omniture

Qwikcilver Buat Pertaruhan Besar untuk Kategori Hadiah Digital di Asia Tenggara

Qwikcilver
2019-09-04 22:51 124

SINGAPURA, 4 September 2019 /PRNewswire/ --  Qwikcilver, sebuah syarikat Pine Labs dan penyedia perkhidmatan hujung-ke-hujung tunggal yang terbesar dalam segmen kad hadiah prabayar di India, hari ini mengumumkan bahawa ia meningkat naik dalam kategori hadiah digital di Asia Tenggara. Ia turut berkongsi rancangannya untuk memperluas jejaknya di Asia Tenggara dengan Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina sebagai pasaran tumpuan.

Baru-baru ini, Qwikcilver mengehoskan Gift Card Conclave Asia Tenggara di Singapura. Ia dihadiri oleh wakil-wakil kanan daripada jenama-jenama terkenal seperti Grab, Lazada, NETS, Valiram Group, Capitaland, Frasers Group, Lulu Group, Sephora, Luxasia, EdgePRI, AXS Pte Limited, WOGI dan Uniqgift. Di persidangan tersebut, Qwikcilver menyiarkan Kertas Putih Edisi 4: 2019 bertajuk 'Gift Cards: The Grow-More Effect (Kad Hadiah: Kesan Semakin Berkembang)' dengan pandangan tentang industri hadiah digital di Asia. Empat kategori industri iaitu hospitaliti, kesejahteraan, barang kemas dan perjalanan dalam talian merupakan segmen pertumbuhan tinggi untuk hadiah bagi tahun 2018-19. 

Mengulas tentang rancangan pengembangan, Kumar Sudarsan, Ketua Pegawai Eksekutif, Qwikcilver & Presiden, Hadiah dan Nilai Simpanan, Pine Labs berkata, "Kami telah menyaksikan penerimaan pesat platform hadiah Qwikcilver di Asia Tenggara sepanjang tahun lalu. Didorong oleh peningkatan dalam perdagangan berasaskan mudah alih dan Internet khususnya dalam golongan milenia, Asia Pasifik dijangka menjadi rantau kad hadiah yang paling pantas berkembang di dunia sepanjang lima tahun akan datang[1]. Kami bersiap sedia untuk bekerjasama dan melancarkan program-program pemberian hadiah digital di seluruh Asia Tenggara bersama lebih 100 jenama terkemuka dalam pelbagai sektor industri termasuk jualan runcit, hospitaliti, kesejahteraan dan perjalanan, dalam 12-18 bulan akan datang."

Secara global, pasaran kad hadiah berkembang pesat. Pasaran kad hadiah global kini bernilai lebih US$307 Bilion dan diramalkan untuk berkembang pada 10.79% CAGR dalam tahun 2016 -2024. Ia dijangka akan mencecah US$698 Bilion menjelang akhir 2024.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.qwikcilver.com

Latar Belakang Pine Labs

Pine Labs diperbadankan di Singapura dan mempunyai operasi terbesar di India. Ia merupakan platform peniaga yang menyediakan pembiayaan dan teknologi urus niaga jualan runcit peringkat akhir. Penawarannya digunakan oleh 1,00,000 peniaga di 3700 bandar di seluruh India dan Malaysia. Pada tahun 2019, ia memperoleh syarikat penyelesaian hadiah yang terkemuka di India, Qwikcilver. Pelabur-pelaburnya terdiri daripada Sequoia India, PayPal, Temasek, Actis Capital, Altimeter Capital, Madison India Capital dan Sofina. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.pinelabs.com.


[1] PERSISTENCE MARKET RESEARCH INTO TRENDS IN GIFTING ACROSS THE WORLD

Perhubungan media:

Akanksha Jain

Pine Labs

Akanksha.jain@pinelabs.com

+91-9871900447


Logo: https://mma.prnewswire.com/media/968843/Qwikcilver_Logo.jpg 
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/812226/Pine_Labs_Logo.jpg

 

Source: Qwikcilver
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail Corporate Expansion