omniture

Kempen Siar Web Langsung Global Kilang Telus Chacha bermula, julung kali perkenal tertib pengeluaran pintar automatik sepenuhnya

Lebih 100,000 tontonan diperoleh dalam lima minit pertama
Chacha Food Co.Ltd
2019-09-09 08:20 369

HEFEI, China, 9 September 2019 /PRNewswire/ -- Kempen Siar Web Langsung Global Kilang Telus Chacha dimulakan pada 4 September. Dalam lima minit pertama, siar web tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali. Puluhan ribu ulasan daripada penonton semasa siar web langsung tersebut berlangsung yang menyatakan sokongan mereka untuk Chacha dan produk-produk "Buatan China" memperlihatkan sejauh mana acara ini dapat bertindak untuk memecahkan sempadan maklumat antara pengguna dan pengeluar. Siar Web Langsung tersebut telah ditonton sebanyak lebih satu juta kali menjelang penghujung hari yang sama.

Kempen Siar Web Langsung Global Kilang Telus Chacha bermula, julung kali perkenal tertib pengeluaran pintar automatik sepenuhnya
Kempen Siar Web Langsung Global Kilang Telus Chacha bermula, julung kali perkenal tertib pengeluaran pintar automatik sepenuhnya

Pengguna seluruh dunia diundang menonton Kilang Telus Chacha beroperasi 

Bagi memaksimumkan bilangan penonton seluruh dunia yang dapat menyaksikan siar web secara langsung kilang telus tersebut, Chacha mengadakan jemputan melalui pelbagai saluran, menggamit perhatian luas dari dalam China dan luar negara. Selain pelancaran awal melalui Facebook dan ins, syarikat ini turut mengadakan siar web langsung di skrin NASDAQ yang menghadap Times Square New York, mencapai edaran seluruh dunia secara serentak. Dengan mengimbas kod QR pada telefon bimbit mereka, orang ramai dari seluruh dunia dapat menonton pelancaran pengeluaran di kilang pintar moden canggih Chacha bersama-sama penonton Cina pada waktu sebenar.

Chacha julung kali perkenal kilang telus dengan peralatan pengeluaran pintar

Produk-produk berkualiti terhasil daripada kawalan proses yang ketat. Chacha mempamerkan kawasan penyumberan, pengeluaran, pempakejan, pengisihan dan senario lain di sekitar kilang, memberi gambaran dekat kawasan pengeluaran bahan mentah dalam taman bunga matahari, tertib pengeluaran kacang dan paling utama, pusat pergudangan tiga dimensi untuk pusat e-dagang global mereka, meliputi hampir setiap langkah dalam seluruh proses pengeluaran. Kawasan pengeluaran utama dibuka kepada audiens global buat julung kalinya, lalu membolehkan penonton seluruh dunia untuk menyaksikan pengeluaran setiap pek kacang dan biji tembikai.

Dalam masa yang sama, tertib pengeluaran kacang Chacha turut disediakan untuk tontonan. Peralatan bakar tiga dimensi profesional bersama-sama dibangunkan oleh Chacha dan Buhler yang berpangkalan di Switzerland didatangkan dengan kawalan suhu empat tahap dan ciri membakar suhu rendah bagi merangsang rasa rangup kacang, meningkatkan kualiti segar dan semula jadi Small Yellow Bag Daily Nuts Chacha.

Jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Chacha telah mengusahakan aspek teknologi proses tersebut untuk memaksimumkan kesegaran produk pada setiap peringkat pengeluaran. Dengan sembilan kilang pembuatan berkualiti terbaik, diperakui oleh FDA di Amerika Syarikat dan BRC A di EU, "teknik-teknik utamanya untuk penyimpanan dan pemprosesan serta pemeliharaan kualiti kacang kering" telah dianugerahkan Hadiah Kedua untuk Kemajuan Saintifik dan Teknologi Kebangsaan oleh Majlis Negeri China. Kilang pengeluaran ini telah dinamakan sebagai salah satu Projek Demonstrasi Rintis untuk Pembuatan Pintar Kacang oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, serta Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Pemprosesan Kacang Kebangsaan Profesional oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China.

Menerusi pelancaran kempen Siar Web Langsung Global Kilang Telus Chacha, Chacha membuktikan kehebatan prestasinya dan memecah sempadan maklumat antara pembeli belah dan pengeluar dengan sikap yang sebenar dan terbuka, lalu memberi peluang kepada pengguna untuk melihat Chacha sebenar secara dekat dengan penuh ketelusan. Salah satu pencapaian yang paling membanggakan daripada usaha ini ialah peranan Chacha dalam mendemonstrasikan apa yang dapat dibawakan oleh pengeluar Cina kepada pengguna seluruh dunia. 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190905/2570920-1?lang=0

Source: Chacha Food Co.Ltd
Keywords: Computer/Electronics Food/Beverages Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services