omniture

Highclere Castle - lokasi Downton Abbey - kini tersedia untuk ditempah di Airbnb

Airbnb
2019-09-18 23:11 124

- Bagi meraikan acara filem akan datang Downton Abbey, Highclere Castle akan membuka pintunya kepada dua orang tetamu untuk penginapan terulung yang disediakan hanya melalui Airbnb

- Dua orang peminat akan berpeluang untuk menginap semalaman di salah sebuah bilik tidur besar pada 26 November

- Tetamu akan mendapat akses eksklusif ke istana dan perkarangannya termasuk makan malam tradisional mewah di State Dining Room (Bilik Makan Negara) ikonik Highclere Castle

LONDON, 18 September 2019 /PRNewswire/ -- Highclere Castle - lokasi Downton Abbey - kini disediakan untuk penginapan sekali seumur hidup hanya tersedia di Airbnb. Hanya untuk satu malam sahaja, Highclere Castle akan membuka pintunya kepada dua orang tetamu, memberi peluang kepada peminat tegar untuk menghayati dan menikmati lokasi ikonik Downton Abbey sepenuhnya dan mengetahui tentang kehidupan yang dilalui oleh keluarga Crawleys.

Tetamu akan dilayan seperti kerabat diraja semasa penginapan mereka, dengan Earl dan Countess of Carnarvon mengundang tetamu untuk menyertai mereka untuk malam koktel yang eksklusif di Saloon, diikuti dengan makan malam tradisional di Bilik Makan Negara (State Dining Room), dilayani oleh butler Highclere Castle itu sendiri. Selepas makan malam, kopi akan dihidangkan di Perpustakaan sebelum tetamu mengundur diri ke salah sebuah bilik tidur utama dengan bilik mandi en-suite dan pemandangan lebih 1,000 ekar taman yang beralun.

Sebelum pulang pada hari berikutnya, tetamu akan menikmati hidangan sarapan yang enak sebelum mengikuti lawatan peribadi ke perkarangan luas Highclere Castle. Istana tersebut berkeluasan 100,000 kaki persegi dan mempunyai sejumlah 300 buah bilik. Sepanjang hartanah berkenaan, bilik-bilik dihiasi dan dilengkapi perabot dengan sempurna, dengan setiap butiran memberi gambaran unik kepada sejarah Highclere Castle. Peminat-peminat akan berpeluang untuk meninjau bilik-bilik ikonik seperti Bilik Melukis, atau bersantai di salah sebuah bilik tidur Galeri, mengikut jejak langkah raja dan permaisuri.

Bagi meraikan acara filem Downton Abbey, tempahan untuk penyenaraian akan dibuka pada 1 Oktober 2019 pada jam 12PM BST.

Lady Carnarvon, Tuan Rumah di Airbnb mengulas: "Ini sememangnya satu keistimewaan dan kepuasan kerana dapat menggelar Highclere Castle sebagai rumah saya dan saya berbesar hati kerana berpeluang untuk berkongsi di Airbnb untuk penginapan yang benar-benar unik. Highclere Castle telah bersama keluarga Carnarvon sejak tahun 1679 dan mempunyai kekayaan sejarah yang luar biasa. Saya amat berminat dengan kisah dan warisan Highclere Castle dan saya tidak sabar-sabar untuk menyambut tetamu-tetamu kami yang akan datang."

Hadi Moussa, Pengurus Besar untuk Airbnb Eropah Utara mengulas: "Kami teruja kerana dapat menawarkan peminat dengan pengalaman unggul Downton Abbey melalui penginapan sekali seumur hidup ini di Highclere Castle. Di Airbnb, kami bersungguh-sungguh untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang unik dan tidak dapat dilupakan kepada komuniti kami dan kami yakin bahawa tetamu-tetamu akan memperoleh pengalaman ajaib semasa menginap di lokasi ikonik Downton Abbey."

Peraturan rumah:

  • Haiwan peliharaan tidak dibenarkan, tetapi 9 anjing yang jinak ada di sini!
  • Dilarang merokok
  • Semua akhbar mesti diseterika
  • Hanya satu butler untuk setiap orang
  • Pakaian koktel ialah de rigueur untuk makan malam
  • Gosip dihadkan di bahagian tingkat bawah sahaja
  • Penyenaraian dibuat pada pertengahan minggu, kerana lagipun – 'Apa itu hujung minggu?'

Butiran tempahan:
Untuk melihat Highclere Castle - lokasi Downton Abbey - di Airbnb, kunjungi airbnb.com/downtonabbey

Highclere Castle hanya disediakan untuk penginapan satu malam kepada maksima dua orang tetamu pada 26 November 2019 yang berharga £150 inklusif. Peluang tempahan akan dibuka pada 1 Oktober 2019 pada jam 12PM BST.

Bagi meraikan tawaran istimewa ini, Airbnb akan menderma kepada The International Federation of Red Cross dan Red Crescent Societies.

Latar Belakang Airbnb
Ditubuhkan pada tahun 2008, Airbnb wujud untuk mencipta dunia yang membolehkan sesiapa sahaja berada di mana-mana, menyediakan perjalanan yang baik, bersifat setempat, asli, pelbagai, inklusif dan mampan. Airbnb memanfaatkan teknologi dengan unik untuk memperkasa berjuta-juta orang di seluruh dunia dari segi ekonomi untuk membuka dan meraih keuntungan daripada ruang, minat serta bakat mereka untuk menjadi usahawan hospitaliti. Pasaran penginapan Airbnb memberi akses kepada lebih 6 juta tempat unik untuk menginap hampir di 100,000 bandar dan 191 negara. Dengan Experiences, Airbnb menawarkan akses yang belum pernah disediakan sebelum ini kepada masyarakat dan kepentingan tempatan melalui lebih 40,000 aktiviti buatan sendiri yang unik, dikendalikan oleh tuan rumah merentas lebih 1,000 pasaran di serata dunia. Platform individu-kepada-individu daripada Airbnb memberi faedah kepada semua pemegang kepentingannya, termasuk tuan rumah, tetamu, kakitangan dan komuniti di tempat ia beroperasi.


 


 


 


 


Video - https://mma.prnewswire.com/media/996153/Airbnb_x_Highclere_Castle.mp4
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/996089/Airbnb_Highclere_Castle_05.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/996090/Airbnb_Highclere_Castle_09.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/996091/Airbnb_Castle_by_night.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/996092/Airbnb_Dining_Room.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/996095/Airbnb_Lady_Carnarvon_by_Mikael_Buck.jpg

Source: Airbnb
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Hotels and Resorts Television Travel Broadcast feed announcements New products/services Future Events