omniture

Jalan Sutera Xinhua: Chery bawa produk baharu ke Sidang Kemuncak Perniagaan Negara-Negara China-Arab Ketiga

Xinhua Silk Road Information Service
2019-09-10 06:02 404

BEIJING, 10 September 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai jenama kereta resepsi rasmi pada majlis itu, Chery Automobile Co., Ltd. membawakan produk baharu termasuk Tiggo 8 yang baharu ke Sidang Kemuncak Perniagaan Negara-Negara China-Arab Ketiga, yang diadakan di Yinchuan, ibu negara Wilayah Autonomi Ningxia Hui di barat laut China, dari 5-6 September.

Tiggo 8 Chery Baharu (kanan) di Sidang Kemuncak Perniagaan Negara-negara China-Arab Ketiga
Tiggo 8 Chery Baharu (kanan) di Sidang Kemuncak Perniagaan Negara-negara China-Arab Ketiga

Chery merupakan salah satu jenama automobil bebas yang terawal di China yang telah berkembang ke peringkat global, dengan tumpuan yang besar kepada pasaran Arab.

Pada tahun 2001, Chery mengeksport kereta pertamanya ke Syria. Pada masa kini, Chery telah memasuki pasaran Arab Saudi, Iraq, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Algeria dan Syria, dan menubuhkan empat pangkalan pembuatan dan tiga usahasama di rantau ini.

Semasa sidang kemuncak itu, Chery turut memperkenalkan pencapaian antarabangsanya kepada dunia, termasuk prestasi pasaran di negara-negara Arab, susunan R&D global dan sistem pengurusan kualiti global, yang memperlihatkan perkembangan antarabangsa jenama automobil Cina ini kepada dunia.

Sidang Kemuncak Perniagaan Negara-Negara China-Arab, yang telah diadakan sejak tahun 2015 merupakan platform kerjasama dan pertukaran ekonomi dan perdagangan yang diwujudkan bersama oleh Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa dan Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Ningxia Hui.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308201.html?from=singlemessage

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190909/2572463-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation