Veteran Jualan dan Kitaran Hayat Pelanggan sertai pasukan eksekutif Tealium
SAN DIEGO, 9 September 2019 /PRNewswire/ -- Tealium, pemimpin yang dipercayai dalam perancangan terperinci data pelanggan masa nyata, telah melantik Ted Purcell sebagai Ketua Pegawai Hasil (CRO). Berikutan pengumpulan $55 juta dalam pembiayaan Siri F Tealium, Purcell akan mengarahkan strategi menuju ke pasaran tatkala syarikat ini terus mengembangkan platform data pelanggan bebas terkemuka (CDP) yang terkemuka di dunia.
Purcell membawa kepimpinan mendalam dan kepakaran industri kepada peranannya, yang sebelum ini berkhidmat sebagai naib presiden kanan komersial di Marketo di mana beliau mengetuai aktiviti menuju ke pasaran di seluruh penjanaan permintaan, pembangunan jualan, jualan, dan kejayaan pelanggan. Sebelum Marketo, Purcell memegang jawatan Kepimpinan Kanan di SAP dan Clarizen.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan Ted dalam era pertumbuhan tinggi di Tealium," kata Jeff Lunsford, Ketua Pegawai Eksekutif di Tealium. "Sebagai perintis CDP, kami menyediakan perusahaan lapisan data yang selamat dan masa nyata yang mereka perlukan untuk membina kepercayaan pengguna terhadap pengalaman yang dipacu data, dan untuk membuat keputusan pemasaran dan perniagaan yang lebih baik dengan analitik omni-saluran yang mantap. Ted memahami misi kami untuk menyediakan industri dengan platform yang bebas dan neutral vendor yang bersepadu dengan semua penyedia penyelesaian perusahaan terkemuka, dan menyediakan lapisan data yang konsisten dalam pasaran yang sangat dinamik di lebih 1,200 syarikat. Kepakaran Ted akan membolehkan kami terus memacu pertumbuhan dalam pasaran-pasaran baharu di seluruh dunia."
"Inilah masa yang tepat untuk menyertai pasukan Tealium, dan saya tidak boleh lebih teruja untuk meningkatkan perniagaan dan memacu kejayaan untuk pelanggan semasa dan masa depan," kata Purcell. "Sudah jelas bahawa kami berada di barisan hadapan dalam inovasi, membantu perusahaan di seluruh dunia menerima kuasa dan nilai data pelanggan masa nyata. Lebih baik lagi, Tealium menyediakan platform yang dipercayai yang membolehkan para pelanggan mematuhi tadbir urus data dan undang-undang privasi yang semakin berkembang di seluruh dunia. Pasukan Tealium membantu ratusan jenama global merentas semua pasaran menegak meningkatkan kadar penukaran mereka sambil mengurangkan kos pemerolehan dan penglibatan pelanggan, dan saya tidak sabar-sabar untuk membantu lebih banyak syarikat merealisasikan nilai yang sangat besar yang Tealium akan bawa ke perniagaan mereka."
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tealium, lawati www.tealium.com.
Latar Belakang Tealium
Tealium merevolusi perniagaan digital hari ini dengan pendekatan sejagat perancangan terperinci data pelanggan - merangkumi web, mudah alih, luar talian dan peranti Internet Komunikasi Benda. Dengan kuasa menyatukan data pelanggan ke dalam satu sumber kebenaran, Tealium menawarkan ekosistem penyepaduan sedia diguna yang menyokong lebih daripada 1,200 vendor dan teknologi dari sudut pelanggan dan dari sudut pelayan. Hab Data Universal Tealium merangkumi pengurusan tag, hab API, platform data pelanggan, dan penyelesaian pengurusan data yang membolehkan organisasi memanfaatkan data masa nyata untuk mencipta pengalaman digital yang lebih beraneka dan lebih diperibadikan dalam semua pasukan, teknologi, dan titik sentuhan pelanggan.
Hubungan Media
Katie Pratt
Walker Sands Communications
katie.pratt@walkersands.com
+1 (312) 964-9108