omniture

Sphera Lengkapkan Pemerolehan thinkstep, Syarikat Perisian Kemampanan & Pengawasan Produk Terkemuka

Sphera
2019-09-17 02:25 115

CHICAGO, 17 September 2019 /PRNewswire/ -- Sphera, penyedia bertaraf global perisian Pengurusan Risiko Bersepadu dan perkhidmatan maklumat yang menumpu pada Kesihatan & Keselamatan Alam Sekitar, Risiko Operasi dan Pengawasan Produk, telah memperoleh thinkstep, syarikat perisian dan perkhidmatan maklumat yang berpangkalan di Stuttgart, Jerman yang mengkhusus dalam Kemampanan Korporat dan Pengawasan Produk.  Urus niaga ini, yang diumumkan pada Julai, telah diselesaikan selepas pihak berkuasa pengawalseliaan Jerman meluluskan pemerolehan ini.

"Perisian berasaskan awan dan di premis, data dan kepakaran dalam pasaran Kemampanan Korporat dan Pengawasan Produk milik thinkstep menyokong misi kami untuk mewujudkan dunia yang lebih selamat, lebih mampan dan produktif," kata Paul Marushka, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sphera. "Pemerolehan Sphera ke atas thinkstep memajukan strategi Pengurusan Risiko Bersepadu 4.0 kami dengan platform SpheraCloud kami dan pada masa yang sama mengembangkan pangkalan pelanggan antarabangsa dan kepakaran kami. Kami ini mengalu-alukan pelanggan dan rakan kerja thinkstep ke Sphera."

thinkstep menawarkan tiga jenis penyelesaian perisian: GaBi untuk kemampanan produk, yang merupakan penawaran seluruh dunia bagi alat dan kandungan analisis kitar hayat paling menyeluruh sektor ini; SoFI untuk kemampanan korporat; dan IMM/CPM, BOMcheck dan EC4P, yang merupakan suit penyelesaian pematuhan produk yang menawarkan keupayaan hujung-ke-hujung untuk rantaian bekalan, reka bentuk produk, pengeluaran dan tempoh akhir hayat.

"Kami sangat gembira dapat menyertai keluarga Sphera," kata Jan Poulsen, Ketua Pegawai Eksekutif thinkstep. "Menambah penyelesaian dan pangkalan data pengawalseliaan ekstensif dan kepakaran kami ke Sphera merupakan padanan yang sesuai, dan kami tidak sabar untuk mula bekerjasama."

Terma urus niaga tidak didedahkan.

Latar Belakang Sphera
Sphera ialah penyedia global terbesar bagi perisian Pengurusan Risiko Bersepadu dan perkhidmatan maklumat dengan memberi tumpuan pada Kesihatan & Keselamatan Alam Sekitar (EHS), Risiko Operasi dan Pengawasan Produk. Selama lebih 30 tahun, Sphera telah memajukan Kecemerlangan Operasi dengan menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 3,000 pelanggan dan lebih 1 juta pengguna individu merentas lebih 70 negara untuk mewujudkan dunia yang lebih selamat, lebih mampan dan produktif.

Latar Belakang thinkstep
thinkstep, yang berpangkalan di Stuttgart, Jerman, membolehkan organisasi-organisasi seluruh dunia untuk berjaya dengan mampan. Penyelesaian perisian, pangkalan data dan khidmat runding thinkstep membantu perniagaan mendorong kecemerlangan operasi, mengeksploitasi potensi inovasi produk, meningkatkan nilai jenama dan mematuhi isu-isu pengawalseliaan. Sebanyak 20 pejabat syarikat ini di seluruh dunia menawarkan perkhidmatan kepada lebih 8,000 pelanggan.

Hubungi:
Ellen Bremseth
ebremseth@sphera.co,

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/588281/Sphera_Logo.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/804346/thinkstep_Logo.jpg

Source: Sphera
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Acquisitions, mergers, takeovers