![]() |
SANTA CLARA, California, 24 September 2019 /PRNewswire / -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Perusahaan Rangkaian Keselamatan dan Pengurusan Risiko, telah disenaraikan dalam Quadrant Magic Gartner untuk Tembok Api Rangkaian *. Bagi kami, pengiktirafan ini merupakan satu bukti kepada inovasi dalam teknologi dan penembusan pasaran dengan portfolio penyelesaian Hillstone.
Landskap keselamatan siber pada hari ini adalah kompleks. Teknologi baru muncul, seperti Internet Pelbagai Benda, kecerdasan buatan, dan pengkomputeran awan hibrid telah meluaskan purata kemunculan serangan terhadap organisasi, membuatkan pengesanan dan pemahaman sepenuhnya skop serangan-serangan hari ini adalah jauh lebih mencabar. Hillstone memanfaatkanstrategi dan teknologinya yang maju dalam penyelesaian yang berada di kedua-dua perimeter rangkaian untuk menyekat serangan, dan di dalam rangkaian secara dalaman untuk mengesan, menjejak dan mengurangkan pelanggaran keselamatan siber yang bermungkinan sedang berlaku.
"Kami gembira dengan pengiktirafan Gartner dengan kemasukan kami dalam Magic Quadrant untuk Tembok Api Rangkaian," kata Tim Liu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi daripada Hillstone Networks "Hillstone berusaha untuk memberikan penyelesaian keselamatan yang inovatif kepada para pelanggan kami, dan membantu pelanggan-pelanggan kami memelihara infrastruktur dan data mereka dalam menghadapi kemajuan teknologi yang pesat."
* Sumber: Gartner, Magic Quadrant for Network Firewalls, Rajpreet Kaur, et al, 17 September 2019
Gartner tidak mengendors mana-mana pengeluar, produk atau perkhidmatan yang telah digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan juga tidak menasihatkan pengguna-pengguna teknologi untuk memilih hanya pengeluar-pengeluar tertentu dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat-pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai satu pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada yang dinyatakan atau tersirat, berkenaan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Latar belakang Hillstone Networks
Penyelesaian Pengurusan Risiko dan Keselamatan Rangkaian Perusahaan Hillstone Networks menyediakan keterlihatan, kecerdasan, dan perlindungan untuk memastikan perusahaan-perusahaan dapat melihat secara menyeluruh, memahami dengan jelas, dan bertindak pantas terhadap ancaman-ancaman siber. Diiktiraf oleh penganalisis yang terkemuka dan dipercayai oleh perusahaan global, penyelesaian Hillstone meliputi perusahaan bermula dengan pengkomputeran pinggir hinggalah kepada pengkomputeran awan dan pada masa yang sama meningkatkan jumlah kos pemilikan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari www.hillstonenet.com.
Hubungi:
Zeyao Hu
Pengurus Pemasaran
inquiry@hillstonenet.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/765968/Hillstone_Logo.jpg