Getting to Zero Coalition akan pimpin dorongan untuk penyahkarbonan perkapalan dengan matlamat bersama untuk mempunyai kapal-kapal emisi sifar yang berdaya maju komersial beroperasi sepanjang laluan perdagangan laut menjelang tahun 2030.
COPENHAGEN, Denmark, 23 September 2019 /PRNewswire/ -- Di hadapan ketua-ketua negara dan kerajaan di Sidang Kemuncak Tindakan Iklim PBB hari ini di New York, ahli-ahli Getting to Zero Coalition - satu perikatan berkuasa yang mewakili pemimpin-pemimpin kanan dalam sektor-sektor maritim, tenaga, infrastruktur dan kewangan, disokong oleh pembuat keputusan daripada kerajaan dan IGO - mengumumkan bahawa mereka akan memimpin dorongan untuk penyahkarbonan perkapalan.
Cita-cita Getting to Zero Coalition amat selari dengan Strategi GHG Awal Pertubuhan Maritim Antarabangsa PBB. Ia menetapkan bahawa perkapalan antarabangsa perlu mengurangkan jumlah emisi gas rumah hijau tahunannya sekurang-kurangnya 50% daripada tahap 2008 menjelang tahun 2050. Gabungan ini komited untuk menjadikan sasaran bercita-cita tinggi ini suatu kenyataan dengan membolehkan kapal-kapal emisi sifar laut dalam berdaya maju komersial dikuasakan oleh bahan api emisi sifar beroperasi menjelang tahun 2030.
Getting to Zero Coalition merupakan satu perkongsian antara Forum Maritim Global, Friends of Ocean Action dan Forum Ekonomi Dunia. Gabungan ini disokong oleh lebih 70 pertubuhan awam dan persendirian, dengan dua pertubuhan mengulas:
"Kecekapan tenaga menjadi instrumen penting yang membantu kami mengurangkan emisi gas CO2 setiap kontena sebanyak 41% sepanjang dekad lalu dan meletakkan kami di kedudukan sebagai peneraju 10% mendahului purata industri. Walau bagaimanapun, langkah-langkah kecekapan hanya dapat memastikan emisi perkapalan stabil, bukan menyingkirkannya. Untuk mengambil langkah besar yang seterusnya ke arah penyahkarbonan perkapalan, anjakan dalam teknologi pendorongan atau peralihan kepada bahan api bersih diperlukan yang menandakan kerjasama erat daripada semua pihak. Gabungan yang dilancarkan hari ini merupakan satu wadah penting bagi menjayakan kolaborasi ini," kata Søren Skou, Ketua Pegawai Eksekutif A.P. Møller Mærsk.
"Penyahkarbonan perkapalan maritim ialah satu tugas besar yang tidak mempunyai jawapan yang mudah, akan tetapi ia harus dilaksanakan," kata Ben van Beurden, Ketua Pegawai Eksekutif Royal Dutch Shell. "Kami berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian karbon sifar jangka panjang dengan mencari teknologi yang paling dapat dilaksanakan yang dapat berfungsi pada skala global. Penting bagi kita untuk memulakan dari sekarang kerana kapal-kapal yang dibina hari ini akan kekal di perairan selama berdekad-dekad."
Perkapalan boleh mempercepatkan peralihan tenaga lebih luas dan membawa perolehan pembangunan yang besar
Getting to Zero Coalition mungkin boleh menjadi pemangkin kepada peralihan tenaga yang lebih luas sekiranya perkapalan menjadi sumber permintaan yang andal untuk bahan api emisi sifar, menjadi titik pengaruh yang penting untuk perubahan merentas sektor-sektor lain yang sukar dikurangkan.
"Perubahan iklim merupakan cabaran sosial dan ekonomi serius yang memerlukan tindakan segera daripada sektor-sektor awam dan swasta," kata Michael Corbat, Ketua Pegawai Eksekutif Citigroup dan ahli Gabungan. "Kami berharap agar usaha Getting to Zero Coalition akan menginspirasikan sektor-sektor lain yang sukar dikurangkan untuk bekerjasama ke arah mempercepatkan penyahkarbonan industri-industri mereka tatkala aliran perdagangan global – dan seterusnya emisi karbon – terus meningkat," sambung beliau.
Permintaan terhadap bahan api emisi sifar yang diperoleh daripada sumber-sumber boleh diperbaharui berpotensi untuk mendorong pelaburan yang besar dalam projek-projek tenaga bersih di negara-negara sedang membangun.
"Global Infrastructure Facility bersiap sedia untuk menyokong kerajaan-kerajaan dalam pasaran-pasaran baru muncul dan ekonomi-ekonomi sedang membangun, berserta bank-bank pembangunan berbilang hala rakan kongsi kami, dengan pembiayaan dan kepakaran teknikal untuk merancang, mereka bentuk dan memobilisasikan pelaburan persendirian dalam penyelesaian infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong penyahkarbonan perkapalan dan menyumbang kepada matlamat Getting to Zero Coalition," kata Jason Lu, Ketua Global Infrastructure Facility.
Untuk maklumat lanjut: Ketua Komunikasi, Torben Vemmelund di tve@globalmaritimeforum.org atau +45-2224-1446.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/998955/GMF_Logo.jpg