omniture

Laluan Penjagaan FDI World Dental Federation Baharu Galakkan Kolaborasi Doktor Gigi-Pesakit untuk Urus Kehilangan Gigi Separa

FDI World Dental Federation
2019-09-05 14:00 94

SAN FRANCISCO, 5 September 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, semasa berlangsungnya Kongres Pergigian Dunia FDI ADA di San Francisco, AS, FDI World Dental Federation (FDI) memperkenalkan sumber terkininya tentang rawatan dan penjagaan pesakit dengan kehilangan gigi separa.

Tidak lagi kehilangan kesemua gigi mereka sewaktu mereka meningkat usia, semakin ramai pesakit gigi melangkah ke usia tua dengan beberapa batang gigi mereka masih lagi utuh. Mempunyai lebih banyak gigi membawa kepada kemunculan sekumpulan pesakit gigi yang agak baharu: pesakit separa dentat. Pesakit ini mempunyai satu atau lebih gigi yang telah hilang, sama ada tiada sejak lahir atau dicabut lantaran penyakit, trauma atau pembedahan.

FDI melancarkan beberapa alatan untuk menawarkan kumpulan pesakit ini dengan pendekatan komprehensif yang tersuai kepada rawatan dan penjagaan. Ini termasuk kertas putih Collaborative Care Continuum: The 3Cs pathway for partially dentate patients (Kontinum Penjagaan Kolaboratif: Laluan 3C untuk pesakit separa dentat), selain garis panduan yang diwujudkan untuk golongan profesional kesihatan mulut yang menyokong komunikasi pesakit-pengamal dan menawarkan nasihat untuk mengurus pesakit yang mengalami separa dentat.

Malah, kehilangan gigi separa memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan dan mungkin:

  • Mengehadkan peluang menikmati makanan tertentu;
  • Mengurangkan tahap keyakinan diri;
  • Membawa kepada pengasingan sosial dan memberi kesan kepada hubungan dengan orang lain.

"Kerja-kerja kami memberi tumpuan pada pendekatan peribadi untuk mengurus pesakit separa dentat," kata Presiden FDI Dr Kathryn Kell. "Kami sedia maklum bahawa komunikasi pesakit-pengamal yang baik dikaitkan bukan sahaja terhadap peningkatan tahap kepuasan pesakit, tetapi juga dengan pematuhan yang lebih baik terhadap rawatan."

Penjagaan untuk pesakit separa dentat mengikut proses dengan tiga langkah yang dikenali sebagai kontinum penjagaan kolaboratif, atau laluan penjagaan 3C. Laluan ini termasuk:

  • Fasa prarawatan dan penilaian;
  • Fasa rawatan; dan
  • Fasa pascarawatan dan penjagaan jangka panjang.

Ahli-ahli profesional kesihatan mulut harus meletakkan kepentingan yang sama terhadap setiap satu daripada tiga fasa ini dan mengaturkan pelan rawatan dan penjagaan mereka sepanjang kontinum ini.

Usaha FDI terhadap pesakit separa dentat disokong oleh GSK. "Kami teruja untuk berkolaborasi dengan FDI bagi meningkatkan rawatan dan penjagaan untuk kumpulan pesakit yang unik ini," kata Dr Roshan Varghese, Pengarah Hal Ehwal Perubatan Global, Penjagaan Dentur, GSK. Kami percaya bahawa rawatan yang paling berjaya bergantung pada pendidikan pesakit yang komprehensif. Tumpuan terhadap penjagaan dan penyelenggaraan jangka panjang perlu menjadi bahagian penting dalam sebarang rawatan untuk pesakit separa dentat."

Latar Belakang FDI World Dental Federation

FDI ialah badan perwakilan utama untuk lebih daripada satu juta doktor gigi seluruh dunia, dengan visi untuk memimpin dunia ke arah kesihatan mulut yang optimum. Keahliannya terdiri daripada kira-kira 200 persatuan ahli kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih 130 negara. FDO berpangkalan di Geneva, Switzerland.

Latar Belakang GSK 

GlaxoSmithKline ialah sebuah syarikat penjagaan kesihatan dibimbing oleh sains dengan tujuan khas: untuk membantu orang ramai melakukan lebih lagi, berasa lebih baik, hidup lebih lama. Kami mempunyai 3 perniagaan global yang mengkaji, membangunkan dan mengeluarkan ubat farmaseutikal, vaksin dan produk penjagaan kesihatan pengguna yang inovatif. Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna kami membangunkan dan memasarkan portfolio jenama-jenama pilihan pengguna dan saranan pakar yang inovatif dalam kategori Kesihatan Mulut, Kelegaan Kesakitan, Demam Selesema, Flu & Alergi + Dermatologi dan Kesejahteraan OTC.

Perhubungan media: Charanjit Jagait, Pengarah Komunikasi & Advokasi FDI Tel: +41 79 796 76 13

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/964263/FDI_Logo.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/964290/PDP_Logo.jpg

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Cosmetics & Personal Care Dentistry Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals New products/services