omniture

Global Payments Terus Menangi Anugerah Tertinggi Industri

Global Payments Inc.
2013-03-30 06:18 293

- Perolehi anugerah berprestij di seluruh Asia Pasifik dalam beberapa kategori termasuk inovasi produk dan kecemerlangan perkhidmatan

HONG KONG dan ATLANTA, 30 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Global Payments Asia Pacific Limited ("Global Payments"), anak syarikat Global Payments Inc. yang berpangkalan di Amerika Syarikat (NYSE: GPN), hari ini mengumumkan bahawa sekali lagi ia telah diiktiraf sebagai pemproses kad pembayaran terulung di Hong Kong dan Asia Pasifik setelah menerima beberapa anugerah utama industri pembayaran daripada Visa In.c, MasterCard Worlwide, China UnionPay dan VRL Financial News bagi pencapaian dalam tahun 2012. Anugerah-anugerah ini terus mengukuhkan kedudukan Global Payments sebagai pemimpin dan komitmennya dalam menyediakan penyelesaian bayaran inovatif dan perkhidmatan cemerlang kepada pedagang di Hong Kong dan di 11 pasaran di Asia. Pelbagai Anugerah yang diterima termasuklah:

Hong Kong

Visa

  • Jumlah Jualan Dagang Tertinggi – Anugerah Emas
  • Pertumbuhan Jumlah Jualan Dagang Terbesar – Anugerah Perak
  • Jumlah Kemasukan Wang Seberang Sempadan Tertinggi
  • Inovasi Penerimaan mPOS
  • Jumlah Perolehan eDagang Tertinggi

MasterCard

  • Bahagian Pasaran Tertinggi bagi Jumlah Pembelian Dagang – Pemenang
  • Bahagian Pasaran Tertinggi bagi Jumlah Pembelian Dagang Seberang Sempadan – Pemenang
  • Bahagian Pasaran Tertinggi bagi Jumlah Pembelian Dagang e-Dagang – Pemenang

China UnionPay

  • Jumlah Perolehan Tertinggi – Anugerah Perak
  • Jumlah Pertumbuhan Angka POS – Anugerah Perak
  • Anugerah Prestasi Perolehan Cemerlang (Bilangan POS yang Dibenarkan IC)

Asia Pasifik

Berita Kewangan VRL

  • Anugerah Peneraju Perbankan & Pembayaran Asia – Kecemerlangan Perkhidmatan dalam Perolehan Dagang – Pengiktirafan Khas

"Kami berbangga kerana pencapaian kami dalam perolehan dagang telah diiktiraf dalam industri," kata James Hicks, Presiden Global Payments Asia Pacific. "Khususnya, anugerah baru tahun ini untuk penyelesaian titik jualan mudah alih kami (mPOS) dan e-dagang menunjukkan kelebihan daya saing  dan kejayaan kami dalam membangunkan dan menyediakan perkhidmatan pembayaran inovatif yang membawa nilai besar kepada pedagang."

Dengan pelancaran projek rintis komersilnya untuk PayApp baru-baru ini, Global Payments telah menjadi pemeroleh dagang utama pertama di Hong Kong yang memasarkan penyelesaian pembayaran mudah alih. Penyelesaian baru ini merupakan perkhidmatan pembayaran inovatif yang menjadikan telefon pintar atau tablet sebagai alat penerima kad mudah alih. Ia membolehkan pedagang menerima pembayaran dengan cepat dan mudah bagi perniagaan bergerak, perkhidmatan penghantaran dan syarikat yang mempunyai barisan jualan mudah alih.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20010221/ATW031LOGO)

Mengenai Global Payments Asia Pacific Limited

Global Payments Asia Pacific Limited, anak syarikat Global Payments Inc. (NYSE: GPN), memberikan perkhidmatan kepada pedagang di 11 negara dan rantau di seluruh Asia dan merupakan syarikat pemproses kad Pan-Asia terbesar di rantau ini. Syarikat ini membawakan satu tahap baru dalam inovasi perkhidmatan dagang di rantau ini dengan rangkaian penyelesaian pembayaran yang inovatif, alat pelaporan dagang yang meneraju industri dan perkhidmatan dagang yang tiada tolok bandingnya. Syarikat ini telah mengukuhkan kedudukan di rantau Asia Pasifik, dengan operasi di Brunei, Cina, Hong Kong, India, Macau, Malaysia, Kepulauan Maldives, Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Taiwan. Sila lawati www.globalpaymentsinc.com/AsiaPacific/ untuk maklumat lanjut tentang syarikat ini dan perkhidmatannya.

Mengenai Global Payments

Global Payments Inc. (NYSE:GPN) merupakan peneraju penyedia perkhidmatan pemprosesan urusniaga elektronik yang utama bagi pedagang, Organisasi Jualan Bebas (ISO), institusi kewangan, agensi kerajaan dan syarikat multinasional yang terletak di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan rantau Asia Pasifik. Global Payments, sebuah syarikat Fortune 1000, menawarkan rangkaian penyelesaian pemprosesan kad kredit dan debit yang lengkap, kad pembelian antara perniagaan, kad hadiah, penukaran cek elektronik dan jaminan cek, pengesahan dan pemulihan termasuk perkhidmatan cek elektronik, dan juga pengurusan terminal lawati www.globalpaymentsinc.com untuk maklumat lanjut mengenai syarikat ini dan perkhidmatannya.

Perhubungan Media: Christine Li
+1(852) 3529 5853
christine.li@globalpay.com

Source: Global Payments Inc.
Related Stocks:
NYSE:GPN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Asian-related news Awards