omniture

Bintang Game of Thrones Nikolaj Coster-Waldau mengembara ke Amazon bersama UNDP untuk ketahui kisah sebenar di sebalik kebakaran

United Nations Development Programme
2019-09-21 01:38 124

NEW YORK, 21 September 2019 /PRNewswire/ -- Bintang Game of Thrones dan Duta Muhibah UNDP Nikolaj Coster-Waldau baru sahaja kembali dari perjalanan pencarian fakta kebenaran ke Peru, yang mana beliau mengembara jauh ke dalam hutan belantara Amazon bersama agensi PBB untuk mengetahui punca sebenar – dan kesan-kesan – kebakaran. Misi beliau turut menawarkan pemahaman kepada kesan perubahan iklim terhadap komuniti yang sukar didatangi yang tinggal di Amazon.

"Apabila saya melihat imej-imej Amazon mengalami kebakaran, sama seperti orang lain, saya terkejut, tidak berdaya dan marah. Ia tidak masuk akal bagi saya," kata Coster-Waldau. "Atas sebab ini saya ingin ke Peru dan mencari punca Amazon mengalami kebakaran."

Apa yang ditemui oleh Coster-Waldau ialah pembasmian hutan di Amazon Peru, yang menjadi punca kebakaran tersebut, boleh dikesan kembali kepada isu ketaksamaan ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang menetap di kawasan ini.

Penduduk asli dan masyarakat setempat memainkan peranan penting dalam melindungi hutan hujan Amazon, yang meliputi lebih 60 peratus daripada Peru dan amat penting untuk planet kita kerana ia mengandungi kira-kira 20 peratus air sungai di Bumi.

Namun demikian, di Amazon Peru, kebanyakan daripada komuniti ini turut berdepan dengan tahap kemiskinan dan ketaksamaan yang tinggi serta kekurangan infrastruktur dan juga sumber asas. Kebanyakannya melibatkan perkampungan pertanian kecil-kecilan atau perkampungan nelayan yang mana penduduknya menyara hidup dengan hutan dan sering bergantung kepada penyahhutanan plot mereka untuk menanam sumber makanan dan mencari rezeki.

"Apa yang saya temui apabila saya mengembara ke Peru ialah pembakaran hutan Amazon, pembasmian hutan adalah luar biasa rumit. Akan tetapi, punca utamanya ialah ketaksamaan sosial," kata Coster-Waldau.

"Saya bertemu dengan masyarakat asli dan mereka menjelaskan tentang dilema dahsyat yang dihadapi oleh mereka: Mereka ialah pekebun. Mereka perlu bercucuk tanam, bukan untuk mencari keuntungan besar tetapi hanya untuk memberi makan keluarga mereka," kata Coster-Waldau. "Masyarakat ini sering hidup dalam keadaan yang amat miskin dan mempunyai pilihan yang mustahil: mereka merupakan penjaga hutan Amazon, namun mereka juga tidak mempunyai banyak pilihan melainkan membersihkan beberapa bahagian daripada hutan bagi menanam tanaman hanya untuk terus hidup."

"Masalah yang dihadapi oleh masyarakat asli di Amazon merupakan jendela untuk memahami bukan sahaja kesan-kesan perubahan iklim, yang telah meningkat sejak 20 tahun lalu, tetapi juga salah satu punca terbesarnya: ketaksamaan," kata Coster-Waldau.

"Sekiranya kita tidak menangani masalah ketaksamaan pada skala global, maka kita tidak akan mampu untuk memperbaiki perubahan iklim. Ia rumit, namun masih ada harapan. Kita mempunyai sumber, kita juga mempunyai teknologi. Kita hanya perlu melakukannya. Kita perlu bersatu sebagai individu, masyarakat, negara dan sekiranya kita melakukannya, kita dapat menyelesaikan masalah ini."

"Cabaran pembangunan adalah rumit dan di Peru, pusat kepada bahagian kedua terbesar bagi hutan Amazon, kita perlu meneruskan penyelesaian bersepadu yang memastikan agar komuniti yang mudah terjejas dapat mempercepatkan kemajuan ke arah kesaksamaan dan ketahanan terhadap perubahan iklim," kata Maria del Carmen Sacasa, Wakil Penduduk UNDP di Peru.

UNDP menyokong pihak kerajaan, sektor swasta dan komuniti dalam usaha mereka untuk mengurangkan masalah pembasmian hutan dan menangani perubahan iklim di Amazon Peru. Selari dengan rangka kerja dasar negara Peru, UNDP dan rakan-rakan kongsinya menangani punca asas kemerosotan alam sekitar dengan menyokong tadbir urus inklusif, dengan menyediakan bantuan teknikal untuk merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan dan punca pendapatan kalis iklim dan dengan memudahkan perkongsian berbilang pemegang kepentingan untuk menyelaraskan kewangan awam dan persendirian bagi menyokong pembangunan mampan.

UNDP bekerjasama dengan orang ramai pada segenap peringkat masyarakat untuk membantu membina negara yang mampu bertahan daripada krisis dan memacu serta mengekalkan suatu bentuk pertumbuhan yang dapat meningkatkan kualiti hidup buat semua. Bertapak hampir di 170 negara dan wilayah, kami menawarkan perspektif global dan pemahaman tempatan bagi membantu memperkasa kehidupan dan membina negara yang berdaya tahan. www.undp.org .   

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/998273/UNDP_Logo.jpg  

Source: United Nations Development Programme
Keywords: Entertainment Environmental Issues Public Interest