omniture

Far East Hospitality Perluas Jejak Seluruh Asia

Far East Hospitality
2019-09-10 11:00 554

SINGAPURA, 10 September 2019 /PRNewswire/ -- Far East Hospitality, pengendali hotel dan kediaman berservis yang terkemuka di Singapura, hari ini mengumumkan hartanah pertama syarikat di Jepun, nama-nama dua buah hotel di bawah Perjanjian Pengurusan Hotel (HMA) di Vietnam dan kemas kini perniagaan selama lima bulan tentang tiga buah hotel baharu di Sentosa.

Hartanah jenama Village pertama di luar Singapura

Dijadualkan untuk dibuka pada suku kedua tahun 2020, Village Hotel Ariake Tokyo akan menjadi hotel pertama di bawah jenama Village untuk meluaskan kehadirannya di luar Singapura. Dimiliki menerusi usaha sama 50-50 antara Far East Hospitality dan Far East Organization, hotel dengan 306 bilik ini berada di daerah Ariake, terletak di Bandar Raya Koto, bahagian timur Tokyo.

Gambaran Artis bagi Village Hotel Ariake Tokyo – Hartanah jenama Village pertama Far East Hospitality di luar Singapura
Gambaran Artis bagi Village Hotel Ariake Tokyo – Hartanah jenama Village pertama Far East Hospitality di luar Singapura

"Industri hotel Jepun sedang menyaksikan pertumbuhan yang mantap dari segi permintaan, khususnya daripada pasaran peringkat pertengahan di negara-negara jiran. Menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020, kami melihat peluasan serantau ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan pendedahan jenama dalam bandar pintu masuk antarabangsa utama ini," kata En. Arthur Kiong, Ketua Pegawai Eksekutif Far East Hospitality. "Jepun turut dikenali sebagai salah satu destinasi yang paling mesra keluarga di Asia yang begitu selari dengan elemen utama jenama Village."

Terletak berhampiran kawasan tepian air Ariake, Village Hotel Ariake Tokyo menyasarkan komuniti perniagaan tempatan dan pasaran libur. Di kawasan sekitar hotel ini terletaknya mercu tanda bersejarah Tokyo, Toyosu Market, pasaran makanan laut dan makanan borong yang terbesar di dunia.

Tetamu juga boleh mengambil angin di Tokyo Big Sight, salah satu arena pameran dan pusat konvensyen yang unggul di negara tersebut serta meneroka Ariake Arena, salah satu tempat yang menganjurkan Sukan Olimpik Tokyo 2020. Arena tersebut terletak di pepenjuru bertentangan Village Hotel Ariake Tokyo dan akan menjadi tuan rumah acara sukan dan konsert selepas Sukan Olimpik Tokyo. Tokyo Disneyland Resort juga letaknya dalam jarak perjalanan menaiki kereta yang singkat dari hotel tersebut.

Far East Hospitality umum nama-nama hotel-hotel baharu di Vietnam

Gambaran artis bagi Hotel Reve – hotel butik inspirasi Indochina diuruskan oleh hotel to be managed by Far East Hospitality di bawah Perjanjian Pengurusan Hotel bersama Five Elements Development di Vietnam
Gambaran artis bagi Hotel Reve – hotel butik inspirasi Indochina diuruskan oleh hotel to be managed by Far East Hospitality di bawah Perjanjian Pengurusan Hotel bersama Five Elements Development di Vietnam

Far East Hospitality menandatangani Perjanjian Pengurusan Hotel dengan Five Elements Development untuk mengurus dua hotel butik di Ho Chi Minh, Vietnam pada April tahun ini. Di bawah perjanjian tersebut, hotel-hotel ini akan dinamakan sebagai Hotel Reve dan Suzu Hotel.

Hotel Reve, hartanah dengan 56 bilik, mengambil inspirasi daripada jalan raya Le Cong Kieu - jalan raya seni dan antik yang tertua di Vietnam yang mencerminkan era Indochina.

Gambaran artis bagi Suzu Hotel, hotel butik kedua diuruskan oleh Far East Hospitality di bawah Perjanjian Pengurusan Hotel di Vietnam
Gambaran artis bagi Suzu Hotel, hotel butik kedua diuruskan oleh Far East Hospitality di bawah Perjanjian Pengurusan Hotel di Vietnam

Suzu Hotel terletak di Bandar Jepun, Vietnam. Nama hartanah tersebut berasal daripada loceng Suzu Jepun yang dipercayai secara tradisi dapat menarik tuah. Dengan sejumlah 30 bilik, Suzu Hotel akan menyediakan onsen, restoran omakase dan bilik tatami.

