omniture

UPPAbaby Perkenal Barisan Kereta Sorong 2020

UPPAbaby
2019-09-19 15:00 89

New VISTA V2 dan CRUZ V2 Tampilkan Prestasi Dipertingkat & Fesyen Baharu 

ROCKLAND, Massachusetts, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- UPPAbaby terus meningkatkan tanda aras dengan membawakan kereta sorong dan aksesori baharu dengan ciri, fungsi dan tekstil premium untuk membantu ibu bapa merangkul pengembaraan harian dengan mudah. Untuk tahun 2020, VISTA V2 dan CRUZ V2 telah meningkatkan kefungsian menjadikan bersiar-siar setiap hari semakin mudah, dan fesyen baharu yang memanfaatkan tekstil, corak dan trend warna terkini.  

 

VISTA V2 telah menambah baik peningkatan prestasi dan fungsi yang memudahkan keluarga, termasuk;

  • Suspensi semua roda yang dipertingkatkan – Nikmati perjalanan yang lebih lancar menolak seorang kanak-kanak (atau tiga!) di atas sebarang permukaan tanah disebabkan oleh tayar baharu, lebih lembut, bertindak pantas dan suspensi semua roda.
  • Lebih banyak perlindungan matahari – Kanopi yang dipanjangkan di atas tempat duduk bayi dan RumbleSeat termasuk fabrik yang boleh ditanggalkan yang menyediakan lebih banyak perlindungan daripada matahari. Panel jaring menjadikannya lebih mudah untuk mengintai ke dalam dan pada masa yang sama menambah aliran angin.
  • Abah-abah mudah – Pelarasan bahu gelangsar dalam satu gerakan, memudahkan dan memastikan padanan yang tepat untuk bayi yang semakin membesar.

CRUZ V2 terus menawarkan ibu bapa penyelesaian kereta sorong kompak yang mantap dengan reka bentuk yang baharu dan tahap prestasi sorongan yang dipertingkat. Ciri-ciri baharu termasuk:

  • Prestasi suspensi yang optimum – Sementara menunggu paten, gantungan belakang dwi-tindakan yang dipasangkan dengan gantungan hadapan memastikan perjalanan yang lebih selesa.
  • Lipatan yang dikecilkan – Lipatan yang lebih kecil daripada pendahulunya menjadikan CRUZ V2 lebih mudah untuk dibawa dan diletakkan ke dalam ruang atau but kereta yang sempit
  • Roda yang lebih besar – Tayar hadapan dan belakang yang lebih besar menjadikan perjalanan lebih lancar di atas permukaan yang sukar.
  • Lebih keselesaan untuk kanak-kanak yang sedang membesar – Tempat duduk kanak-kanak boleh menampung kanak-kanak 3 bulan sehingga 50 paun. Belakang yang lebih tinggi, tempat rehat kaki yang lebih panjang, dan tempat rehat kaki yang lebih dalam menyediakan keselesaan tambahan untuk kanak-kanak yang semakin membesar.

Untuk tahun 2020, UPPAbaby mempunyai minat untuk perincian dan sentuhan mengikut rentak fesyen. Corak baharu, tekstil dan pilihan blok warna menyertai warna kegemaran yang sudah diterima ramai. Fesyen VISTA V2 dan CRUZ V2 UPPAbaby termasuk: 

  • ALICE (merah jambu pudar/bingkai perak/kulit pelana)
  • FINN (laut dalam/bingkai perak/kulit buah berangan)
  • HAZEL (hijau buah zaitun/bingkai perak/kulit pelana)
  • SIERRA (kaitan gumuk/bingkai perak/kulit hitam)
  • BRYCE (napal putih/bingkai perak/kulit buah berangan)
  • EMMETT (campuran hijau/bingkai perak/kulit pelana)
  • GREGORY (campuran biru/bingkai perak/pelana kulit)
  • JAKE (arang/bingkai karbon/kulit hitam)
  • JORDAN (campuran arang/bingkai perak/kulit hitam)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk UPPAbaby baharu, sila layari laman sesawang www.uppababy.com. Ikuti UPPAbaby di media sosial: Instagram (www.instagram.com/uppababy), Facebook (www.facebook.com/uppababy) dan Twitter (www.twitter.com/uppababy).

Latar Belakang UPPAbaby

Misi UPPAbaby adalah untuk menjadikan kereta sorong, tempat duduk kereta dan alatan budak-budak yang paling pintar tersedia: yang direka secara intuitif, bergaya dan anggun, dengan ciri-ciri dan fungsi yang diinginkan oleh semua ibu bapa – ditambah dengan inovasi yang tidak pernah dibayangkan selama ini. UPPAbaby komited untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa sama seperti produk syarikat. Ditubuhkan dalam tahun 2006, UPPAbaby berpangkalan di Massachusetts, AS dengan produk yang boleh didapati di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut sila lawati www.uppababy.com.

 

 

Video - https://mma.prnewswire.com/media/985438/CRUZ_Animation_FIN.mp4
Video - https://mma.prnewswire.com/media/985440/K_J_VISTA_Launch_FIN.mp4
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/327065/uppababy_logo.jpg

Source: UPPAbaby
Related Links:
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news New products/services