![]() |
- Akan siarkan perlawanan kriket ekstravaganza yang amat dinanti-nantikan kepada peminat di Benua Eropah (Tidak-Eksklusif), negara-negara SAARC (kecuali India), Amerika Tengah dan Selatan serta Asia Tengah
- YuppTV turut memperoleh hak digital tidak eksklusif di rantau Timur Tengah untuk Paytm South Africa tour of India
ATLANTA, 24 September 2019 /PRNewswire/ -- YuppTV, platform OTT yang terkemuka di dunia untuk kandungan Asia Selatan, memperoleh hak-hak penstriman digital untuk BCCI Home Season 2019-20. Dengan itu, YuppTV akan membawakan perlawanan kriket ekstravaganza yang paling dinanti-nantikan tahun ini kepada semua penggunanya di Benua Eropah (Tidak-Eksklusif), negara-negara SAARC (kecuali India), Amerika Tengah dan Selatan, dan Asia Tengah. Peminat-peminat kriket di rantau Timur Tengah juga boleh menstrim Paytm South Africa tour of India pada platform YuppTV.
Mengulas tentang perkembangan terkini, Uday Reddy, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif – YuppTV, berkata, "Kami teruja kerana dapat mendayakan akses secara langsung, di mana-mana jua kepada semua aksi kriket yang dipaparkan dalam BCCI Home Season 2019-20 yang amat dinanti-nantikan pada platform kami. Dengan memperoleh hak digital tidak eksklusif kepada musim permainan kriket yang dinanti-nantikan, kami akan membolehkan peminat-peminat kriket di serata dunia untuk menyaksikan bintang-bintang sukan kegemaran mereka beraksi. Perkembangan ini turut menekankan komitmen berterusan kami untuk mendayakan akses mudah aksi sukan yang hebat pada waktu nyata kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia."
Terdiri daripada sejumlah 26 perlawanan, musim laman sendiri telah dimulakan dengan Paytm South Africa tour of India pada 15 September 2019, dengan perlawanan di Dharamsala. Bangladesh, West Indies, Zimbabwe dan Australia akan turut bersaing untuk hak-hak menjulang nama bersama India di negaranya sendiri, sebelum Afrika Selatan mengakhiri musim di laman sendiri ini dengan perlawanan akhir di Kolkata pada 18 Mac 2020. Kesemua perlawanan akan dimainkan di India, merentas pelbagai bandar termasuk Bengaluru, Mohali, Mumbai, Delhi, Pune, Indore, Rajkot, Vizag, Chennai, Hyderabad dan Guwahati, antara lain.
Latar Belakang YuppTV:
YuppTV ialah salah satu penyedia perkhidmatan TV dan Atas-permintaan berasaskan internet yang terbesar di dunia untuk kandungan Asia Selatan, menawarkan lebih 250 saluran TV dan lebih 3000 buah filem dalam 13 bahasa. YuppTV, menerima pembiayaan daripada Emerald Media, sebuah platform Pan-Asia yang ditubuhkan oleh firma pelaburan global terkemuka KKR untuk melabur dalam sektor media dan hiburan, yang mana Emerald Media memperoleh kepentingan minoriti yang penting dalam syarikat pada nilai US$50 juta. Terdahulu, YuppTV mengumpul pusingan pembiayaan Siri A daripada Poarch Creek Indian Tribe of Alabama.
YuppTV kini merupakan platform TV Berbayar Internet berkedudukan #1 untuk warga India yang tinggal di luar negara dan platform TV Internet yang terbesar daripada ketersediaan kandungan premium di India. YuppTV ialah aplikasi SmartTV India yang paling banyak dimuat turun dan ia juga mendapat 13 juta muat turun mudah alih dengan penilaian pengguna 4.0.
Kunjungi www.yupptv.com untuk maklumat lanjut.
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/999310/Uday_Reddy.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/839837/YuppTV_Logo.jpg