omniture

Shanghai Electric Pamer Teknologi Tenaga Pintar Termaju di Kongres Tenaga Dunia ke-24

Shanghai Electric
2019-09-13 13:08 750

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 13 September 2019 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group Co., Ltd ("Shanghai Electric" atau "Kumpulan"), konglomerat penjanaan kuasa dan pengilangan peralatan elektrik multinasional yang terkemuka, membawakan gelombang baharu penyelesaian bersepadu yang pintar, terhubung dan mesra alam serta pencapaian cemerlang teknologi untuk Kongres Tenaga Dunia (WEC) kali ke-24 yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Shanghai Electric Pamer Teknologi Tenaga Pintar Termaju di Kongres Tenaga Dunia ke-24
Shanghai Electric Pamer Teknologi Tenaga Pintar Termaju di Kongres Tenaga Dunia ke-24

Diiktiraf sebagai "Olimpik Tenaga", WEC yang diadakan tiga tahun sekali ini merupakan acara tenaga yang terbesar dan paling berpengaruh di seluruh dunia. Sebagai pengusaha penting dalam industri tenaga China, Shanghai Electric mempamerkan teknologi terkininya untuk penyelesaian tenaga pintar berserta peralatan perlindungan alam sekitar di acara berkenaan.

"Kami berasa gembira kerana sekali lagi dapat mengadakan pameran bersama-sama pemimpin tenaga global di Kongres Tenaga Dunia," kata Zheng Jianhua, Pengerusi Shanghai Electric. "Sebagai perusahaan tenaga pintar Cina yang terkemuka, ini merupakan peluang kami untuk mendemonstrasikan inovasi dan kemajuan negara kami kepada dunia, di samping turut membuka pintu untuk lebih banyak peluang kerjasama antarabanga pada masa depan."

Dibina berdasarkan konsep "mencipta masa depan kita bersama-sama", Shanghai Electric komited untuk menyediakan dunia dengan penyelesaian tenaga pintar yang inovatif. Loji kuasa solar tertumpu Kumpulan berkenaan mempunyai menara simpanan haba yang utama dan teknologi palung bagi menjana kuasa bersih sambil mengurangkan emisi dan produk kuasa nuklearnya menggunakan teknologi Penjanaan II, III dan IV bagi menyediakan rantaian bekalan yang paling komprehensif dan kapasiti peralatan yang paling penting di China. Di samping itu, kejuruteraan penjanaan kuasanya dan sistem penyahgaraman canggih memanfaatkan tenaga solar bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan menyediakan penyelesaian tenaga bersepadu yang mesra alam dan berkesan kos.

Shanghai Electric turut menyediakan platform pintar dan terhubung yang memanfaatkan Internet Pelbagai Benda dan data waktu sebenar untuk penjimatan tenaga yang lebih besar, operasi yang lebih selamat dan pengurusan yang lebih diperkemas. Platform Pengurusan Tenaga Bersepadu membolehkan pengguna tenaga untuk mengukur penggunaan tenaga dan mengoptimumkan kecekapan dan kuasa; manakala Ladang Angin Digital Tiga Dimensinya memanfaatkan turbin angin dan data geografi untuk membantu jurutera dalam seluruh kitaran hayat projek, bermula daripada perancangan kepada pengurusan aset, pemantauan jarak jauh dan pengesanan kerosakan.

Penyertaan Shanghai Electric dalam WEC ke-24 berlaku berikutan usaha berterusan untuk meluaskan jejak luar negara Kumpulan berkenaan. Pada tahun 2018, bilangan tempahan untuk projek kejuruteraan luar pesisir melangkaui tempahan domestik buat pertama kalinya. Kemenangan terkini melibatkan beberapa projek penting di sepanjang negara-negara inisiatif Jalur-dan-Jalan di Eropah, Timur Tengah dan Asia-Pasfik.

Latar Belakang Shanghai Electric Group Co., Ltd. 

Shanghai Electric, disenaraikan di Shanghai dan Hong Kong, ialah sebuah perusahaan pengilangan peralatan bersepadu yang besar, mengkhusus dalam peralatan tenaga, peralatan perindustrian dan perkhidmatan penyepaduan. Sejak disenaraikan, pendapatan jualan Shanghai Electric telah tersenarai sebagai 3 pengeluar peralatan Cina terbaik. Pada tahun 2017, Shanghai Electric dipilih sebagai salah satu daripada 500 Syarikat Pengilangan Global Terbaik, memasuki senarai Fortune China Top 500 pada tahun yang sama. Dengan nilai jenama mencecah 81.276 bilion yuan pada tahun 2019, Kumpulan ini tersenarai antara 100 terbaik bagi 250 Kontraktor Antarabangsa Terbaik ENR pada tahun 2018.

Ikuti akaun WeChat Shanghai Electric: shanghai-electric

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190912/2577040-1?lang=0

Source: Shanghai Electric
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news