omniture

Marcel Stalder Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Chain IQ Group

Chain IQ Group AG
2019-09-18 03:15 127

ZURICH, 17 September 2019 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah Chain IQ Group telah melantik Marcel Stalder sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu berkuat kuasa pada 1 November 2019, sebagai sebahagian daripada perancangan strategik jangka panjangnya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan semasa Urs Dogwiler akan berundur pada 31 Oktober 2019.

Marcel Stalder | Designated Group CEO Chain IQ Group
Marcel Stalder | Designated Group CEO Chain IQ Group

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu merupakan hasil daripada perancangan strategik jangka panjang pihak Lembaga. Sebagai sebahagian daripada penilaian tetap tahunan pada awal tahun 2019, Lembaga dan Urs Dogwiler bersetuju bahawa dengan pencapaian objektif-objektif penyusunan semula strategik dan operasi, masa yang tepat kini tiba untuk memulakan fasa seterusnya bersama Chain IQ. Syarikat ingin mengucapkan terima kasih kepada Urs Dogwiler atas hasil kerja beliau yang cemerlang dan formatif. Perkembangan kepimpinan menekankan cita-cita Chain IQ untuk memacu pertumbuhan dan mengembangkan kehadiran pasarannya dengan ketara.

Urs Dogwiler akan bersara daripada jawatan beliau pada 31 Oktober 2019 manakala Marcel Stalder akan mengambil alih dengan lancar pada 1 November 2019. Urs Dogwiler terus meningkatkan pusing ganti perkhidmatan yang menguntungkan, membuat perubahan strategik struktur organisasi global dan berjaya mempelbagaikan perkhidmatan perolehan Chain IQ. Chain IQ menonjolkan syarikatnya hari ini sebagai sebuah syarikat perolehan dan perkhidmatan yang terkemuka di dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 50 pelanggan utama antarabangsa yang terkenal dalam pelbagai industri di lebih 20 negara.

Claudio Cisullo, Pengasas & Pengerusi Eksekutif Chain IQ Group, berkata: "Urs Dogwiler telah mengubah secara mampan Chain IQ sejak empat tahun lalu dan membuat sumbangan penting. Hari ini, Chain IQ Group berkedudukan amat baik secara strategik dan operasi, khususnya dalam bidang pendigitalan. Beliau berjaya melaksanakan program perubahan komprehensif dan menjadikan Chain IQ sebagai penyedia perkhidmatan perolehan yang bertumpu pelanggan, pelbagai dan cekap kos. Saya mengucapkan terima kasih kepada Urs Dogwiler atas usaha dan komitmen luar biasa beliau dan saya mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depan beliau – saya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan beliau."

Marcel Stalder menyertai Chain IQ Group daripada EY, yang mana sebelum ini beliau berperanan sebagai Pemimpin Pasaran Jerman, Switzerland, Austria. Beliau terus berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Pengurusan Negara dan ahli lembaga kedua-dua Lembaga Eksekutif dan Lembaga Pengarah EY Switzerland. Marcel Stalder ialah personaliti yang amat bermotivasi, berkarisma dan berorientasi matlamat dengan pendekatan berstruktur yang amat analitikal dan ketegasan yang mantap. Selepas 23 tahun di EY, beliau kini menyertai syarikat dipacu keusahawanan yang bercita-cita tinggi, selari dengan aspriasi kerjaya peribadi beliau. Mempunyai kepakaran selama bertahun-tahun dalam pembangunan strategik dan promosi pertumbuhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu ini akan – membina strategi yang dimulakan – mempercepatkan liputan dan pertumbuhan pasaran global selain terus memacu inovasi yang dikuasakan oleh teknologi dan pendigitalan.  

Claudio Cisullo berkata: "Kami berbesar hati kerana, dengan Marcel Stalder, kami berupaya melantik pakar yang amat profesional dan terkemuka dalam perundingan dan pembangunan strategi dengan kepimpinan yang mengagumkan dan kepakaran strategik global yang luas. Dengan pengalaman, perangkaian dan keupayaan luas beliau, beliau merupakan padanan sempurna untuk syarikat kami dan amat bersedia untuk merebut peluang masa depan dengan aktif, memacu pertumbuhan mampan yang kukuh dan membawa Chain IQ ke peringkat seterusnya."

Chain IQ Group | Komunikasi Korporat

- Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) -

Siaran media ini turut disediakan di chainiq.com/media-releases

Chain IQ ialah sebuah syarikat perkhidmatan bebas bertaraf global yang menyediakan perolehan strategik, taktikal dan operasi kepada pelanggannya. Chain IQ beroperasi dari pusat-pusat utamanya iaitu Zurich (ibu pejabat), New York, London, Singapura, Mumbai serta Bucharest dan kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 20 negara (termasuk China, Hong Kong, Jepun dan Australia).

Maklumat/Hubungi:
Elisabeth Ehrsam
Ketua Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Awam
Pejabat Pengerusi
Chain IQ Group
+41-44-200-58-35
media@chainiq.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/996054/Marcel_Stalder.jpg

Source: Chain IQ Group AG
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Publishing/Information Service Personnel announcements