omniture

Pope Anjur Mesyuarat Bersejarah dengan Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia

The Higher Committee for Human Fraternity
2019-09-18 02:41 150

Jawatankuasa tetapkan struktur organisasi dan wujudkan mandat bebas

DUBAI, UAE, 17 September 2019 /PRNewswire/ -- Mesyuarat pertama Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia baru-baru ini dianjurkan oleh Yang Mulia Pope Francis di Vatican, ibu pejabat Roman Catholic Church. Perhimpunan sulung Jawatankuasa berkenaan mengumpulkan semua ahli daripada badan bebas yang ditubuhkan itu bersama-sama, dirangsang oleh visi perpaduan bersama dan hidup bersama secara aman.

'Pope Hosts Historic Meeting with Higher Committee of Human Fraternity
'Pope Hosts Historic Meeting with Higher Committee of Human Fraternity

Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia, yang mula diumumkan pada bulan Ogos, terdiri daripada pemimpin agama, pendidikan dan budaya dari seluruh dunia yang diinspirasikan oleh Dokumen Persaudaraan Manusia untuk Keamanan Dunia dan Hidup Bersama, ditandatangani oleh Yang Mulia Pope Francis dan Imam Besar al-Azhar, Yang Berhormat Sheikh Ahmed el-Tayeb, di Abu Dhabi, ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) semasa kunjungan Pope pada bulan Februari tahun ini.

Mesyuarat ini, yang diadakan di Casa Santa Marta di Vatican City, memberi tumpuan untuk menubuhkan struktur organisasi dan mandat badan baharu, selain mengesahkan kebebasannya sebagai jawatankuasa penasihat yang diperkasa untuk memajukan matlamat hidup bersama secara aman yang digariskan dalam Dokumen Persaudaraan Manusia.

Pope menyambut ahli-ahli dan ketua-ketua sekretariat Jawatankuasa dan memberikan ahli-ahli salinan Dokumen Persaudaraan Manusia. Beliau kemudiannya melahirkan kata-kata syukur dan memuji kumpulan ini sebagai "artisan persaudaraan", menggalakkan mereka untuk menjadi pencetus dasar baharu "bukan sahaja dengan tangan yang dihulurkan tetapi juga dengan hati yang terbuka." Setelah diterima oleh Pengganti Sekretariat Negara, T.Y.T. Mons. Edgar Peña Parra, pihak Jawatankuasa kembali ke Casa Santa Marta untuk memulakan kerja-kerjanya.

Semasa sesi berkenaan, ahli-ahli melantik Presiden Jawatankuasa, T.Y.T. Mons. Miguel Angel Ayuso Guixot, MCCJ dan Setiausaha, Mohamed Mahmoud Abdel Salam, serta ahli-ahli Pejabat Eksekutif, Mons. Yoannis Lahzi Gaid, Yasser Hareb dan Sultan Alremeithi. Mereka turut mengusahakan teks Statut yang akan mengawal selia aktiviti Jawatankuasa.

Pihak Jawatankuasa melahirkan rasa syukur kepada Pope Francis atas ucapan alu-aluan beliau dan mengucapkan terima kasih kepada Imam Besar al-Azhar, Yang Berhormat Sheikh Ahmed el-Tayeb atas kata-kata menggalakkan daripada beliau. Rasa syukur turut dilahirkan kepada Yang Amat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi, atas sokongan yang ditawarkan oleh beliau kepada inisiatif tersebut.

Akhir sekali, pihak Jawatankuasa menetapkan mesyuarat seterusnya pada 20 September 2019 di New York, apabila mereka akan berhimpun sekali lagi untuk mengadakan sambutan utama inisiatif untuk Persaudaraan Manusia.

Untuk maklumat lanjut tentang Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia, sila kunjungi www.forhumanfraternity.org 

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/996005/Higher_Committee.jpg

Hubungi: Dana Hussein, press@forhumanfraternity.org, +971-50-853-1916

Source: The Higher Committee for Human Fraternity
Keywords: Publishing/Information Service New products/services Not for profit Religion