omniture

International Maritime Industries Tandatangani Tempahan VLCC Bersama HHI dan Bahri Sokong Pembentukan Industri Maritim Baharu di Arab Saudi

International Maritime Industries
2019-09-19 02:13 86

- Penandatanganan kontrak bertujuan bolehkan IMI bina VLCC yang pertama untuk Bahri di Korea Selatan sediakan IMI dengan pengetahuan dan pengalaman industri bertaraf dunia

DUBAI, UAE, 18 September 2019 /PRNewswire/ -- International Maritime Industries (IMI) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Perjanjian Pembelian Kapal (VPA) dengan Bahri, pemimpin global dalam logistik dan pengangkutan dan perjanjian sub-kontrak selanjutnya dengan rakan kongsi jangka panjang Hyundai Heavy Industries, Co., Ltd. (HHI) untuk membina satu (1) Pengangkut Minyak Mentah Kelas 319,000 DWT dengan jangkaan penghantaran pada Oktober 2021. Perjanjian lain yang berkaitan dengan pelesenan, perkhidmatan teknikal dan latihan juga ditandatangani bersama HHI bagi memastikan keupayaan pembinaan dan pemindahan pengetahuan.  Penganugerahan projek ini mengukuhkan lagi hubungan perniagaan antara IMI dan para pemegang saham, serta menyumbang kepada pembangunan infrastruktur rantaian bekalan setempat Industri Maritim, kepakaran teknikal bagi warganegara Saudi, dan rekod prestasi dalam pembinaan kapal.

VPA Signing: IMI & Bahri L-R: Mr. Fathi K. Al-Saleem, Chief Executive Officer, IMI, Eng. Abdullah Aldubaikhi, Chief Executive Officer, Bahri
VPA Signing: IMI & Bahri L-R: Mr. Fathi K. Al-Saleem, Chief Executive Officer, IMI, Eng. Abdullah Aldubaikhi, Chief Executive Officer, Bahri

Bahri telah mengeluarkan tempahan VLCC yang pertama kepada IMI, di mana IMI akan memberi sub-kontrak kepada HHI; di kemudahan bertaraf dunia mereka di Ulsan. "Penganugerahan sub-kontrak ini menyediakan banyak kelebihan untuk IMI, termasuk pemindahan ilmu pengetahuan daripada HHI kepada IMI, satu mekanisme untuk memberi kebenaran menggunakan Harta Intelek (IP) kepada IMI, pelan pembangunan bagi pekerja IMI untuk memperolehi kemahiran baharu dalam pembinaan kapal dan perancangan, serta bantuan teknikal," kata Fathi K. Al-Saleem, Ketua Pegawai Eksekutif IMI. Tambah beliau "Penganugerahan projek ini juga menyumbang kepada perkembangan jangka masa panjang bagi industri baharu ini di Arab Saudi dan membolehkan IMI membina sendiri VLCC di Arab Saudi mengikut piawaian tertinggi pembinaan kapal antarabangsa."

Mengulas berkenaan anugerah projek, Abdullah Aldubaikhi, Ketua Pegawai Eksekutif Bahri, berkata "Bahri amat komited untuk memainkan peranan utama dalam mentransformasikan kerajaan menjadi hab pengangkutan dan logistik serantau dan global yang penting. Bahri meneroka bidang baharu untuk kerjasama industri dalam memajukan wawasannya. Penganugerahan projek ini, yang mengukuhkan lagi hubungan strategik yang erat dengan IMI dan HHI, menggambarkan perkembangan utama ke arah ini; kami yakin ia akan memberi rangsangan kepada usaha berterusan kami yang menyasarkan peningkatan penawaran dan memantapkan keupayaan kami.  Kami mengalu-alukan kolaborasi yang menguntungkan yang akan memberi banyak manfaat kepada para pelanggan dan pemegang saham kami."

International Maritime Industries, yang terletak di Kompleks Raja Salman untuk Industri & Perkhidmatan Maritim Antarabangsa di Ras Al-Khair, Arab Saudi, akan menjadi kemudahan maritim khidmat penuh dan terbesar di MENA. Apabila bangunan ini siap, kapasiti tahunan kemudahan ini ialah empat (4) pelantar pesisir luar binaan baharu dan lebih daripada 43 kapal-kapal binaan baharu termasuk VLCC, selain memberi khidmat kepada lebih daripada 260 produk maritim. Fasa pertama operasi pengeluaran dijangka bermula menjelang akhir tahun 2020 dengan kemudahan mencapai kapasiti pengeluaran sepenuhnya menjelang 2022.  International Maritime Industries ialah satu usaha sama antara Saudi Aramco, Lamprell, Bahri dan Hyundai Heavy Industries.

Sub-Contract Signing: HHI & IMI L-R:  Mr. Fathi K. Al-Saleem, Chief Executive Officer, IMI, Mr. S. Y. Park, Senior Executive Vice President, HHI
Sub-Contract Signing: HHI & IMI L-R: Mr. Fathi K. Al-Saleem, Chief Executive Officer, IMI, Mr. S. Y. Park, Senior Executive Vice President, HHI

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/997175/IMI.jpg
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/997176/IMI.jpg

 

Source: International Maritime Industries
Keywords: Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities New products/services