ATLANTA, 28 September 2019 /PRNewswire/ -- Superior Essex Inc. ("Superior Essex"), syarikat induk Essex Magnet Wire dan Furukawa Electric Co., Ltd. ("Furukawa"), kedua-duanya merupakan peneraju bagi pembangunan produk wayar magnet dan juga penyelesaian tersuai, hari ini mengumumkan bahawa pihak lembaga bagi kedua-dua syarikat telah meluluskan rangka kerja usaha sama global yang baharu.
Usaha sama ini akan melanjutkan perkongsian wayar magnet terdahulu antara kedua-dua entiti berkenaan di Eropah. Selepas pelaksanaan perjanjian muktamad serta pengawalseliaan lazim dan kelulusan lain, syarikat-syarikat tersebut akan menggabungkan operasi perniagaan wayar magnet mereka sepanjang beberapa bulan akan datang demi melahirkan peneraju pasaran global. Syarikat gabungan tersebut akan beroperasi sebagai Essex Furukawa Magnet Wire, LLC, menggunakan jenama "Essex Furukawa".
"Hari merupakan hari yang mengujakan, bukan sahaja disebabkan oleh pengumuman urus janji Essex Furukawa, tetapi juga ia turut menandakan penciptaan kuasa hebat teknologi dalam industri wayar magnet yang dapat menawarkan perkhidmatan kepada banyak perusahaan terkemuka," kata Brian Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Superior Essex. "Sebagai entiti tunggal – dan bergantung kepada kekuatan Essex Magnet Wire dan Furukawa Electric – kami akan berupaya untuk memanfaatkan lebih dua abad gabungan pengalaman dan pengetahuan demi menerobos sempadan inovasi sambil kekal fokus untuk memberi kecemerlangan dalam pembuatan, kemajuan teknologi dan khidmat pelanggan yang cemerlang."
Usaha sama global baharu ini akan berupaya untuk memimpin kemajuan teknologi; meraih kedudukan kepimpinan pasaran di Amerika Utara, Eropah dan Asia; membolehkan pemeteraian perkongsian pelanggan yang strategik dan mempercepatkan kemajuan penyelidikan dan juga pembangunan. Usaha sama ini dijangka mendapat manfaat daripada sinergi yang signifikan; termasuk peluasan penyelesaian produk tersuai, perkongsian amalan terbaik dan keupayaan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dengan titik penghantaran tambahan, pasukan jualan dan teknikal global yang diperluas, sumber rod & faundri global yang dipertingkat dan pasukan inovasi global yang pelbagai, khususnya untuk pembangunan EV/HEV.
Essex Furukawa akan mempunyai hampir 2,100 kakitangan yang bekerja di 17 lokasi dalam lapan buah negara.
Latar Belakang Superior Essex
Superior Essex ialah jenama induk Essex Magnet Wire, Superior Essex Communications dan Essex Brownell. Ia menggaji lebih 3,000 kakitangan di 11 buah negara, di tiga benua. Superior Essex ialah penyedia global yang terkemuka bagi wayar magnet dan menjadi peneraju bagi aplikasi gentian komunikasi selain teknologi Kuasa melalui Eternet (PoE). Ia penting dalam mencipta kemajuan teknologi disruptif dalam pengelektrikan sektor-sektor automotif, tenaga dan perindustrian. Superior Essex komited untuk merintis teknologi bangunan pintar di samping turut menentukan kepesatan dalam kemampanan. Superior Essex berada Di Mana-mana Anda Tinggal dan Bekerja (Everywhere You Live and Work®). Maklumat tambahan disediakan di http://superioressex.com
Latar Belakang Furukawa Electric Co., Ltd.
Furukawa Electric (TSE; 5801, ISIN; JP3827200001) Group memulakan perniagaan pada tahun 1884, apabila kemudahan peleburan tembaga dan kilang pembuatan wayar ditubuhkan. Sejak itu, Furukawa Electric menjadi pelopor dalam teknologi terkini dengan menangani pelbagai isu teknologi. Furukawa Electric telah melancarkan produk dalam beberapa bidang termasuk telekomunikasi, elektronik, automobil dan pembinaan, dengan tiga jenis bahan yang digunakan olehnya sebagai elemen utama iaitu optik, plastik dan logam. Banyak produk ini telah memperoleh bahagian pasaran global yang utama dan kesemua produknya telah menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai bidang perniagaan, Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Furukawa Electric, sila kunjungi furukawaelectric.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1001444/Superior_Essex_Furukawa_Electric.jpg