Kedua-dua hotel butik tersebut djiangka untuk dibuka pada separuh pertama tahun 2020 dan akan menyasarkan pengembara yang mewah dan gemarkan cabaran daripada pasaran-pasaran sasaran utama di China, Australia dan Amerika Syarikat.

Komitmen tempat sendiri 

Tatkala Far East Hospitality terus meluaskan jejak antarabangsanya, organisasi tempatan ini tidak melupakan asal usulnya. Ia kekal komited terhadap pertumbuhan domestik untuk permintaan pasaran peringkat pertengahan yang semakin berkembang.

Pada April 2019, syarikat melancarkan Village Hotel Sentosa dan The Outpost Hotel Sentosa sebagai sebahagian daripada peluasan tempatan syarikat.

The Village Hotel Sentosa menyasarkan sektor peringkat pertengahan termasuk pengembara daripada pasaran serantau dan antarabangsa serta penduduk Singapura yang tercari-cari percutian hujung minggu bersama keluarga. Hartanah ini juga merupakan lokasi ideal untuk mengadakan mesyuarat perniagaan, acara perangkaian serta tempat bersantai syarikat.

Sebaliknya, The Outpost Hotel Sentosa secara eksklusif memenuhi keperluan golongan dewasa dan menyasarkan pasangan. Reka bentuk hotel ini mendapat inspirasi daripada suit hitam dan putih kolonial, diserlahkan dengan kayu serta campuran semula jadi. Hotel ini akan membuka kolam renang atas bumbung yang eksklusif secara rasmi menjelang suku keempat tahun 2019.

Sejak dilancarkan, penghuni untuk Village Hotel Sentosa dan The Outpost Hotel Sentosa semakin meningkat. Warga Singapura membentuk 20% daripada tempahan bilik manakala 80% adalah daripada pasaran antarabangsa, dengan China dan Australia menyumbang bahagian yang besar. Far East Hospitality menjangkakan tempahan daripada pasaran antarabangsa terus berkembang pesat pada bulan-bulan akan datang.

Hartanah Sentosa terbaharu Far East Hospitality - The Barracks Hotel Sentosa – dibuka penghujung 2019
Hartanah Sentosa terbaharu Far East Hospitality - The Barracks Hotel Sentosa – dibuka penghujung 2019

Hotel ketiga di kawasan Sentosa, The Barracks Hotel Sentosa, dijadualkan untuk dibuka pada akhir tahun 2019. Terletak di kota kara tentera dari tahun 1904, hartanah ini mempunyai sejumlah 40 bilik gaya kolonial dan menawarkan kolam eksklusif serta akses jakuzi untuk tetamu.

Di masa depan, syarikat ini akan melancarkan jenama baharu The Clan Hotel. Dijadualkan untuk dibuka pada suku kedua tahun 2020, hartanah dengan 324 buah bilik itu akan menampung pengembara perniagaan yang mewah dan celik teknologi yang berumur akhir 20-an dan pertengahan 40-an yang tertarik dengan hotel-hotel yang mempunyai kisah-kisah menarik.

Latar Belakang Far East Hospitality

Far East Hospitality Holdings Pte Ltd (Far East Hospitality) ialah pemilik dan pengendali hospitaliti bertaraf antarabangsa dengan portfolio yang pelbagai menerusi 9 jenama hotel, kediaman berservis dan hotel pangsapuri yang unik dan pelengkap, termasuk Oasia, Quincy, Rendezvous, Village, Far East Collection, Adina Hotels, Vibe Hotels, Travelodge Hotels dan TFE Hotels Collection.

Far East Hospitality memiliki lebih 10 aset hospitaliti dan mengendalikan gabungan portfolio melibatkan lebih 15,500 bilik di bawah pengurusan beliau merentas lebih 95 hotel dan kediaman berservis di tujuh negara iaitu Australia, Denmark, Jerman, Hungary, Malaysia, New Zealand dan Singapura, serta lebih banyak dalam rancangan pembangunannya.

Far East Hospitality ialah usaha sama 70-30 yang terbentuk pada tahun 2013 antara between Far East Orchard Limited (syarikat senaraian di bawah Far East Organization) dan The Straits Trading Company Limited. Dalam tahun yang sama, Far East Hospitality, melalui subsidiari milik penuhnya Far East Hospitality Investments (Australia) Pte Ltd, menyelesaikan usaha sama 50-50 dengan Toga Group dari Australia bagi membentuk Toga Far East Hotels (TFE Hotels).

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.StayFarEast.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190905/2570738-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190905/2570738-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190905/2570738-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190905/2570738-1-d?lang=0

Source: Far East Hospitality
Keywords: Travel