omniture

Société Générale Pilih Penyelesaian ACP Axefinance untuk Pendigitan Peminjaman Runcit Pelbagai Entiti

axefinance
2019-09-17 11:00 79

AMSTERDAM, 17 September 2019 /PRNewswire/ --  Société Générale memutuskan untuk memulakan transformasi peminjaman runcit merentas pelbagai ahli gabungan Afrika melalui entitinya SG ABS. Projek ini merupakan tonggak utama strategi pertumbuhan antarabangsa SG, dengan matlamat untuk mengharmonikan, memperkukuh dan menambah baik proses kredit mereka yang sedia ada.

SG_ABS_signature
SG_ABS_signature

Selepas proses pemilihan teliti, Société Générale memilih axefinance sebahagiannya kerana kemampuannya untuk menyediakan penyelesaian Pendigitan Peminjaman hujung ke hujung pelbagai entiti dengan pendekatan implementasi inovatif.

Banyak faktor menjurus kepada pemilihan axefinance: fleksibiliti dan kebolehskalaan ACP, liputan kefungsian mengagumkan, kepakaran terbukti, perkongsian kukuh dengan SG Group, dan rekod kejayaan di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Karim Rekik, rakan kongsi Eksekutif di axefinance menyatakan:

"Menjadi satu kebanggaan apabila Société Générale terus memberi kepercayaan kepada kami selepas kejayaan implementasi ACP (seperti SG Bulgary, SG Moldavia, SG New Caledonia, SG Senegal dll.) Kami menyasarkan usaha luar biasa bagi mengukuhkan kerjasama kami dengan SG dan anak syarikat antarabangsanya bagi memastikan peranan kami sebagai penyedia transformasi digital peminjaman mereka."

Youness NFISSI, Pengurus Runcit Société Générale ABS mengesahkan:

"Société Générale Group sedang mengalami pertumbuhan perniagaan yang sangat pesat dan mencapai kejayaan di kira-kira 20 buah negara Afrika. Bagi menyokong pembangunannya dan bergerak seiring dengan potensi pertumbuhan di benua ini sepenuhnya, kami mencari peralatan pemberian kredit termaju, menyelaraskan penubuhan pelbagai bank dan membenarkan pemprosesan digital yang pantas dan boleh dipercayai. Kami sangat yakin teknologi axefinance akan memberi sumbangan signifikan bagi menjadikan pengalaman klien kami lebih unik."

Latar belakang axefinance: 

Ditubuhkan pada 2004, axefinance merupakan sebuah penyedia perisian global yang berfokus kepada automasi peminjaman untuk institusi kewangan bagi memperoleh kelebihan dalam produktiviti dan perkhidmatan pelanggan untuk pelbagai segmen klien yang menyeluruh: runcit, PKS, korporat, dll. ACP ialah penyelesaian axefinance yang tersedia sebagai perisian dihoskan setempat atau Saas dan diberi kepercayaan baik oleh bank terkemuka.

Latar belakang SG

Société Générale merupakan salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan Eropah terkemuka. Berdasarkan model perbankan yang dipelbagaikan dan disatukan, Kumpulan ini menggabungkan kekuatan kewangan dan kepakaran terbukti dalam inovasi dengan strategi pembangunan lestari, dengan matlamat menjadi rakan kongsi dipercayai bagi kliennya, serta komited dengan transformasi positif dunia. Société Générale ABS merupakan sebahagian daripada Bahagian Korporat & Perbankan Pelaburan SG Group, SG ABS memberikan Perkhidmatan IT Inovatif kepada anak syarikat SG African.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/974248/SG_ABS_signature.jpg

Hubungi:
Imen Jgham
Ketua Pegawai Pemasaran
imen.jgham@axefinance.com 

 



Source: axefinance
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Contracts New products/services Small Business Services Financial Technology