omniture

Ketidakstabilan Dagangan AS-China Dorong Peningkatan Permohonan Program Mastautin Thailand

Henley & Partners
2019-09-18 22:15 70

LONDON, 18 September 2019 /PRNewswire/ -- Data terkini menunjukkan bahawa Thailand bakal menjadi benefisiari yang tidak disengajakan bagi hubungan dagangan yang bergolak pada masa kini antara dua ekonomi yang paling berkuasa di dunia. Tatkala Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan rakan sejawat Cina beliau Xi Jinping menunjukkan keinginan berterusan untuk melaksanakan tarif perdagangan dua hala, konsensusnya ialah ketegangan perdagangan AS–China yang semakin memuncak menjejaskan seluruh pelosok dunia sama seperti ia mengancam untuk menjejaskan kestabilan hubungan Sino–Amerika.

Walau bagaimanapun, bagi Thailand, terdapatnya sinar harapan dalam kekecohan geopolitik ini, dalam bentuk peningkatan pelaburan masuk daripada individu-individu yang mendaftar untuk program pemastautinan melalui pelaburannya yang popular dan penempatan semula syarikat-syarikat antarabangsa yang berminat untuk mengambil peluang daripada persekitaran mesra perniagaan dan stabil yang ditawarkan oleh negara berkenaan.

Dominic Volek, Ketua Asia Tenggara di firma migrasi pelaburan Henley & Partners, berkata terdapatnya peningkatan 50% dalam permohonan untuk Program Pemastautinan Elit Thailand daripada penduduk Asia dalam dua bulan lalu (Julai dan Ogos) apabila dibandingkan dengan separuh pertama tahun 2019. Khususnya, program berkenaan telah menyaksikan peningkatan tiga kali ganda dari segi permohonan daripada penduduk Hong Kong pada bulan Ogos, dibandingkan dengan keseluruhan tempoh antara Januari-Julai 2019 apabila digabungkan.

"Melihatkan minat oleh warganegara Cina terhadap hartanah mewah, tarikan tambahan Thailand terdapat dalam pasaran hartanahnya. Dengan sekatan yang lebih ketat terhadap aliran keluar modal dan peralihan kepada hartanah titik harga lebih rendah, banyak yang dapat ditawarkan oleh Thailand. Harga kondominium di sana berharga antara USD 40,000 hingga USD 150,000 untuk pangsapuri tahap sederhana hingga mewah – yang amat mampu milik apabila dibandingkan dengan pembelian hartanah di Australia, UK atau AS," tambah Volek.

Program Pemastautinan Elit Thailand menyediakan visa berbilang kemasukan kepada pemohon yang layak, lalu membolehkan mereka untuk mengunjungi dan menetap di Thailand untuk tempoh antara lima dan dua puluh tahun, dengan kos sekaligus antara THB 500,000 (kira-kira USD 16,000) dan THB 2.14 juta (kira-kira USD 68,000). 

Ketika ketegangan perdagangan antara China dan AS memuncak, Thailand kelihatan berkedudukan optimum untuk meraih ganjaran daripada usaha besarnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi menjadi hab perniagaan dan pelabur ketiga terbesar di rantau tersebut, selepas Hong Kong dan Singapura.

Hubungan media
Paddy Blewer
Pengarah Perhubungan Awam Kumpulan
paddy.blewer@henleyglobal.com 
Telefon bimbit: +44-774-190-9957

 

Source: Henley & Partners
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Residential Real Estate Survey, Polls & Research