omniture

Comviva Diiktiraf Antara 25 Teratas Tempat Kerja Terbaik India untuk Wanita 2019

Comviva
2019-09-18 11:24 83

NEW DELHI, 18 September 2019 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju global bagi penyelesaian mudah alih hari ini mengumumkan bahawa setelah diperakui baru-baru ini sebagai organisasi 'Tempat Hebat untuk Bekerja'; kini ia diiktiraf sebagai antara 25 teratas bagi 'Tempat Kerja Terbaik India untuk Wanita 2019' oleh Great Place to Work® Institute.

Pengiktirafan Great Place to Work® ialah 'Standard Emas' dan merupakan antara pengiktirafan jenama majikan yang paling berprestij dan boleh dipercayai di dunia. Comviva memperoleh pengiktirafan ini atas kecemerlangan dalam lima dimensi untuk membina kepercayaan tinggi dan budaya prestasi - Keadilan, Kredibiliti, Hormat, Kebanggaan dan Keakraban.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Manoranjan (Mao) Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Comviva, berkata, "Kami terharu atas pengiktirafan ini. Sebagaimana kami memupuk budaya dipacu teknologi dan inovasi, membina tempat kerja yang adil dan penuh hormat yang berkembang maju dengan kepelbagaian juga merupakan satu falsafah yang tertanam kukuh. Kami sentiasa berusaha ke arah mewujudkan dasar dan program unik dan terkemuka dalam industri yang dapat mengukuhkan tumpuan kami terhadap inovasi dan kepimpinan teknologi. Peranan wanita adalah kritikal untuk perjalanan ini."

Sepanjang dua dekad, Comviva telah membina budaya bersemangat yang sentiasa berkembang bagi memenuhi aspirasi profesional dan peribadi yang berubah-ubah di tempat kerjanya, khususnya Generasi Z (Gen Z) yang membentuk sebahagian besar daripada tenaga kerja masa depan. Syarikat menyediakan pelbagai amalan Penyepaduan Kehidupan-Kerja untuk warga kerja Comviva, terutamanya wanita. Bekerja dari rumah, pejabat satelit berhampiran rumah dilancarkan bulan ini, pelbagai pilihan kerja yang fleksibel, caj pengasuh untuk ibu baharu, perkhidmatan pekerja rencam, pusat jagaan bayi di pusat pembangunan utama serta kaunseling dan bimbingan tanpa nama oleh pakar-pakar yang diperakui merupakan sebahagian daripada beberapa program yang menjadikannya tempat kerja yang menarik dan selesa. Bagi membantu memastikan kakitangan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dengan kemahiran canggih, setiap orang ditawarkan dengan peluang latihan digital dan kelas yang banyak bagi memajukan diri mereka; selain membenarkan mereka untuk memohon peluang dalaman bersilih ganti secara tertutup, termasuk pelbagai syarikat baharu dalaman yang diinkubasikan oleh Comviva secara tetap. Walaupun inisiatif ini berhasil untuk semua, organisasi ini melakukan usaha tertentu bagi memastikan program-program ini benar-benar dapat membantu kakitangan wanita untuk berkembang maju dan berjaya.

Mengulas tentang anugerah berprestij ini, Sandyp Bhattacharya, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Comviva berkata, "Ini detik yang mengagumkan buat warga kerja Comviva! Ia terhasil daripada usaha selama bertahun-tahun melakukan perkara yang betul untuk menyokong falsafah kami melibatkan kesaksamaan, informal dan pendekatan 'kami menyokong anda apabila anda memerlukan kami'. Kami sentiasa menggaji dan menuntut yang terbaik. Namun demikian, melalui program-program kakitangan kami, kami juga telah mencuba bersungguh-sungguh untuk memberikan semua orang, khususnya wanita, rasa hormat dan kebebasan untuk membangun dan menunjukkan pencapaian dalam persekitaran fleksibel yang selesa bagi menjadikan perkara ini boleh dilaksanakan. Ideanya adalah dengan memberi ruang untuk memberi tumpuan pada 'diri', 'keluarga' dan 'kerja'; dan membiarkan yang 'tidak perlu' kepada kami untuk diperbetulkan. Ini merupakan batu loncatan yang menundukkan hati demi perniagaan yang lebih besar dan kegemilangan kakitangan yang bakal tercapai."

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Comviva
Hubungi: +91-124-481-9000
Emel: pr@comviva.com

Logo- https://mma.prnewswire.com/media/995982/Comviva_Logo.jpg

 

Source: Comviva
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Feature News Releases Survey, Polls & Research Women-related news Data Analytics