omniture

Narada tandatangan Perjanjian Kerjasama dengan EDF Renewables berkenaan Projek Memajukan Penyimpanan Bateri di China

Zhejiang Narada Power Source Co., Ltd
2019-09-29 09:38 476

HANGZHOU, China, 29 September 2019 /PRNewswire/ -- Narada, salah satu daripada pengeluar bateri terkemuka dunia dan pembekal penyelesaian penyimpanan tenaga global telah mengumumkan penandatanganan perjanjian kerjasama untuk berurus niaga projek-projek penyimpanan bateri di China dengan EDF Renewables China, subsidiari Cina pengusaha global dalam tenaga-tenaga boleh diperbaharui.

EDF Renewables China dan Narada berjabat tangan pada 18hb September. En. Tian Yue, Ketua Pegawai Eksekutif EDF Renewables China (kiri) dan En. Wang Yueneng, Naib Pengerusi Narada (kanan)
EDF Renewables China dan Narada berjabat tangan pada 18hb September. En. Tian Yue, Ketua Pegawai Eksekutif EDF Renewables China (kiri) dan En. Wang Yueneng, Naib Pengerusi Narada (kanan)

Kerjasama itu dimulakan dengan perjanjian pemerolehan oleh EDF Renewables China bagi penyimpanan bateri yang dimiliki dan dikendalikan oleh Narada sejak September 2018. Penyelesaian 1.5MW/12MWh Penyimpanan Tenaga Zhenjiang teragih ini terletak di daerah Jiangsu, China.

Perjanjian baharu ini membuka laluan untuk pengembangan fungsi projek ini, yang mana ditetapkan untuk menyediakan sehingga 12,000kWh/sehari kepada taman perindustrian baharu yang berdekatan.

En. Tian Yue, Ketua Pegawai Eksekutif EDF Renewables China (keempat dari kiri) dan En. Wang Yueneng, Naib Pengerusi Narada (kelima dari kanan) menyertai upacara menandatangan pada 18hb September.
En. Tian Yue, Ketua Pegawai Eksekutif EDF Renewables China (keempat dari kiri) dan En. Wang Yueneng, Naib Pengerusi Narada (kelima dari kanan) menyertai upacara menandatangan pada 18hb September.

"Narada gembira dapat bekerjasama dengan EDF Renewables untuk memberikan tenaga bersih kepada pelanggan-pelanggan melalui projek Sistem Penyimpanan Tenaga Zhenjiang," kata En. Wang Yueneng, Naib Pengerusi Narada.

"EDF Renewables teruja tentang perkongsian dengan Narada. Di bawah struktur inovatif baharu ini, dengan sistem penyimpanan bateri yang boleh memberi kuasa masa hadapan dengan membekalkan penyelesaian tenaga mampan dan bijak kepada pengguna-pengguna akhir," ujar En. Tian Yue, Ketua Pegawai Eksekutif EDF Renewables China.

Latar Belakang Narada 

Narada ialah pemimpin Tenaga Pintar Hijau dan Inovasi dan juga penyedia Penyelesaian Siap Guna. Mereka mengkhusus dalam bateri perindustrian atasan selama 24 tahun. Perusahaan utama ialah pembangunan, pembuatan, penjualan dan perkhidmatan janakuasa tidak bergerak, kuasa penggerak dan bateri-bateri penyimpan tenaga boleh diperbaharui serta aksesori, dan juga penyepaduan sistem.

Untuk maklumat lanjut sila lawati: en.naradapower.com

Linkedln: Narada Power Source Co., Ltd.

Cik Yupei Zhou
+86-571-5697-5980
intl@narada.biz

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190927/2594289-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190927/2594289-1-b?lang=0

Source: Zhejiang Narada Power Source Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities Contracts