omniture

Syiling Daun Pokok Mapel Beritma Satu Lagi Pencapaian Sulung Dunia

Royal Canadian Mint
2019-09-05 02:09 100

OTTAWA, Ontario, 5 September 2019 /CNW/ - Royal Canadian Mint dengan bangganya melancarkan satu pencapaian penting numismatik daripada pasukan Penyelidikan dan Pembangunannya yang bercita-cita tinggi dan kreatif. Menjalin kerjasama dengan Pusat Penyelidikan dalam Fotonik University of Ottawa, pasukan R+D ini telah mencipta Syiling Perak Halus $10 – Pulsating Maple Leaf, diukir dengan pelbagai cermin berskala sub-milimeter dalam bentuk daun pokok mapel pada bahagian belakang syiling perak tulen 99.99% ini. Dengan dimensi dan orientasi yang tepat, cermin-cermin kecil ini menghasilkan reka bentuk yang kelihatan membesar dan mengecil dengan setiap kecondongan duit syiling tersebut.

The Royal Canadian Mint's Pulsating Maple Leaf fine silver collector coin
The Royal Canadian Mint's Pulsating Maple Leaf fine silver collector coin

Satu lagi keajaiban numismatik ialah Syiling Perak Halus $50 2020 – Real Shapes: The Common Loon. Buat julung kalinya, burung loon ikonik yang direka oleh artis Robert-Ralph Carmichael untuk syiling edaran satu dolar Kanada, menyingkirkan bentuk lingkungan pusingannya. Hasilnya ialah syiling berbentuk unik, perak tulen dan bersadur emas, ditempa dalam bentuk burung loon yang terapung di air tenang sebuah tasik, sebagaimana penampilannya pada "loonie" Kanada. Ini merupakan yang pertama dalam siri yang akan menghidupkan bentuk-bentuk reka bentuk syiling edaran klasik Kanada, dihasilkan daripada lebih tiga auns perak tulen.

Membawa ukiran timbul ke tahap serba baharu ialah Syiling Timbul Ultra Tinggi Perak Halus $250 2019 – D-Day: A Snapshot in Time. Memperingati wira-wira Kanada pada pendaratan D-Day 6 Jun 1944 di Juno Beach, duit syiling timbul ultra tinggi ini adalah hasil daripada kolaborasi erat antara veteran, pengumpul item ketenteraan dan penulis W.E. Storey, CD, dan pengukir Mint Traian Georgescu. Dihimpunkan oleh pengurus produk Erica Maga, yang inginkan agar penghormatan terakhir Mint kepada veteran-veteran D-Day kami dapat merangkumkan skala penuh operasi berkenaan, mereka mengkaji banyak gambar tentang pendaratan bersejarah itu. Mereka bersama-sama menghasilkan pemandangan dari atas tentang kejadian tersebut yang terbentang luas di Bernières-sur-Mer dengan kedalaman luar biasa pada skala besar dan ketinggian ukiran timbul hampir 4 milimeter pada syiling perak tulen 99.99% seberat satu kilogram.

Duit syiling lain yang dihasilkan dengan baik yang dilancarkan pada bulan ini termasuk:

  • Syiling Emas Tulen $200 2019 40th Anniversary of the GML, syiling 2 auns yang meraikan reka bentuk bahagian belakang mapel gula unggulan pada salah satu syiling bulion emas tulen yang paling menjadi idaman di dunia;
  • Syiling Perak Halus $100 2019 Yousuf Karsh: The Roaring Lion; yang ketiga dalam siri syiling 10 auns bagi meraikan hasil kerja jurugambar Kanada yang terkenal, dengan penghasilan semula potret legenda Winston Churchill;
  • Syiling Perak Halus $1 dan Emas Tulen $200 2020 - Peace Dollar, sepasang syiling ukiran tinggi yang diukir dengan teliti dan direka oleh Pengukir Mint yang telah bersara Susan Taylor;
  • Set Pecahan Daun Pokok Mapel Perak Halus 2020, menampilkan lima syiling perak tulen 99.99% bermula dengan kepingan 1 auns hingga 1/20 auns. Bahagian belakang syiling 1 auns menampilkan reka bentuk oleh artis Lisa Thomson Khan dengan daun pokok mapel merah yang berwarna terang dan elemen Swarovski®, serta bar pembukaan lagu O Canada, yang diterima secara rasminya sebagai lagu kebangsaan Kanada pada tahun 1980;
  • Syiling Perak Halus $10 2019 dengan warna dipertingkat – 50th Anniversary of the Official Languages Act;
  • Syiling Perak Halus $500 2019 Brilliant Mastery in Canada, satu kolaborasi antara artis Cathy Sabourin dan Tony Bianco yang mereka bentuk syiling perak tulen lima kilogram dihias penuh yang menampilkan jata wilayah dan kebangsaan Kanada;
  • Syiling Perak Halus $30 2019 – Majestic Birds In Motion: Great Horned Owls, syiling berwarna rekaan Pierre Leduc yang menampilkan hologram berbilang bingkai yang meniru gerakan burung yang sedang terbang;
  • Set Dua-Syiling 2019 - Yin and Yang, menampilkan syiling berbentuk titisan air mata emas tulen dan perak rekaan Aries Cheung;
  • Set Hadiah Percutian 2019;
  • Syiling Perak Halus $3 2019 – Celebrating Canadian Fun and Festivities – Wine Tasting, direka oleh Steve Hepburn; dan
  • Syiling Perak Halus $5 2019 – Zodiac Series: Libra, direka oleh Jori Van Der Linde.

Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab "Shop" di www.mint.ca. Imej duit syiling disediakan di sini. 

Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint. Syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta menerusi rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan perkhidmatannya, layari www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/969014/Royal_Canadian_Mint_Pulsating_Maple_Leaf_Coin_Another_World_Firs.jpg 

Source: Royal Canadian Mint
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals New products/services