omniture

Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia Libatkan Rabai M. Bruce Lustig sebagai Ahli

The Higher Committee for Human Fraternity
2019-09-19 01:19 100

ABU DHABI, UAE, 18 September 2019 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia mengumumkan kemasukan Rabai M. Bruce Lustig, Rabai Kanan di Washington Hebrew Congregation, kepada keanggotaan Jawatankuasa berkenaan, menjadikan jumlah keanggotaan kepada lapan ahli yang terlibat dengan pencapaian objektif-objektif yang ditetapkan dalam Dokumen Persaudaraan Manusia.

Rabai M. Bruce Lustig melahirkan rasa syukur beliau yang mendalam kepada Yang Mulia Pope Francis, Pope bagi Gereja Katolik dan Dr. Ahmed At-Tayeb, Imam Besar Al-Azhar atas sokongan dan galakan mereka atas kerja-kerja yang dilakukan oleh Jawatankuasa serta usaha-usaha ikhlas mereka bagi mencapai misi suci Dokumen Persaudaraan Manusia. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pihak Jawatankuasa atas pencalonan beliau sebagai wakil agama Yahudi, menyatakan penerimaan beliau terhadap peranan tersebut dan rasa sukacita beliau dalam menyaksikan penandatanganan deklarasi bersejarah tersebut.

"Harapan saya adalah agar acara ini akan menjadi titik perubahan untuk membawa peluang baharu bagi membina penghubung antara pemimpin agama dan komuniti selain untuk memupuk Keamanan dan Keharmonian dalam dunia kita yang berpecah belah ini," kata Rabai M. Bruce Lustig. "Saya berbesar hati kerana dapat menyertai individu-individu yang begitu disegani yang berusaha untuk memperjuangkan kasih sayang mengatasi kebencian, keadilan mengatasi kezaliman dan kepercayaan mengatasi ketakutan…" menambah bahawa, "Didayakan oleh pengetahuan sebagai anak-anak Ibrahim bahawa kesemuanya dicipta dalam Imej Ketuhanan, kita perlu mencari keadilan dan keamanan buat semua hamba Tuhan. Semoga Tuhan memberi setiap seorang daripada kita kekuatan dan keberanian untuk membawakan keharmonian, harapan, keadilan dan kecintaan dalam dunia kita yang berpecah belah, sebagaimana yang dibayangkan dalam Deklarasi Persaudaraan Manusia dan seperti yang dituntut oleh kepercayaan bersama kita terhadap Tuhan."

Yang Mulia Miguel Angel Ayuso Guixot, Pengerusi Jawatankuasa Tinggi, mengalu-alukan Rabai M. Bruce Lustig sebagai ahli baharu dengan berkata, "Pihak Jawatankuasa mengalu-alukan kesemua kecekapan dan personaliti agama dan budaya serta semua yang menyumbang kepada pencapaian matlamat mulia yang membantu mewujudkan Dokumen Persaudaraan Manusia," menambah bahawa dalam tempoh akan datang, Jawatankuasa ini berusaha untuk bertemu dengan beberapa pemimpin dan ikon penting untuk menyelaraskan inisiatif dan projek yang dilaksanakan oleh Pihak Jawatankuasa.

Rabai M. Bruce Lustig ialah Rabai Kanan di Washington Hebrew Congregation, di mana beliau telah berkhidmat selama lebih 25 tahun, memimpin lebih 2,800 perhimpunan keluarga selain memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam komuniti Yahudi tempatan dan antarabangsa. Rabai M. Bruce Lustig ialah seorang aktivis sosial yang komited dan menganjurkan sidang kemuncak Agama Ibrahimik pertama yang menghimpunkan penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam di Amerika Syarikat susulan serangan 9/11. Sidang kemuncak berkenaan membawa kepada permulaan Meja Bulat Agama Ibrahimik bersama Biskop John Chane, Profesor Akbar Ahmed dan Rabai M. Bruce Lustig, menjadi trio yang bercakap mengenai keamanan dan dialog antara agama di seluruh Amerika Syarikat. Newsweek mengiktiraf beliau sebagai "salah seorang Rabai yang paling berpengaruh di Amerika" dan beliau telah menerima pingat penghormatan daripada Raja Mohammed VI atas kepimpinan beliau terhadap kerjasama antara agama.

Jawatankuasa Tinggi dibentuk bagi mencapai objektif-objektif dalam "Dokumen Persaudaraan Manusia" dan pembangunan rangka kerja operasi untuk matlamat dan objektif yang ditetapkan di dalamnya. Pihak Jawatankuasa turut mengendalikan pelaksanaan rancangan, program dan inisiatif bagi menjalankan peruntukan Dokumen ini yang menyeru keamanan dunia serta kewujudan bersama selain untuk menjamin masa depan yang cerah dan bertoleransi untuk generasi-generasi akan datang.

Tugas-tugas Jawatankuasa Tinggi termasuk mengawasi pelaksanaan Dokumen di peringkat serantau dan antarabangsa serta mengadakan mesyuarat antarabangsa dengan tokoh-tokoh agama, pelbagai pemimpin, ketua-ketua organisasi-organisasi antarabangsa serta pihak-pihak berkaitan yang lain. Di samping itu, Jawatankuasa mempunyai peranan penting dalam menyelia Abrahamic Family House di Abu Dhabi, salah satu inisiatif awalnya, merangkumkan hubungan antara ketiga-tiga Agama Ibrahimik dan menyediakan platform untuk dialog, pemahaman dan kewujudan bersama antara agama-agama mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia, sila kunjungi www.forhumanfraternity.org 

Source: The Higher Committee for Human Fraternity
Keywords: Publishing/Information Service Personnel announcements Religion