omniture

Pameran Perdagangan Alat Muzik Yang Wajib Dihadiri untuk Peroleh Maklumat Industri

Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
2019-09-17 10:00 514

SHANGHAI, 17 September 2019 /PRNewswire/ -- Music China 2019, salah satu pameran perdagangan alat muzik yang paling berpengaruh di dunia, dianjurkan bersama CMIA, Shanghai INTEX dan Messe Frankfurt, akan diadakan pada 10-13 Oktober 2019 di Shanghai, China.

Music China, memasuki tahun ke-18nya, dikatakan sebagai ekspo alat muzik yang terbesar di Asia. Ia menyumbang kepada kemajuan industri muzik seluruh dunia, memandangkan ia telah mewujudkan platform pertukaran yang cekap untuk syarikat-syarikat muzik tempatan dan antarabangsa. Tahun ini, Music China menghimpunkan lebih 2,300 pempamer dari lebih 30 negara dan wilayah, yang bersedia untuk mempersembahkan produk muzik mereka yang paling terkenal di ruang pameran besar berkeluasan 145,000 mdi Pusat Ekspo Antarabangsa Shanghai.

Alat-alat muzik tradisional Barat dan Cina, serta alat muzik elektronik moden, akan dipamerkan. Pempamer-pempamer bukan sahaja melibatkan jenama-jenama global seperti Marshall, Orange, Roland, Gibson, Fender, Bluethner, Buffet, Schimmel, Steinway, Fazioli, Yamaha, GEWA, Laney, and Ludwig, tetapi juga jenama-jenama tempatan yang terkenal seperti Pearl River, Hsinghai, Jinyin, Fengling dan Shanghai No.1 National Musical Instruments Factory.

Turut mengiringi pameran tersebut ialah pelbagai acara yang meliputi semua aspek dalam industri muzik termasuk forum perindustrian, program latihan peniaga, kursus pendidikan muzik, pertandingan muzik dan persembahan secara langsung, bertujuan untuk memastikan pengunjung sentiasa dimaklumkan dengan perkembangan terkini dalam industri muzik global.

Program Sokongan Perniagaan

Bagi menerajui pembangunan perindustrian, Music China telah mewujudkan program-program untuk pengamal. Pelancaran Global Produk Baharu, sebagai salah satu acara yang ditonjolkan, akan menarik minat pengunjung dengan produk yang baru dilancarkan dan teknologi canggih melalui jerayawara dan temubual. Forum Industri CMIA NAMM akan mendemonstrasikan trend terkini dalam industri muzik, manakala Sesi How-To, diwujudkan untuk peniaga muzik, akan meliputi pelbagai topik termasuk peruncitan, penentuan harga, penjenamaan dan pengurusan.

Acara Muzik dan Kebudayaan

Music China turut melibatkan pelbagai acara untuk amatur muzik. Music Lab, satu ruang kreatif untuk produk penghasilan muzik, akan menghimpunkan pemuzik-pemuzik elektronik yang terkenal untuk mengadakan persembahan dan berkongsi pengalaman mereka. Art Salon dan Forum Muzik Cina Tradisional mengundang artis-artis dan pemuzik-pemuzik ternama untuk menyebarkan nilai estetika muzik. Pertandingan Jazz Master dan Pertandingan EDM Asal dijangka untuk menghidupkan kembali demam muzik dalam kalangan generasi muda pembikin muzik dan lebih 600 persembahan secara langsung akan membangkitkan karnival muzik ini ke kemuncaknya.

Kunjungi laman sesawang Music China: www.musicchina-expo.com. Daftar sekarang untuk pertunjukan muzik yang hebat ini!

Hubungi:
Cik Arlene Zhu 
+86-21-6295-5609
zhuliwen@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Music Trade show news