkhidmatan buat individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan, bagi tujuan pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris serta pendidikan rendah, menengah dan setelah tamat sekolah menengah, dan dengan menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis dan juga kajian dasar. Ditubuhkan sebagai pertubuhan bukan untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, mengendalikan dan memberi markah kepada lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC ®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series ®— di lebih 180 negara dan di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org

Source: Educational Testing Service
Related Links:
Keywords: Education New products/services Public Interest