omniture

Ninety Plus® Coffee Panama Catat Rekod Harga Baharu pada USD$10,000 Sekilo

Ninety Plus
2019-09-17 02:19 125

PANAMA CITY, 16 September 2019 /PRNewswire/ -- Ladang kopi Panama Ninety Plus menjual prototaip kopi Gesha (Geisha) miliknya di Dubai, untuk harga mencatat rekod dunia bernilai USD$10,000 setiap kilogram, memecah rekod 2017 miliknya yang dicatatkan pada lelongan bernilai USD$5,001.50 setiap kilogram.

Ninety Plus Harvest Manager Benjamin Tugri, of the Ngäbe indigenous tribe of Panama, inspects Gesha coffee cherry ripeness.
Ninety Plus Harvest Manager Benjamin Tugri, of the Ngäbe indigenous tribe of Panama, inspects Gesha coffee cherry ripeness.

Kumpulan percubaan kopi Gesha (Geisha) yang dibangunkan oleh pengasas Ninety Plus Joseph Brodsky menimbulkan kekaguman kepada usahawan Emiriah Ibrahim Al Mallouhi, pengasas The Espresso Lab, yang kemudiannya meyakinkan Brodsky untuk menjual kepada beliau sedikit daripada kopi tersebut yang akan dijual pada harga USD$250 secawan. Kopi prototaip melibatkan penanaman yang amat terkawal dan penggunaan strain yis tempatan semasa penapaian berbilang peringkat.

Kopi Ninety Plus telah memenangi 5 kejohanan Piala Pembru Dunia dan telah memperoleh lebih banyak ulasan 97 mata berbanding mana-mana ladang kopi lain di dunia. Prototaip kopi ini "mengandungi unsur penting kepada produk-produk sebenar pada masa depan dan menonjolkan pencapaian rasa serba baharu" menurut Al Mallouhi.

Joseph Brodsky menubuhkan Ninety Plus pada tahun 2006 dan berpindah ke Etiopia di mana beliau mencipta kaedah pemprosesan baharu bersama pengeluar tempatan. Kopi ini menjadi kopi berharga tertinggi di dunia. Kemudian beliau membawa kaedah-kaedah ini ke persekitaran yang lebih terkawal di Volcan, Chiriqui, sebuah wilayah di Panama, tapak letusan terakhir gunung berapi Baru dan mula mengusahakan warisan varieti Ethiopia Gesha.

Hasil kerja Brodsky telah mencetuskan gelombang perubahan di Panama, yang telahpun dianggap sebagai keadaan persekitaran kopi yang terkemuka di dunia, dengan kopi Boquete berhampiran dijual pada Julai dengan nilai USD$2,263 setiap kilogram dalam lelongan. Bersama-sama Brodsky, pengeluar-pengeluar berpandangan jauh Panama terus mengembangkan amalan mereka bagi mencapai tahap sensori baharu. Salah seorang pemikir berpandangan jauh ini ialah rakan kongsi baharu Brodsky, Guillermo de Saint Malo Eleta dari Panama, Ketua Pegawai Eksekutif dana pelaburan ELETA. ELETA, juga sebuah syarikat pengeluaran kopi, melihat peluang untuk meningkatkan lagi pembangunan mampan kopi-kopi unik Panama: "Perkongsian kami mencerminkan komitmen untuk memupuk kolaborasi antara semua pengeluar kopi Panama bagi mewujudkan keadilan sosial dan kelestarian alam sekitar yang lebih besar dalam rantaian nilai."

Ninety Plus juga telah menginovasi dengan model penghutanan semulanya, mengeluarkan kopi di bawah kanopi penuh, dengan Ngäbes asli (penduduk asli yang tinggal di Panama barat) memperoleh pendapatan yang tinggi dan juga menjadi sebahagian daripada kitaran inovasi. "Ladang ini terasa seperti sebuah taman hidupan liar dengan kopi dan orang ramai digabungkan ke dalam ekosistem," menurut Brodsky.

Sebagaimana yang berlaku dengan pelancongan wain di seluruh dunia, penanam di Panama telah membangunkan Coffee Circuit (Litar Kopi) dengan bantuan kerajaan Panama dan Lembaga Pelancongannya, yang mana ladang-ladang menawarkan lawatan dan pengalaman merasa kopi. Kunjungan berpandu ke ladang Ninety Plus disediakan mengikut tempahan.

Ninety Plus ® Coffee ialah penanam dan pengeluar kopi asal usul tunggal, varieti tunggal di kedua-dua Panama dan Etiopia, dikhususkan untuk mencipta pengalaman rasa luar biasa melalui inovasi proses, dengan prinsip-prinsip panduan melibatkan rasa, kemanusiaan dan ekologi. Untuk maklumat lanjut kunjungi: https://www.ninetypluscoffee.com 

Ninety Plus founder Joseph Brodsky, foreground, The Espresso Lab founder Ibrahim Al Mallouhi, middle, and Ninety Plus partner Guillermo de Saint Malo Eleta, far right, present prototype Panama coffee that sold for USD$10,000 per kilogram in Dubai.
Ninety Plus founder Joseph Brodsky, foreground, The Espresso Lab founder Ibrahim Al Mallouhi, middle, and Ninety Plus partner Guillermo de Saint Malo Eleta, far right, present prototype Panama coffee that sold for USD$10,000 per kilogram in Dubai.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/995832/Ninety_Plus_Benjamin_Tugri.jpg 
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/995833/Ninety_Plus_founder.jpg

 

Source: Ninety Plus
Keywords: Beverages Non-Alcoholic Beverages Retail