omniture

Herbalife Nutrition Lancar Inisiatif "Nutrition for Zero Hunger", Sumbang US$2 Juta Bantu Basmi Kelaparan Global

Syarikat Umum Perkongsian dengan Feed the Children, Pejuang Global untuk Basmi Kelaparan Kanak-kanak
Herbalife Nutrition Asia Pacific
2019-09-27 16:58 502

HONG KONG, 27 September 2019 /PRNewswire/ -- Herbalife Nutrition (NYSE:HLF), sebuah syarikat pemakanan global yang ulung, hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif global Nutrition for Zero Hunger dan menyumbang sebanyak US$2 juta untuk membantu membasmi kelaparan dunia, memastikan orang ramai mendapat akses kepada pemakanan yang baik dan menangani peningkatan masalah obesiti. Inisiatif ini, dengan bantuan rakan-rakan kongsi bukan untung, akan menumpukan perhatian terhadap akses kepada makanan berkhasiat, meningkatkan pendidikan pemakanan, mengenal pasti sumber makanan yang mampan dan meningkatkan kesedaran tentang krisis global tersebut.

Sempena pelancaran inisiatif ini, syarikat ini turut mengumumkan perkongsiannya dengan Feed the Children, sebuah pertubuhan bukan untung yang komited untuk membasmi isu kelaparan kanak-kanak di seluruh dunia. Feed the Children telah menetapkan bulan September sebagai Bulan Membasmi Kelaparan dan sebagai rakan kongsi utama Nutrition for Zero Hunger, Herbalife Nutrition akan menyokong program-program mereka untuk membantu membasmi kelaparan di seluruh dunia.

"Inisiatif Nutrition for Zero Hunger menangani masalah pandemik utama dan melalui usaha kami bersama rakan-rakan kongsi kami seperti Feed the Children, kami berharap untuk membina sebuah dunia di mana setiap orang mendapat akses kepada makanan dan pemakanan berkualiti," kata Alan Hoffman, Naib Presiden Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Global.

Sebagai peneraju bagi pemakanan global, Herbalife Nutrition ditubuhkan hampir 40 tahun yang lalu, berdasarkan kepentingan dan nilai pemakanan yang baik, menyediakan sumber makanan berzat yang andal melalui jaringan ahli bebas kepada para pengguna di seluruh dunia.

"Feed the Children berbangga untuk bekerjasama dengan Herbalife Nutrition bagi menangani isu penting melibatkan kelaparan kanak-kanak," kata Travis Arnold, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Feed the Children. "Masalah ini tidak akan dapat ditangani secara bersendirian. Kami sedia maklum bahawa apabila kami menggabung usaha, kami akan memberi impak yang lebih besar terhadap kehidupan keluarga yang amat memerlukan kami di seluruh dunia."

Feed the Children ialah sebuah pertubuhan yang dikhususkan untuk menyokong keluarga dan komuniti dengan menyediakan bantuan dan sumber makanan untuk membantu mencapai kehidupan yang stabil di Amerika Syarikat dan peringkat antarabangsa di 10 negara. Pada tahun 2018, Feed the Children mengagihkan 88.6 juta paun makanan dan barangan keperluan, bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi komuniti untuk menyokong 6.5 juta orang di seluruh dunia.

Selain menyokong perkongsian strategik, Nutrition for Zero Hunger selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan #2 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang menyeru tindakan berani untuk membasmi masalah kelaparan dalam pelbagai bentuk menjelang tahun 2030 serta penyelesaian untuk mencapai keselamatan makanan dan meningkatkan pemakanan di seluruh dunia. Melalui sumbangan sebanyak US$2 juta, syarikat ini akan:

  • Bekerjasama dengan organisasi-organisasi yang menangani isu kelaparan, keselamatan makanan dan kekurangan zat makanan
  • Menyediakan sumbangan berbentuk benda dari segi makanan berzat dan produk pemakanan kepada penduduk berisiko
  • Menyampaikan sumber untuk menyokong pendidikan pemakanan
  • Terlibat dan mendidik masyarakat seluruh dunia melalui kempen bersepadu

Hoffman menambah, "Kami dapat melihat sejauh mana pemakanan yang sihat memberi kesan kepada kehidupan orang ramai dan kami komited untuk menyokong keperluan kritikal ini untuk penduduk yang berisiko di seluruh dunia."

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Herbalife Nutrition, kunjungi IamHerbalifeNutrition.com. Untuk mendapat perkembangan terkini syarikat daripada Herbalife Nutrition, ikuti kami di Twitter: @HerbalifeNews.

Tentang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat pemakanan bertaraf global yang bermatlamat untuk menjadikan dunia ini lebih sihat dan lebih bahagia. Syarikat ini giat melaksanakan misinya yang melibatkan pemakanan - mengubah kehidupan orang ramai dengan produk dan program nutrisi yang hebat - sejak tahun 1980. Herbalife Nutrition menawarkan produk-produk berkualiti tinggi yang dibelakangi oleh sains, latihan secara bersemuka dengan ahli bebas Herbalife Nutrition, serta pendekatan komuniti prihatin yang memberi inspirasi kepada pengguna untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. 

Produk sasaran Herbalife Nutrition yang melibatkan nutrisi, pengurusan berat badan, tenaga dan kesihatan serta penjagaan peribadi boleh didapati melalui ahli-ahli bebasnya di lebih 90 negara.

Herbalife Nutrition menyokong Herbalife Nutrition Foundation, sebuah pertubuhan bukan untung yang menawarkan bantuan bagi organisasi-organisasi komuniti, memberi tumpuan untuk menyediakan pemakanan yang baik. Herbalife Nutrition juga berbangga untuk menaja lebih daripada190 orang atlet, pasukan dan acara bertaraf dunia di seluruh dunia.

Herbalife Nutrition mempunyai lebih 8,300 kakitangan di seluruh dunia. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi IAmHerbalifeNutrition.com.

Latar Belakang Feed the Children

Di Feed the Children, kami memberi makan kepada kanak-kanak yang kelaparan. Kami membayangkan dunia di mana tiada seorang kanak-kanak yang tidur dalam kelaparan. Di A.S. dan peringkat antarabangsa, kami berdedikasi untuk membantu keluarga dan komuniti mencapai kehidupan yang stabil dan untuk mengurangkan keperluan terhadap bantuan pada hari esok, di samping menyediakan makanan dan sumber untuk membantu mereka hari ini. Kami mengagihkan sumbangan produk daripada penderma korporat kepada rakan kongsi komuniti tempatan, kami menyediakan sokongan kepada guru dan pelajar dan kami memobilisasikan sumber dengan pantas bagi membantu usaha pemulihan apabila berlaku bencana alam. Di peringkat antarabangsa, kami mengurus program-program pembangunan komuniti bertumpu kanak-kanak di 10 negara. Kami mengalu-alukan perkongsian kerana kami sedia maklum bahawa usaha kami tidak akan terlaksana tanpa hubungan kolaboratif. Kunjungi feedthechildren.org untuk maklumat lanjut.

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit