![]() |
Penaja Emas Naia™ akan pamerkan rekaan menang anugerah di Première Vision
KINGSPORT, Tennessee, 8 September 2019 /PRNewswire/ -- Benang selulosa Naia™ Eastman yang diperoleh secara lestari diserlahkan dalam Pertunjukan Fesyen Akhir Besar-besaran bagi Redress Design Award 2019 di Hong Kong pada hari Khamis. Naia™ daripada Eastman, Penaja Emas untuk pertandingan rekaan fesyen lestari yang terbesar di dunia, dipaparkan dalam 10 koleksi inovatif bagi rekaan yang mengurangkan bahan buangan. Finalis pertandingan tersebut dicabar untuk memasukkan saki baki fabrik Naia™ ke dalam cantuman koleksi mereka. Pertunjukan Fesyen Akhir Besar-besaran mencapai audiens global yang terdiri daripada golongan profesional industri, rakan media dan VIP di CENTRESTAGE dan telah distrim langsung di peringkat antarabangsa.
"Koleksi mengagumkan ini memperlihatkan tekstur benang Naia™, keserbagunaan dan penampilan yang mewah," kata Ruth Farrell, pengarah pemasaran global tekstil Eastman. "Dengan menaja Redress Design Award, matlamat Eastman adalah untuk membantu mendidik komuniti fesyen dan rekaan tentang kepentingan benang yang lestari. Kami ingin meningkatkan kesedaran terhadap jenama Naia™ dan menyokong pereka-pereka baru muncul dalam usaha mereka ke arah membina jenama-jenama fesyen mesra alam masa depan."
Untuk itu, Naia™ diperbuat daripada pulpa kayu yang boleh dikesan sepenuhnya dan diperoleh secara lestari dalam proses gelung tertutup yang selamat, yang mana pelarut dikitar semula dalam sistem tersebut untuk digunakan semula. Selain itu, Naia™ mempunyai proses pembuatan dioptimumkan dan berimpak rendah dengan jejak karbon serta air pokok-kepada-benang yang rendah. Dengan pihak ketiga mengkaji semula penilaian kitaran hayat mematuhi ISO14044, Naia™ disenaraikan dalam Indeks Kemampanan Bahan Higg. Eastman memegang sijil Rantaian Penjagaan FSC® dan PEFC™. Naia™ juga diperakui sebagai terbiodegradasikan dalam persekitaran air tawar dan tanah serta boleh dikompos dalam persekitaran perindustrian, setelah menerima tanda keakuran "terbiodegradasikan OK" dan "kompos OK" daripada TÜV AUSTRIA.
"Celik kelestarian dalam bidang fesyen perlu diperluas daripada gentian kepada fashionista," kata Christina Dean, pengasas dan pengerusi lembaga Redress. "Terdapatnya perlumbaan inovasi untuk mencari bahan-bahan yang lebih mesra alam untuk fesyen."
Disebabkan oleh kelembutan dan kilauan bawaannya yang bercampur dengan baik bersama benang mesra alam yang lain, Naia™ boleh menjadi titik permulaan dalam perjalanan kelestarian untuk hampir sebarang kain atau pakaian. Dengan Naia™, Eastman menawarkan pilihan bahan eko-sedar berdaya maju demi fesyen lestari.
Seramai 10 finalis Redress Design Award dipilih daripada ratusan pemohon oleh panel hakim antarabangsa, termasuk Farrell. Pereka-pereka tersebut mewakili lapan negara berbeza serta Hong Kong. Pemenang hadiah pertama, Maddie Williams akan menyertai JNBY Group untuk mereka bentuk koleksi lestari bagi jualan runcit. Pemenang tempat kedua Carina Roca Portella akan menjadi mentor bersama Orsola de Castro, pengasas dan pengarah kreatif Fashion Revolution.
Naia™ akan mempamerkan pakaian yang memenangi Redress Award di Reruai 6C55 di Première Vision Yarns Hall semasa Première Vision-Paris, ekspo fesyen dan tekstil antarabangsa, 17-19 September.
Latar Belakang Eastman Chemical Company
Eastman ialah sebuah syarikat bahan termaju dan aditif khusus bertaraf global yang mengeluarkan pelbagai jenis produk yang didapati dalam item yang digunakan oleh orang ramai setiap hari. Dengan portfolio perniagaan khusus, Eastman bekerjasama dengan pelanggan untuk membawakan produk dan penyelesaian inovatif sambil mengekalkan komitmen terhadap keselamatan dan kelestarian. Eastman memberi tumpuan untuk mencipta nilai yang tekal dan unggul kepada semua pemegang kepentingan. Sebagai sebuah syarikat yang pelbagai secara global, Eastman menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 100 negara dan memperoleh pendapatan tahun 2018 kira-kira sebanyak $10 bilion. Syarikat ini beribu pejabat di Kingsport, Tennessee, AS dan menggaji kira-kira 14,500 kakitangan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi eastman.com.
Latar Belakang Redress
Redress ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) rintis yang berpangkalan di Hong Kong, berusaha untuk mengurangkan bahan buangan tekstil dan menggalakkan kelestarian alam sekitar dalam industri fesyen. Melalui program-program dinamiknya, Redress bekerjasama secara langsung dengan pereka, jenama, pengeluar, ahli profesional industri, organisasi pendidikan dan pengguna bagi mempromosikan model inovatif dan mendorong pertumbuhan ke arah ekonomi pusingan baharu untuk bidang fesyen. Untuk maklumat lanjut kunjungi redress.com.hk.
Maklumat Perhubungan Pengarang:
Laura Mansfield, APR
The Tombras Group
+1 (865) 599.9968
lmansfield@tombras.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/970814/Naia_Redress_Design_Award.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/813072/Naia_Logo.jpg